Resepi Tart Nenas Gulung senang dan mudah -the simple one

Bila dah nak dekat raya,mesti ramai yang cari resepi tat nenas kan..aku pun sama gak..tapi dah dpt resepi ni,alhamdulillah sangat senang nak membuatnya. Tak payah bahan bagai..sebab aku amat malas nak layan bahan yang over banyak..dan tangan aku ni kalau buat kuih atau pastry memanjang tak jadi walau dah ikut resepi sepenuhnya. Tangan tak subur kot.Tapi dgn resepi ni..ok pulak.
Tat nenas tak boleh beli ready made sebab alamatnya ko tak dapek nak beli baju raya..hengat cukup ke kalau dua,tiga balang?at least kena 5,6 balang.sebab tat nenas ni teorinya 'bila dah makan takleh nak berenti'. Tambah lagi bagi sesapa yg jenis tak beli@buat kuih kt umh. Dengan harapan nak belasah kuih banyak-banyak bila pi raya kat rumah orang.Hehe,dulu aku spesis ni gak,time baru tgh cari kerja.
Tapi taktaulah kalo ada tuan rumah yg jenis simpan tat nenas dalam peti besi dan hidang pada keluarga jek.
Jenis ni-kuih utk dihidang sbg kuih raya utk tetamu yg ala-ala pesta tu yg beli kt Mydin.
Kuih mahal yg dibuat dgn butter,coklat van hauten,almond disimpan utk diri sendiri jek. Malam-malam time org sume tido,dia curi-curi mkn atas katil cam Nigella Lawson.

Bayangkan masa aku tgh bakar tat nenas ni pun,dah 2,3 tray anak dok ulang alik makan. Bila nak penuhnya container kuih tu?  takkan tak bagi anak makan?kang anak pi lari kat batu belah batu bertangkup, ko sanggup?
Oleh itu, kalo beli kuih ni bygkan berapa balang kena beli?  Dan aku pulak bukan setakat buat utk rumah sendiri tapi bagi kat sedara, drebar bas ank,cikgu anak,  staf opis,boss lagi, mampus ko kalau nak beli.
Heh, mengarut ke hapa ni..jom tgk resepi ni. Aku jumpa kt internet..dan ada alter sikit-sikit. Amik kat blog Cik Mat Gebu dan ada alter mana patut.
Noted bahawa resepi ni jenis rapuh adunannya.

Bahan Jem: (kalo malas beli je jem segera)
1 biji nenas-buang kulit,bersihkankan,potong kecil dan kisar dgn sedikit air
500gm gula
1 nos kayu manis
Cara:
1.Masak kesemua bahan sehingga menjadi pepejal dengan api perlahan (dlm 50-60 minit).Kacau selalu.
2.Sejukkan dan bentukkan bulat

Bahan sapu/glaze:
2 biji telur kuning
3 sudu air
1 sudu pewarna kuning
Campukan semua bahan dan sedia utk glaze

Bahan-bahan doh:
350 gm Tepung gandum (ayak)
50 gm Tepung jagung (ayak dan campur dgn tepung gandum tadi)
230 gm butter (lebih kurang 1 ketul cuma tinggal sikit utk sapu di tray butter tu) -campur marjerin sikit pun boleh,20gm buat sapu baking tray tak bagi lekat,hehe
70 gm Gula halus
1 biji Telur kuning
1 sudu Vanilla esen

Cara-cara:

1. Campurkan gula dan butter dalam mangkuk.Adun dan sebatikan hingga lembut dan gula larut.
2. Masukkan telur dan kacau.
3. Masukkan vanilla esen.Kacau dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Gaul dan doh mestilah lembut untuk di paipkan dalam acuan nester. (kalo lembut sangat tambah sikit demi sedikit tepung)
5. Masukkan doh dalam acuan.Paipkan atas dulang dengan bentuk gerigi menghala ke dulang.
Panjang agak sejengkal (2-3 inci)
6. Letakkan jem nenas yg dibulatkan tadi di hujung doh.
7. Gulung doh.Sapu telur diatasnya dan bakar pada suhu 160-170 darjah celcius selama 15-20 minit.



Adunkan bahan doh hingga jadi begini
Gentel dan bulat-bulatkan jem nenas ni..jem buat sendiri lagi sedap...

Paipkan dengan acuan nester dan letakkan jem.Gulungkan hingga jadi begini

Yang dah siap dbakar..atasnya tak kuning sebab tak sapu pewarna kuning campur telur


Rupa tak menarik sebab pewarna kuning takde..lupa nak beli.So sapu dgn telur jek.
heh,aku tak kira janji sedap.
yg dah ada pewarna


Bagi aku resepi ni sgt senang dan sedap..pada tekak aku la.ada resepi yg letak byk bahan..terpulang.Tapi utk manusia malas cam aku,nak buat kuih,nak rasa mood raya tapi dlm masa sama nak lepak-lepak tgk Man.VS Food,silakan.

No comments:

Post a Comment