Tuesday, July 24, 2012

Ciri-ciri psiko seorang blogger


Okey,kali ni aku akan blog bout the blogger style.
Ciri-ciri seseorang blogger boleh diobserve melalui posting dan gaya penulisan. Biarpun aku bukan psikoanalisis Sigmon Freud tapi ada beberapa gaya hidup blogger yang boleh kita ketahui melalui postingnya biarpun dia tak reveal kisah hidup sebenar.
(ini pendapat peribadi bukan profesional)

1. Blogger cantik jelita vs blogger rasa diri tak lawa-
Yang ni instantly kita tau bila buka blog dia,header ada foto dia tengah termenung/melihat bulan bintang dan gambo memikiri masa depan. Juga semua produk yang dia guna,dia buat gaya cam dia sebagai model dan post di blog. Contoh jika dia guna produk fisherman friend,dia akan amik gambar dia tengah pegang bungkusan tu dengan muka sweet.
Jadi dia ada keyakinan yang sangat tinggi dan cantik. Gambar dia ada disemua tempat yang dia lawati/travel,gambar ala model, gambar close-up,gambo pura-pura terseliuh kaki dan semua pembaca kagum dengan kecantikan dia. Ini memang blogger cantik jelita. Follower pun ramai dan glamer dik non! siap ada follower tanya baju brand apa yang dipakai dalam post tu? hebat tu..blog is a power tool la kiranya. Blog ni blog aku,suka hati la kan aku nak tepek gambar muka aku yang smoking hot nih. Ko ado?
Blogger rasa diri tak lawa- ok,yang ni dia blog dan posting tapi sangatlah sedikit gambar dia yang disertakan ataupun takde langsung. Sama ada muka diputih/hitamkan atau takde muka langsung. Gambar profile pun letak gambar kucing atau avatar. Yang ni jenis low-profile,aku hanya nak dikenali kerana penulisan aku bukan fizikal siapa aku. Tempat travelling pun takde muka dia,yang ada hanya gambar salji, gambar muzium takpun gambar makcik jual makanan.
Atau ada yang lawa hanya dari sudut tertentu. Jadi semua gambo dia berupa angel yang senget,dgn mulut muncung dan amik dari atas dahi dengan mata terkujat.
Bagaimana pun ada juga blogger seperti aku ni kategori memanglah smoking hot cuma aku tak suka orang kenal. I jenis low-profile..heeeee

2. Blogger yang hidup ala ala datin vs blogger yang biasa-biasa jek-
Bagi kategori datins ni,dia tak kisah posting gambar kat memana, dalam umah dia ke,depan umah dia ke,kat toilet dia ke,dapur ke dan kat mana saja dia makan. Tentulah banyak makan kat fancy restaurant,kat hotel dan amik gambo melancong pun kat London nun. Rumah dia pun kita tengok, wow! Kalo dia upload picture makanan,adalah gambo periuk vision ke, dinnerware dan cutleries pun yang jenama royal albert ko! pastu dalam blog pun dia ada post yg dia biasa dah ke London kecik-kecik lagi. Jadi kita boleh agaklah tahap manakah cara hidup dia? Dan boleh tau juga dia ni pakai branded ke tak,potong rambut pun kat saloon mana, berapa batang pokok duit dia dibelakang laman rumah. Hidup ala ala fairy tales gitu.
Kalo tengok wishlist dia pun-beg LV,kasut Christian Louboutin dan kereta sport/coupe.
Blogger biasa-biasa pula,amik gambo pun kena pilih sudut. Takut terrrnampak lak kekurangan dalam umah dia..(eh,langsir tingkap terkoyak?) .kebanyakan tak upload pun gambar yang personal ni. Dan gambar makanan pun kena tengok juga sebelum upload, takut tetiba terinterframe sudu yang dibeli dikedai dua hengget .guna pinggan pun yang beli kat tesco,giant dan kedai apek. Ada gak blogger yang tak kesah pun bab ni,bantai je guna pinggan sama setiap kali..janji aku nak habaq yang aku ni raijn masak! Sapo la tu..?
Kalo bab makan lak, dia ada gak pi fancy restaurant tapi sebab dapat tajaan ke/jamuan ke baru upload gambar. (cam aku je tu)Wishlist pulak,perfume DKNY, samsung galaxy note atau proton preve' toyota vios.

3. Blogger orang muda vs orang tua-
Yang  kategori orang muda ni ayat memanjang ayat tak eja bagi habis.
Bahasakan diri  dgn term-term yang urban lah. Ayat pun ada shortcut yang menyiksa otak nak alihbahasa. Sekarang jd skunk. Pastu ayat pun ala retis dan kadangkala emosi lebih. Post pula banyak berkaitan cinta,cara menawan hati lelaki, trend terkini tudung dan Justin Bieber. Dah tu blog dia penuh dgn ayat motivasi-I just want to be me, Follw your heart and everything is possible, yada,yada.. kalo yang ada bf/gf lagi nazak- semua aktiviti bersama nak citer A-Z. Camne sambut birthday, dia buat surprise, ayat jiwang karat dan kalo gaduh pun post kat blog.
Blog pun penuh dgn belon,gambar Kpop artis dan bear yang cute.
Blogger orang tua-yang ni pun ayat tak menahan juga. Tajuk topik nampak best tapi bila baca banyak lencongan (berleter la tu). Ada juga blogger berusia yang malas nak tulis banyak-banyak, dia kadang-kadang buat ayat tergantung. Sabar je la. Dan blogger orang berusia yang rasa diri muda lagi punnn ramai..kunun vouge dan ayat retis tak menahan (sedar diri pun ko,elok umur camni buat post cara belajar nahu ke,tajwid ke,solat sunat/tahajud ke). Posting bagi golongan ni selalunya pasal artis,retis dan trend pakaian ala Ibu Halimah mak dara tu..cara tak bagi gemuk, jaga agar laki tak lari etc.
But kebanyakan golongan berusia pertengahan  ni posting selalu pasal family, anak, resepi, melancong dan shopping. Header pun gambo anak-anak..post pun kira penyayang abis.

4. Blogger rajin vs blogger malas-
Yang ni aku amat maklum lagi memahami.
Blogger rajin-satu hari boleh baca 8,9 posting. Posting paling senang, pasal anak. Hari ni anak tumbuh gigi,anak meragam,demam dan kawasan yang sama waktu dengannya. Bagi group ni, blog adalah diari seharian.Jadi semua rasa,emosi,kejadian perlu masukkan  dalam blog. Ko nak baca,baca taknak sudah!Ini belog aku suka hati la aku nak tepek gambo anak aku kuasa sepuluh pun? Yang jenis ni sebulan mau beratus entry dia.
Blogger pemalas- Blog yang kita suka pi baca, bulan depan baru keluar entry baru. Blogger busy la kot?
Alasan-Bukan senang nak menulis tau-ada ke idea nak tulis siap dengan lawak bodo bagai, jenuh nak pikir gak tu.kang lebih-lebih orang nyampah,buat lawak kotor orang kata kubur panggil dok gatai lagi.
Ataupun blogger ni dah berpaling tadah ke fb, twitter takpun dah bersara.
Ada juga blogger merajuk sebab traffic kat blog tak masyuk.(i'm coming soon through the same path)

5. Blogger jiwa bahagia dan blogger jiwa kacau-
Yang jenis jiwa bahagia ni amboii..semua gambo lovey-dovey dgn mr hubby dia tepek. Ceritapasal  tiap pagi dapat ciumulut 40kali pun ada dan jiwa berbunga-bunga. Semua kenangan dari kenal sampai kawin kita boleh baca dalam blog dia. Muka bahagia gitu..semua kesukaan/kebencian suami dia kita tau. Kira ini adalah spesis indahnya damainya keluarga yang bahagia.
.(Atau yang pura-pura bahagia tapi pada luaran saja..oiit jangan speku boleh tak?)
Jiwa kacau- blogger ni selalu post entry kesepian,misteri dan entry tah pape yang only god knows why.
Entry ayat tergantung beserta gambo-gambo jiwang. Jenis ni kadangkala akan post entry lirik lagu jiwang ke,quotes killer-phrases dan gambo pokok mati/orang mati. betapa Sadis dan kejam dunia ni.
Yang ni jenis tak bleh blah. Dendam dalam diam. Bara dalam sekam.Bahaya ooo..

6. Blogger mengada vs blogger skema-
Haih,ni untuk blogger yang poyos. Tajuk blog bukan men, macam best .Tapi bila buka  page,kena klik nuffnang dia baru leh enter. Kirim salam la aku nak baca blog orang camni.terus pangkah. Desperate sangatkah sampai camtu sekali nak jana income. Sory beb,biar blog gua takde orang baca bagai,follower takde tapi bila orang nak buat rujukan boleh je amik dari sini tanpa ada halangan.
Pastu ada yang dah berusia tapi mengadanya cam budak remaja. Bahasa cam budak sekolah...caye,pose,ngade you,t'lupe,kite,ade,ape,mane,haih geli ketiak aku. (sedap mulut aku je mengumpat,sape terase minte maef ).
Yang skema pulak,ok bahasa nan indah permai. Tapi yang rasa tak berapa lawak pun dia buat bunyik cam lawak sangat-heheh,kahkahkah,hikhikhik dan heeee  (dah macam bunyi pontianak sundel malam pulak).
Tulis gurau senda sikit pun terus noted 'maaf,sekadar gurauan' ,adoi la.

7. Blogger berlagak vs blogger humble-
Blogger yang jenis nak showing-off ni boleh dibaca melalui penulisan dia. Biar dia try cover pun,keangkuhan tu akan nampak juga. Contoh-asik cerita hari ini pi shopping beli bag Coach la, dan next week I'm in Paris for shooping spree .Ayat pun asik la nak kondem orang, I tak faham betul la dengan manusia begini yang...bla,bla,yada,yada. Pastu cerita why Malaysian behave so annoying? Back in states(US),When I was in states, we used..sambung sendirik. Hoih,berlagak nak mampus.Condemn malaysian konon,ko tu orang mana?
Setakat dok U.S dua tiga tahun itupun sebab ikut parents kerja@study dah poyos. Bila tengok graduation day dia ingatkan dia dari Harvard Uni, Oxford Uni ke..tapi boooo - dari local Uni je pun nak berlagak bagai.
So sick.(ko emo ni pehal?)
Blogger humble-yang ni ramai sebenarnya. Takde berlagak bagai biarpun rumah juta-juta dan ada yang dok oversea nun. Pokok duit ada 400 batang dibelakang rumah .Makan pun kadang-kadang cam orang kampung, takde segan ke nak upload picture gambar resepi ikan kembung. Ayat pun belasah je. Takde nak berlakon  macam kelass bagai.Yang ni sangat menyenangkan dan we love 'em.

1- Blog tetiba di private/open readers only- ni kes kena nak ngumpat sesama jemaah/ngelakkan fitnah/kena serang/takmo orang len tau isu sensasi yg di bincangkan/tetiba jadi glamer dan takmo orang tau sejarah

2-Blog bersawang- tuan tanah tengah dilamun cinta dan dh tak peduli psl blog dh,busy berdating (dulu blog tempat luah perasaan/share story tapi dah ada boypren ni apa kes nak taip blog bagai?taip whatsapps kat chenta hati lagi best!), atau sibuk yakkkmatt takpun menghadapi musibah

3-Page not found- blog dh kena deleted. Tuan tanah dah malas nak teruskan aktif berblogging.Selamat tinggal readers! tulis blog ni penat, income pun tarak!

4-Web filter violation-ada la tu kes kena naya atau kena block,unsecure connection ke apa

Hakikatnya blogger yang kelakar nak mati dalam blog cam Jerry Seinfield mungkin diluar seorang yang pendiam. Atau sombong dan kerek dalam blog tapi sebaliknya bila jumpa. Tak lupa juga dalam picture cun giler tapi diluar, only god knows how and vice versa.

Okeh,setakat tu la kot untuk post kali ni.(bulan posa pun ko mengumpat gak yer?,yep sebab aku surf blog untuk killing times tu  yang buat aku noticed some of the blogger lifestyle./character)


4 comments:

  1. Aza,
    Dok tergelak baca episod penyiasatan CSI Aza, kes style bloggers.

    Tapi betul, saya dok angguk2 kepala je on setiap points or style yang Aza tuleh. Saya ada baca satu entry blogger ni, nak cerita dia bangun sebab dek bunyi alarm.. pastu pi basuh kain. Tu je bottom line perenggan telenovela dia, tapi instead of tulis 1 ayat.. dia tulis terjaga sebab dek alarm (tulis nama henset canggih dia). pastu pi basuh baju (tulis nama washing machine canggih dia). Muaha!

    Dan pengakuan dari saya, saya ni pendiam orangnya. Member2 kasitau kalo baca blog saya, bunyi macam orang riuh rendah. Huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida,

      Tu kira blogger nak show off la tu.
      Aida memang dari blog cam kecoh lagi kepochi.Siap lawak bagai habis riuh sekampung!

      Delete
  2. ternyata blogger juga bisa dibanding-bandingkan yah.. menarik artikelnya ..

    ReplyDelete