Ikan Bakar Penang @ Batu Uban near polis marin habour

Entry ni mengenai makan-makan di Penang.
Kedai ikan bakar ni terletak di sebelah kiri selepas jambatan pulau pinang..kalau nak pergi kena drive slow semasa dah dekat nak turun jambatan ke Bayan Lepas sebab takut terlepas kedai ni..belok sebelah kiri dan terus parking je..Kedai ni dikenali sebagai kedai ikan bakar bersila sebab pelanggan boleh pilh samada nak makan gunakan meja mcm biasa atau duduk bersila ditempat yang disediakan(utk bersila kenaLah buka kasut).
Kedai yang pertama tu bagi aku paling sedap.Yang mana banyak nyah (awww) yang bekerja.Sebelum ni pernah makan kat kedai ikan bakar Idrus tapi rasa nya kurang ummppphh.
Kedai dibuka petang hingga larut malam.
Ada jugak playground kecik kt sini jadi bagi yang bekeluarga tu anak-anak boleh main dan taklah kacau sangat ibu ayah tengah makan.
Aku pergi dengan adikku,berdua tapi order banyak gila..baru RM70.00.Itupun sampai order nasi semangguk.Cuma kami tak amik ikan jenahak atau siakap..dh jemu jadi try ikan pari pulak.Sebab tak larat nak habiskan siap boleh tapau sotong goreng dan ikan pari bawa balik rumah.
Bagi yang dah biasa makan ikan ikan bakar di Umbai Melaka..tentu rasa tak berapa best sgt kt sini.Sebab ikan dan makanan laut yang diletakkan diatas ais untuk pelanggan pilih tu taklah banyak pilihan seperti disana.Kupang pun tak ada.Tapi bagi aku,rasa ikan bakar kat sini better than kat Kuala Perlis.
Pernah sekali makan sini,4 orang dewasa,2 kanak-kanak harganya RM170.00 sahaja.


Inilah menu-menu yang diminta..mcm 10 org yg nak mkn!!

Sup tulang

Kangkung goreng belacan

Kerang rebus

Ikan pari bakar bersambal-best!1

Lala sweet sour
Ni sotong goreng tepung (tp amik kt google sb yg kami order tu tak smpt nak amik,hehe)

Sambal kicap dan soso



Keseluruhan menu yang kami oerder:

Nasi putih-semangkuk,boleh mkn 4 org
Sotong goreng tepung
Ikan pari bakar-2 keping dan besar-besar
Sup tulang
Lala sweet sour
Kerang rebus
Kangkung goreng belacan
Air tembikai 1 jug

Udang tak order sebab dah jemu.Harga dalam RM70.00.Boleh makan 4 orang.Cuma gambar sotong goreng tepung tak ambil sebab ia agak lambat sampai.Jd tengah makan tu dh malas nak amik.
Bagi orang penang.ikan bakar yang top bukan di sini tetapi di Teluk Tempoyak..tapi sebab tahap kemalasan aku yang melampau,aku malas nak drive ke sana dengan jalan yang agak mencabar.so bagi aku kat sini pun sedap..dan berbaloi.Layanan pekerja nya pun memuaskan.

Comments

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam