Pantai Merdeka dan Pulau Sayak


credit to google*..
'ku ukir namamu di awan gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyior melambai..
jauh pandangan permai di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terlerai..oh kekasih..'
heh,jiwang lagu ni...
Located in my hometown. Dulu masa form 3,suka lepak kat sini dgn kawan-kawan..tempat kenangan dan nostalgia. Zaman nakal dan remaja, ramai peminat dan admirer (ceh,bajet cun), disini la tempat merenung diri, dan cari arah tujuan masa depan.

Mungkin terkenal kerena lagu 'Cinta Pantai Merdeka'.Sesiapa yang ada kisah melankolik disini akan terasa bahangnya bila ke sini...tambah lagi bila dengar lagu Kumpulan Tropika tu.Memang famous sebab ia pantai yang banyak menyimpan kisah percintaan yang indah dan pahit...(tp bukan aku). Pantai ni agak syahdu dan sayu bila dihayati dan direnung-renung ke nun jauh ombaknya..sebenarnya semua pantai pun mcm tu...layan jiwang heh bila tengok laut.
Seriously pantai ni pantai biasa jer, pasirnya agak kasar..tak sehalus Batu Feringgi.Tapi permandangannya memang cantik...sejujur lagu nya..ia saujana mata dengan pemandangan Tanjung Dawai..masjidnya yang berbalam dari jauh..dan berteluk dikiri dibarisi Pulau Sayak.Best jugak datang sini,dah ada byk kemudahan..boleh bawa anak main layang-layang. Ada Pantai Merdeka Resort kat sini. Jangan tak tau,orang dari Perak dan Penang pun suka turun sini. Kalau hari Merdeka, masyallah ramainya umat,yg couple,yg family dan lain-lain lagi yang membuatkan pantai ni sesak dan penuh. Nak khemah pun boleh,ramai gak yang memilih berkhemah di sini.

pantai merdeka
gazebo pun ada..boleh kelah beramai-ramai...
yang nampak pokok kelapa..itulah tanjung dawai...dan masjidnya
yang nun jauh tu lah Gunung Jerai...


pantai yang bertebing

Main layang-layang..

Ada bot nak ke Tanjung Dawai..boleh beli ikan masin dan ikan bilis...
And Pulau Sayak..nama je Pulau tapi ianya bkn pulau. Ianya sebuah perkampungan nelayan yang terletak dihujung laut. Tempat melihat anak bulan menjelang Ramadhan dan Syawal.
Ada pusat penyelidikan perikanan di sini..dan kedai mee udang yang sedap. Ada chalet juga dan jeti untuk mendarat hasil laut.
pulau Sayak
jeti Pulau Sayak
entah masih wujud atau tak chalet ni
Sunset at Pulau Sayak
Pulau yang berbalam tu Pulau Pinang..boleh nampak KOmtar dari sini

Comments

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam