Apa itu Halovest?

Halovest adalah sejenis alat perubatan yang dipasang pada kepala dan berupa vest.
Ia digunakan untuk pesakit yang mengalami kepatahan tulang leher, pesakit yg cedera tulang leher yang fungsinya digunakan untuk meluruskan tulang dan tidak membolehkan pesakit menoleh kiri kanan sesuka hati.
Oleh itu, pesakit akan jadi ala-ala robocop dan bila nak toleh kiri, dia terpaksa memusing seluruh badannya.
Alat ini dipasang dengan menebuk skru pada 4 tempat dikepala- dua didepan yakni dahi, dan lagi 2 skru dibelakang kepala.
Ia akan dipasang oleh pihak hospital dan pihak pembekal alatan tersebut.
Harga sewa untuk tiga bulan adalah RM3500 termasuk deposit RM500.
Alat ni sangat popular di kalangan orang yg mengalami kemalangan,sama ada dijalan atau tempat kerja.Ia juga akan dipasang apabila tengkorak kepala pecah akibat rantai balak yg melibas kepala (cerita benar..).
Ok..masa mula dipasang, pesakit diminta pakai baju pagoda dalamnya dan vest akan dipasang diatasnya.
Camni la halovest tu...ada design macam-macam. Ada baju pelapik bulu kambing untuk support tak bagi longgar alat ni bila pakai.




-Bagi hospital kerajaan di Malaysia, ahli keluarga kena buat bayaran dulu baru alat ni akan dipasang. Kelebihan alat ni ialah pesakit boleh bergerak,takdelah kena pasung kat katil hospital sampai tak boleh pergi toilet berhari-hari. Jadi sebelum alat ni dipasang,selalu kepala pesakit akan ditebuk skru,dipakaikan alat pemberat yg mengawal kepala takleh gerak dan dipasang pada tiang katil. Tujuan:meluruskan balik tulang spine atau leher.

Lepas pasang,selalu pesakit boleh balik, dan baju tu akan dipakai selama 3 bulan. Maknanya macam takleh mandikan?
Dan baju pagoda tu mula keluarkan peluh dan bau busuk (haruslah, sebab tak mandi dan berkepam dalam tu). Jadi tipnya...sebab aku dah berurusan menjaga pesakit macam ni..aku cadangkan baju pagoda tu digunting dan dibuang, melainkan ko nak buat kenangan dan framekan.
.
Waktu ni pesakit tension gilo sebab panas dan tak mandi sekian lama. Jadi boleh mandikan dua-3 kali seminggu..buka belt vest tu (lepas sebulanlah,takut tulang spine tu tak kuat lagi) buang baju bebulu kambing tu, dan mandikan pesakit bawah leher.

Tali halo vest boleh dibuka,pakaikan kemeja, diikuti dgn baju bebulu tu dan pasang balik belt dia.
Selalu pesakit halo vest ni anggota lain cam kaki semua ok,leher je masalah.Jadi,bawalah mereka jenjalan, beli jajan dan gembirakan mereka sikit, boring dowh asik terperap cam orang kena simen kaki.
Pengalaman aku,aku rilek je bawa pi Tesco bagai, siap makan sushi dan pi taman bunga.Dia happy, kita pun happy. Sila abaikan pandangan orang pada pesakit, peduli apakan? janji boleh jenjalan dan hirup udara segar.

Lagi satu, kena sabar byk berhadapan dgn org yg sakit ni. Kita taktahu bila masa dia atau masa kita akan jadi detik terakhir bersama. Jadi layan sebaik mungkin.
Kita mungkin akan fed-up, dah le kena jaga orang sakit, pastu dia lak dok marah, angin dgn kita..kalo kita sakit camne? tentu asik nak marah, dah le sakit,org tolong pun asik buat silap je.



Amaran:
Lepas pakai 2 bulan lebih,ada bahagian skru yg akan longgar. Masa ni pesakit akan meraung sakit sebab urat kepala tu kena dekat skru tu..jadi bawalah pi hospital.
Selalu, alat ni akan dibuang dan diganti pulak dgn collar neck.


'A halo is a ring that is encircles the head and is fixed to it by means of pins that are inserted in the head. It is also known as “halo ring” or “halo crown,”.
 This device is used in management of cervical spine diseases where spine needs external stabilization. Halo ring can be used to put traction on the cervical spine or to provide external support and immobilization. In the latter case the ring is attached to a brace that encircles patient’s torso and the whole assembly is termed as halo vest.
The concept of was first brought out in late 1950s. Before this only method to effectively restrict cervical spine mobility was traction in recumbent position.
By attaching  the halo to a device worn around the patient’s torso, complications of recumbency like bed sores and chest infection can be avoided.'

18 comments:

  1. Salam, sy salah seorg pesakit/pemakai halovest. Sy ingin brtanya, walaupun suami hari2 cuci luka di kepala,tetapi masih ada sedikit nanah di luka tpt tebuk tu. Adakah merbahaya? Apa yg harus kami lakukan utk menghilangkan nanah dan kuping di luka. Tlg reply sy whatsapp 0143407866.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm,
      Memang akan ada nanah tu..cuci setiap hari..tak perlu buat apa2 kecuali teruk sgt bawa ke klinik untuk dicuci.
      Itu adalah proses penyembuhan untuk keringkan luka dalam

      Delete
    2. Mana nk sewa dengan harga ni ye?

      Delete
    3. masa ni sewa di hospital dan diorg dealkan dgn pembekal tu

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Memang selamanya kalau nak toleh kepala,badan sekali kena ikut toleh? 🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah tulang tu pulih dan halovest dah ditanggal, jadi normal la semula

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Salam...sy nk bertanya...bagaimana pesakit tidur...adakah boleh berbaring seperti biasa @ bersandar sahaja?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..sya nak taw suami sya da pakai halovest ni da 2 bln lbih,skrg dia asik rasa sakit dekat bagian yg kena skrg tu..dia slalu ckpn skrg tu memang dah longgar..sakit yg teramat sgt...sya ni buat mcm mne ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm..sakit tu sb tempoh ms dia dh boleh dibuka atau ada bhgian yg x ketat. Kena pergi hosp utk cek serta call company yg psg tu utk tanya.
      Pengalaman sy bila sakit teramat tu makna halovest tu dh boleh ditanggal

      Delete
  7. Assalamualaikum sy nak tanya mana nak dapatkan spanar keperluan bukak halovest sy ingat nak beli sendirilah sepatutnya sy dah boleh bukak 2bulan lepas tapi dieowg ckp spanar takde kena tanya company halovest mcm sambil lewa je sy pakai ni bapak pishang menanggung lagi ni nak jugak kembali normal boleh ws sy 0172632513

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm..pengalaman sy halovest kena company yg psg tu buka..takut risiko ms buka. Kena desak comp tu jgk utk cepatkn dptkn spanar tu

      Delete
  8. assalamualikum saya baru seminggu pakai halovest ni. soalannya saya mengalami bengkak di dahi dan muka. adakah ini normal. setakat ini saya bergantung dengan ubat tahan sakit setiap kali berasa sakit di bahagian skru tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm, mula pakai memang akan bengkak sikit muka..seminggu tu biasa. Tapi kalo dah lama sgt bengkak atau lebih dari 10 hari camtu kena pergi cek kat spital.

      Delete
  9. Assalammualaikum, saya nak tanya. Ayah sy dh mula sakit sakit pakai halovest ni. Then, di bhgian tebuk tu. Keluar darah. Tak lah banyak. Tp sblm ni tkde keluar. 29/9 ni doc ckp bru akn gntik kan collar tu.. Tu pn kalau tulang ayah dh okay. Persoalan nya skrg. Normal ke drh tu keluar eah😅😅

    ReplyDelete