Tuesday, March 20, 2012

Resepi Kambing bakar@ lamb,steak dan BBQ

Okeh,ni ada satu resepi lamb steak,boleh guna utk semua perapan bbq dan western style cuma tukar herb sahaja.Resepi BBQ untuk beef,lamb,ayam,seafood semua boleh guna.
Seasoning atau marinade (bermaksud perapan) ni menggunakan bahan -bahan asas dan simple.
Sebelum ni cari resepi merata kat internet tapi semua menggunakan banyak bahan.Sudahnya kena gak guna ilmu zaman menuntut dolu-dolu.Marinade sendiri dan rasa.
Huh,manusia busy (benonya malas) cam aku ni takde masa nak baca dan beli bahan bagai.
Sangat senang resepi lamb ni dan sedappp.Dulu pernah study chef course dan ni ada panduan gunakan herba dalam western cuisine for beginner...kalo for professional tu,ampunn ilmu belum cukup di otak (bukan didada yer)


tatau pasai apa benda ni asik terbalik jekk penat mak dok adjust takleh gak-ada rosemary,thyme,sweet basil,italian parsley.Beli kat Tesco jek.(oii letak picture beso sangat pehal?ingat orang buta ke?)
 1.Rosemary-untuk lamb,daun kasar dan sedikit panjang.
2.Thyme/terragon-ayam,beef-bau strong,daun kecil dan bulat dan comel
3.Dill-rasa dan bau mild,daun macam pokok krismas..halus dan panjang,untuk ikan dan seafood
4.Basil-sangat wangi dan bau tajam ,untuk pasta,tomato sauce,concasse,bruschetta.Aku taksub pada basil ni....Sambil rehat-rehat aku akan cium daun ni merangkap aromaterapi aku.Daun licin dan agak lebar berbanding daun herb yg lain.
4.Parsley-untuk pasta dan sautee;,menaikkan rasa dan sbg hiasan

Yang ni adalah basic herb yang perlu ada di dalam dapur Jamie atau Gordon Ramsay.Kalo tak mampus ko ..dapur bergegar cam  puting beliung ,periuk belanga pun melayang,dowh.Serupa nak masak rendang tapi serai,halia dan lengkuas takde.Kalo camtu baik masak megi jer.

Bahan basic marinade bagi bbq ayam,daging dan lamb BBQ western style:
-Paprika-kena letak byk sikit utk naikkan color dan lidah melayu suka pedas
-Salt
-Blackpepper crush
-Herb (yg sesuai)-kalo nak mudah guna mix herb
-Sedikit minyak untuk moisture dalam kata lain FAT
 (oh,alergik dgn fat yer?abis FAT RICE (nasi lemak) boleh bedal 4,5 bungkus?)
Cer kalo makcik penjual nasi lemak letak signboard tepi jalan "Fat Rice RM2",agak-agak ngeri tak nak beli?kenapa aku rasa 'lemak' dlm bahasa melayu lagi merdu?
-Lea&perrin sauce atau Worchestershire Sauce.Nak letak pun boleh,tak letak pun no hal.



paprika kene lebih baru berseri seri cik lamb kita ni...

Untuk BBQ seafood marinade :
-Salt
-blackpepper
-paprika
-lemon juice
-dill
-minyak masak

ni ikan jenahak bake...terbaik
Sayugia diingat ini adalah basic marinade,nak tambah cummin,lemon,cincaluk,tah pape lagi terpulang.
Basic marinade western sebenar tak begitu byk bahan,cuma lately diorg start guna banyak spices sebab nak enchance flavour agar sama /strong flavour adapted dari turkish,moroccon food seperti tambah cummin,coriander powder dan aniseed powder.
Mungkin ada HP sauce,worchestershire Lea&Perrin tu tapi rasa dia tak strong,mild dan sweet.
Dan hakikatnya,lagi  kita sbg rakyat Malaysia memang  suka menambah papepun-madu,oyster sauce,belacan,budu,tempoyak  dan segala mak nenek dalam BBQ dishes.Kita memang superb dalam memelayukan makanan asing.
Akuilah kita ni suka tokok tambah segala dalam semua aktiviti harian.(tambah makan,tambah tido,tambah muflis,tambah bini,tambah berat,tambah cantik,heee)
Pada aku,kalau nak rasa fresh dan asli,jangan guna bahan perapan yang berlebihan.Less is more bukan pada pakaian atau stylista saja yer,pada semua aspek.
Bahan perap yg too much ,ia akan menenggelamkan rasa ayam atau daging itu.Cer bayangkan ko lumur sebotol minyak wangi masa nak keluar rumah?pastu tambah lak dgn minyak atar,petrol dan minyak yuyi cap limau?
Tak cukup?okeh,tambah lagi make up ala geisha dan selit bulu-bulu burung merak kat montot.Takpun try pakai seluar dalam kat luar dan bra ala superman.(terlebih sudah)
Agak-agak jadi apa?
Kalo jadi penari samba okeh la,kalo jadi drag queen atau  nioranggilalepastanjungrambutan camner?
Heh,terkeluar tajuk plak.Kalo exam SPM karangan Bahasa Melayu ni harus  aku fail.

Okeh,sebab aku tgh baca novel Twilight tak abis lagi dan imagined I am one of Cullens clan,aku craving for meat and blood.Sila Abaikan rupa aku yg tak se gorgeous Cullens clan tu.
So menu selalu aku produced-lamb shoulder dan lamb shoulder,lamb burger ,then lamb shoulder New Zealand mari lagik.(Pas sebulan masuk ICU.)
Untuk yang nak masak banyak BBQ item ni-.campur paprika,salt,pepper,mix herb dan minyak masak dalam bowl.Agak-agak sukatannya.Then bahagikan untuk ayam BBQ,daging lembu BBQ,kambing BBQ,seafood BBQ.Cuma utk lamb tambah rsemary,ayam tambahkan thyme,seafood tambah dill dan beef tambah oregano atau terragon.Marjoram pun ok cuma agak strong flavour.

Roast Lamb shoulder with penne cabonara


Roast Lamb shoulder with butter vege and lasagne served with blackpepper sauce
 Bahan-bahan:
-Lamb shoulder-2 pcs (nak ganti ayam,beef steak pun buleh)
-2 sudu paprika
-1/2 sudu kecik black pepper
-1 sudu kecik garam
-1 sudu mix herb/rosemary 5,6 helai
-Minyak masak 2 sudu
-3 sudu Lea&perrin sauce (option)-takde pun sodap gak!

1.Perap semua bahan bersama lamb selama 4,5 jam.Kalo 8 jam pun buleh
2.Bakar atau grill dalam suhu 180C selama 20minit.Masak ala medium,bukan well done.Kang tercabut gigi palsu nak gigit.
3.Serve with potato,butter vege dan pasta.Tuang sos lada hitam atau mint sauce.
4.Boleh makan dah tapi jgn lupa bismillah.Ngapppp
Kambing bakar ala western with butter vege,la la la dah siap potong kecik-kecik.
Lasagne tu secotet je sebab dikebas oleh kucing kepala hitam masa aku gigih nak amik picture.
BBQ ayam @ chicken

Sotong dan Udang BBQ

Baked clams

nak resepi ayam panggang ala kenny rogers sila tengok bawah ni..yang ni lagi sodappppppp.(promote nampak tapi memang sumpah sedap,tak caya try dulu)


Ayam Panggang Ala Kenny Rogers:

Bahan-bahan:

◦1 ekor ayam-bersihkan

-Bahan untuk marinade ayam:
◦3 biji bawang besar
◦4 biji bawang putih
◦1 inci halia
◦2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
◦2 sudu besar madu
◦1 ketul kiub ayam Knorr
◦2 sudu besar gula pasir
◦2 sudu  mix herb
◦1 1/2 sudu teh garam halus
2 sudu paprika
◦Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
◦Sedikit mentega

Cara-cara:
A.Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
B.Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
C.Perap selama 1 1/2 jam.
D.Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
E.Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.Pasta,french fries dan nasi pun boleh.




notakaki:Sos blackpepper boleh beli dalam botol brand Life,sedap pada tekak aku.Tuang dan tambah sedikit air dan panaskan

2 comments:

  1. Azaleania,
    Dulu study chef course ye? Mesti tere masak ni! Tabek tabek! :D Buleh la sentiasa bagi tips and resipi2 ye :D

    Saya pon makin suka kambin sekarang. Especially bbq ones. Kuis dengan jari pon dah pecah daging tu, lembut benor.

    Hari tu kitorang try resipi si Jamie. 3 jam reneh kambin (chicken stock + kismis + bawang merah + sos tomato + worchestershire hmm amende lagik ek lupa). Serious sedap. Berbaloi tunggu 3 jam.

    ReplyDelete
  2. Aida,

    Nama je ex student chef courses.Tapi ilmu yg ada buat pekasam,alih-alih surf internet gak cari resepi.

    Ilmu tanpa amal memang tak kemana..

    Wah,peminat tegar Jamie la ni sampai buleh ikut resepi.Kadang-kadang nak ikut resepi pon rasa leceh.Makan tanpa usaha memang sgt best (bior org lain masak,hehe)

    ReplyDelete