Sunday, July 22, 2012

Resepi popia sardin

Resepi ni aku ambil dari blog Ana Suzana.
Cuma modifiy sikit sebab aku gunakan mini popia skin.

Bahan:
1 paket kulit popia
Inti:
1 tin sardin-yang besar boleh buat dalam 40 biji
1 biji capsicum
1 biji bawang besar-mayang halus
sedikit halia ditumbuk dgn dua ulas bawang putih
1 biji telur-pukul,untuk gamkan kulit popia

Kekdah::

1.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.Masukkan capsicumdan bawang hiris.
2.Masukkan sardin dan kacau,hancurkan.Kemudian angkat dan sejukkan.
3.Ambil sehelai kulit popia,letakkan inti sardin dihujung,dan gulung.Gamkan dgn telur tadi.
4.Goreng dalam minyak yang banyak hingga keperangan dan angkat.

bahan utama

sardin yang dah siap masak

letak inti kat hujung kulit camni

gulung

lipat..gambar malas nak rotate (camni punya blogger pun ada?)

ni hasilnya.Yang cantik aku buat,yg tak cantik girls tu buat (perasan,takde satu pun yang cantik...)

Hasil lepas digoreng,ok lah tu,janji sedap(ayat sedapkan hati sebab popia tak cantik)


2 comments:

  1. Ana,
    Thanks sudi singgah dan terima kasih atas resepi popia sardin yang sedap tu.Cuma popia tu tak secantik yang Ana buat.

    ReplyDelete