Thursday, July 19, 2012

White Chicken Stew/Stew Ayam mudah




Resepi stew ni senang dan bahan pun tak banyak.
Pernah tertengok rancangan masakan TV ,Tengku Puan Pahang,Tunku Hajjah Azizah buat resepi ni.
Nampak sedap.Tunku memang buat versi white chicken stew ni,takde tambah bahan mengarut dan resepi Tunku memang original resepi western.
Versi stew ni ada banyak.Ada yang kemerahan (guna tomato paste,brown sauce/demi-glace,paprika,etc) dan ada yang plain macam resepi ni.Cuma kalau nak warna keperangan tu,tambahkan serbuk brown sauce segera yang boleh beli kat hypermarket,perap sekali dgn tepung.
Tapi versi putih ni rasanya light dan macam sup pekat sikit.
Ada yang bubuh oyster sauce la,kicap la,pewarna hitam la,dakwat sotong la,dah jadi cam ayam pong teh pun ada!pening gua tengok.Habis semua resepi western di orientalkan.Agak-agak la kan nak buat fusion pun,jangan jadi ayam masak kicap dah le.
Ikut tekak memasing cuma sebanyak mana kita modify resepi pun originality dia jangan hilang terus.
Gunakan apa sahaja bahan sayuran yang ada stok.yang penting ada celery,potato and carrot.

Bahan:

700gm ayam-bersihkan dan potong ketulan sederhana,lumurkan dengan sedikit tepung gandum(dalam 100gm)
1 nos carrot-peel off skin dan potong cube
2 nos potato-peel and cut into cubes
2 nos batang celery-peel off skin dan cut into pieces
2 onion-potong wedges
2 garlic-ketuk
1 tsp mix herb
1 nos capsicum-potong dadu
4 biji cendawan shitake/enoki/button-potong slices
1 biji tomato-belah 4
100gm mentega/minyak pun boleh
3 cawan air
Garam secukup rasa
2 sudu kecil serbuk lada hitam/putih
Boleh tambah bayleaf,parsley,tarragon dan herb jika ada,kalau tak mix herb just fine.

Kekdah:
1.Panaskan butter dan masukkan ayam,pastikan ayam tidak bertindih.Balikkan ayam dan masak dalam
 5 minit.Term masakan refer as a seal.Agak hingga ayam keperangan.
Masukkan bawang,garlic dan herb.Biar sekejap.
2.Masukkan celery,potato dan carrot.Biar seketika dan kacau.
3.Masukkan air dan perlahankan api.Masak hingga ayam dan kentang lembut/empuk.Biar ia mendidih atas slow-fire.(dalam 20-30 minit).Stew ni masakan slow-cooking jadi makin lama masak makin sedap sebab semua juice dah extract dalam stew tu.
4.Masukkan tomato,capsicum,cendawan dan perasakan dengan garam/lada.
5.Angkat dan hidang bersama nasi,roti dan enaknya dimakan begitu saja.



No comments:

Post a Comment