Tuesday, September 4, 2012

Bateri Kereta Gen2

Kereta Proton Gen2 1.6 sebetulnya menggunakan bateri DIN55R yakni bateri kering (yg basah pun ada).Harga sekarang purata dalam RM250.00 di utara semenanjung.Sebelum ni aku guna je bateri N70 tu...yang kecik Yokohama RM190.Tapi cepat juga habis bateri ni,tak sampai setahun pun.So len kali kena guna bateri ni,nampak kecik tapi power.Kalo alarm dah start keta dah start bunyi tu,makna bateri dah weak atau dah abis,ni tanda utama bateri kena tukar.Bagi kereta yang berCC besar memang kena guna bateri ni,kalau guna bateri biasa cepat je abis bateri tu.Kalau semasa pakai kereta Wira tu,aku guna bateri kering NS70 ke NS60 tu,lama gila tahan.Bertahun-tahun..ni kejap je abis.Hadoi la.Save gila kalo pakai keta wira tu,maintenance semua murah kerana aku bukan kategori biar papa asal bergaya.

Nak save,beli dikedai sparepart dan panggil orang upah pasang.
 (geng wanita melayu terakhir camni le,naik keta je tau,nak suh tukar bateri pun malas nak belajar)
Panggil upah orang datang pasang dalam Rm15 je.
Bagaimana pun,senang je nak pasang bateri ni.Satu hari sebab emergency,aku panggil mekanik,dia tak datang so aku decide nak pasang sendiri.
Tanggalkan skru bateri lama tu dgn spanar no. 12 dan bawa ke kedai beteri keta.
Tolak bateri lama (basah) dapat RM20. Dan bateri baru Yokohama tu RM245 (Mei 2014) dan tanya budak mekanik tu camna nak pasang.
Balik tu,tanggalkan cover kepala bateri (ada warna hitam dan merah).
Letak bateri kat dalam base dia dan mulakan dengan pasang wayar pada kepala warna merah dahulu (positive).skru ketat-ketat dan lepas tu pasang yg kepala hitam pulak (negatif).
Jangan pasang kedua serentak,nanti ko shock dan rambut pun dah jadi ala Ruud Van Nistelroy (hehe betulkah ejaan) .Lepas tu hidupkan enjin,dan taraaaa! terrer tak aku?rasa bangga gila dapat pasang bateri sendiri.Kepohkan.sebab selama ni dok upah orang,kena caj pastu bateri lama dia amik tak dapat apapun.So lepas ni azam aku nak pasang bateri sendiri,senang sangat!
bateri DIN55,utk Gen2,Pesona.



bateri ni yang biasa,NS60,NS70 untuk Wira dan sewaktu dengannya

Sedikit info:
ada beberapa jenis bateri yg perlu kita tahu... antaranya :

1. Wet Charged Battery
2. Dry Charged Battery
3. Dry Battery

Wet charged battery ni ialah bateri yg kebanyakan nya dijual di semua kedai di malaysia ni... x kiralah apa spec bateri tu samada NS atau DIN.. bateri ni memang telah diisi dengan asid dan telah siap di charged dari pembekal cuma kita beli dan pasang kat kereta aje....

Dry charged bateri pulak ialah bateri sel kering yang perlu dibubuh asid dan dicharge selama lebih kurang 8 jam sebelum digunakan. kebanyakan bateri sel kering ni adalah dari golongan jenis DIN seperti DIN55R, DIN63L, DIN45L, DIN88L, DIN74L DIN100 dan byk lagi.... so kebiasanya kereta yang menggunakan bateri jenis ini ialah kereta Eropah.. dan sedikit dari korea.. kereta proton yang guna bateri jenis ini cuma Tiara (DIN55L) dan Gen-2 (DIN55R).

Fungsi bateri basah dan kering nie sama... cuma beza dari AH (Ampere Hour) setiap model bateri tersebut.

Dry Bateri ni pulak jarang digunakan pada kenderaan di Malaysia nie... antara sebabnya MAHAL....... yang membezakan dry bateri ni adalah carbon plate yang terdapat dalam bateri tersebut.....

ketahanan bateri adalah bergantung kepada penggunaan serta penjagaan bateri tersebut... kene selalu jaga air bateri... x de masalah Alternator atau wiring .... jika ada berlaku masalah ini bererti bateri tersebut akan lemah dan rosak.... kepada sesiapa yang pakar tu boleh lah check bateri menggunakan battery tester, multimeter atau hydrometer untuk mengetahui tahap voltage dan kandungan asid didalam bateri.

info:bateriautomotif.blogspot.com

No comments:

Post a Comment