Asam Pedas Hajah Mona Melaka

Baru ni balik raya,mengidam lah nak makan Asam pedas Hajah Mona yang lazat tu..last makan kat sini kira-kira 5tahun yang lalu kot.Nilah kedai tempat melepak zaman bujang dulu sampai jam1,2 pagi.Bahagia hidup memalam dapat makan asam pedas yang meleleh ni.
Selalu balik kampung time raya,tak dapat le nak makan kat kedai ni..dah raya mana dia nak buka kedai?kali ni balik awal,dapatlah merasa.
Jadi dengan eksited gila pi lah makan berbuka puasa.
First impression,tengok kuah agak gelap sikit.Dulu aku rasa kuah warna merah,berseri dan dulu ada otak-otak dan sate sekali jual  disini.Tapi malam tu takde pulak.Dah tak semeriah dulu rasanya kedai ni.
Bila makan...okeh rasa asam pedas..masam pedas dan sedap.... dan tapiii mungkin dah tak selazat dulu..sedih,sedih...keciwa dan hampa..huk,huk.Nampaknya pasni dah tak ngidam lagi dah nak datang sini.
Pilihan lain yang ada-kedai Asam Pedas Claypot atau Asam Pedas Pokok Besar  yang berada di kawasan Kota Laksamana ni jugak.
kedainya..area Kota Laksmana

Asam Pedas Ikan Pari,dulu condiment timun dan telur masin,sekarang tukar taugeh dan ikan masin lak
Asam pedas ikan kembung-rasa tak se'umphh' dulu
Takpelah,mungkin tukang masak asam pedas ni yang dulu dah takde.Diganti oleh pengganti yang tak begitu cukup ilmu.Dulu aku rela hirup mangkuk asam pedas tu selamba.Dan ada mamat yang makan roti canai cicah kuah asam pedas ni,depan mata aku.Mamat sejati melaka yang takkan mungkin nak cicah roti canai dengan kari atau dhall.

Comments

  1. hi azaleania....saya pun baru pegi kat Hjh Mona dalam bulan ni. Not bad. Ramai nye orang.
    Pics dah upload dalam blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com senang2 tu singgah la yer. Topik blog saya 100% makan makan dan makan hehe takde topik lain.
    Ok lah jumpa lagi...kalu sudi follow yer blog saya TQ

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam