Sunday, April 29, 2012

Resepi Paprik Campur



Ok,resepi ni sangatlah senang.
Aku menggunakan tom yam cube,jadi dah ada rasa masam dan dah rasa ala-ala Thai  kan.Yang resepi lain sikit dari biasa,sb aku tambah tom yam cube.Warna pun tak merah sebab tak pedas.Kalo nak pedas,tambah sikit cili kisar.

Bahan-bahan:
300 gm ayam-potong kecik
200 gm sotong-bersihkan dan potong ring
300 gm kupang-ni akan menambah kemanisan paprik,takde pun takpe ganti udang pun ok
100 gm carrot-potong julienne
100 gm brokoli-potong suka hati
1 ulas bawang besar-potong wedges
2 ulas bawang putih-kupas dan ketuk
1 btg serai-ketuk
sedikit halia
2 sudu cili kisar
1 cube tom yam paste
2 sudu kicap tiram aka oyster sauce
2 sudu sos cili
1 batang serai-hiris nipis
1 biji tomato
4 biji cili api-ketuk
2 sudu besar Minyak masak
Garam-ikut lidah
Gula- agak-agak
Daun limau purut dan jus limau sebiji (kalo nak..)
Nak tambah jagung muda,cendawan dan sayur lain,boleh je alter

(hoih,kata senang apesal byk gila bahan nih?)

Kekdahnya:
1.Panaskan minyak dan tumis segala jenis bebawang,serai,halia dan cili api
2.Masukkan cili kisar dan serai,daun limau daun tunggu naik bau.Masukkan ayam,kupang,dan goreng hingga sedikit garing.
3.Masukkan sos tiram,sos cili dan sotong.Masukkan tom yam cube dan segala sayur dan semua bahan yg ada yg belum dimasukkan lagi.(ayat tah pape)
4.Goreng dan perasakan.
5.Siap




No comments:

Post a Comment