Saturday, November 17, 2012

Shoping di Nilai 3,Seremban

Entry ni adalah sekali harung perjalanan dari Utara-Singapura.Jadi dengan rajinnya aku post semua tempat yang kami berjaya singgah..rombongan Cik Kiah la katakan.Memang jimat gila sebab pergi ke Singapura tapi singgah ke semua tempat shoping yang terdetik dihati.Sediakan duit je berkoyan-koyan ye Cik Kiah.
Okey,Nilai terkenal dengan tempat kin baju,carpet,perhiasan rumah dan segala jenis barang kegemaran kaum wanita.Bintang walk Nilai katanya.
Kebanyakan penjual orang pakistan.Yang melayu byk jual kat luar lot kedai..pesal yer?
Brg kawin pun ada sini,bunga telur dll.Kalo time nak raya mau sesak kat sini.
macam-macam ada...

kedai langsir,bidai,karpet,bantal semua perhiasan rumah ada
 

Kat Pasaraya Borong Saaka Nilai (kalo tak salah) ni memang banyak pilihan pinggan dia..yang bentuk moden tu (empat segi warna hitam dan putih pun ada),yg corak klasik pun ada..puas jugalah tengok pilihan disini.Kaca ada,milamine pun ada.Rasa nak fefeeling omputih makan di bistro atau stylo tu dirumah,boleh beli pinggan style camtu kat sini.

pinggan luminarc ni rega rm15.90 sebiji

pinggan corak lama..bunga kangkung

pinggan bentuk empat segi ni memang cantik dan lawa tapi utk 4 org..20pcs je..harga RM89.90

yang ni opal glass

pinggan byk kat kedai nih..kaca ada,milamine pun ada.Byk pinggan bentuk empat segi,hexagon,bentuk-bentuk moden dan stylo kat sini.Warna hitam pun ada
baju dan blouse

kain pasang ada yang 3psg rm50
besar jgk nilai niii..penat nk jln



No comments:

Post a Comment