Friday, August 31, 2012

Malaysia tanah tumpah darahku

image:Google
Selamat Hari Kemerdekaan ke-55 Malaysia.
I am proud to be Malaysian.

'Dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung'

Wednesday, August 29, 2012

Beza Hari Raya Aidilfitri orang Utara dan Selatan



Beza raya Utara Selatan:
Hari Raya Aidilfitri disambut oleh semua tapi beza suasananya sangatlah ketara.(oii berpantun bagai tetiba,pehal?)
Ni ada sedikit info berkaitan pemerhatian aku antara raya di utara dan raya diselatan:
Cakap pasal orang Melaka ni,satu pekara aku cukup respek pada mereka ni,mereka ni bersungguh dalam sesuatu pekara.
Kami beraya di Melaka tahun ni dan raya kedua dah balik kedah kerana ada orang kena kerja.


 Gambar raya adalah privacy..hehe blogger tak suka publisiti.

 OKeh,kita sambung topik raya..beza raya di negeri sebelah utara dan negeri belah selatan Malaysia.

saja letak pic mamat ni,i like the hairdo,rugged gitu

1. Kalau Hari Raya gaya Melaka,peh cukup dengan songkok,sampin,segak dan lengkap butang baju melayunya. Pakai baju raya sampai malam- selagi tak habis beraya. Raya kedua pun semangat lagi pi beraya, pakai baju melayu dan tuan rumah pun tak  kisah sambut tetamu. Yang makcik-makcik,mak orang bab melaram,hebat.Anak dara lagilah,lip lap lip lap kata orang. Tu pasal baju raya kena ada at least 3 pasang. Tak kesah nak kacau rendang dan pi refill makanan dengan baju manik-manik yang beratnya saja dah 10kg. Belum lagi dengan kisah tudung-yang ala Yunanya,ala Najwa Latiff nya, ala Hana Tajimanya..haihhhh.
Rumah terbuka kebanyakan akan buat selepas raya untuk bos dan kawan-kawan. Memang semua orang buat satu hari untuk kawan-kawan dan sedara selain hari raya pertama tu. Menunya-nasi impit,kuah kacang,rendang dan lodeh campur sikit dengan mi kari ke,nasi ke.
Kalau belah Kedah? pi solat sunat Aidilfitri pun pakai baju Melayu baru dengan kain pelikat (kalo dah berusia takpe,ni muda dan segak lagi) ke masjid. Pastu depa suka pakai kopiah bukan songkok ,jadi dah macam orang tua-tua gitu. Padahal lelaki kedahlah yang banyak handsome..saja gateiii low-profile.(tu pasal gua tersangkut org melaka jugak)
Jangan cakap lah bila tengahari raya pertama pun,memasing dah tukar seluar jean dan t-shirt. Tak semangat raya langsung.
Yang orang kedah ni,bila dah jadi makcik,jadi mak orang malas dah nak beraya bagai. Pakai baju ala kadar, yang lagi rilek ada yang pakai baju kedah dengan kain batik je pada hari raya pertama. Alasan-senang nak layan tetamu,kotor pun tak kisah baju murah jek lagipun anak dok bagi tumpah segala kena baju raya yang mahal nanti.
Raya kedua dah melepak dirumah,tido dan dah takde mood raya. Rumah terbuka tak ramai buat lepas raya. Hang nak mai raya,mai masa raya pertama!kalo tak,kuih pape semua dah abis. Menu raya belah utara-ketupat pulut,kari daging pekat (depa kata rendang),kuih dan adalah mi ke, laksa ke, mihun sup ke. Laksa paling popular sampai bahan laksa boleh habis sekelip mata dikedai runcit dalam sesebuah kampung tu (penah terkena)..adoi,sehari pi beraya,mau kena makan laksa 7,8 pinggan..


2. Pastu orang selatan ni hubungan kekeluargaan dia tersangatlah eratnya,sepupu jauh, dekat,bau bacang pun dia masih kenal dan pi melawat time raya, siap konvoi 10 biji kereta pi raya,*pengsan tuan rumah*. Pastu cium tangan tak kira jauh ke dekat,semua kena cium walau dah tak mahram lagi. Kalo sama jenis cium tangan siap muah-muah cam datins lagi.peluk bebetul sampai sesak nafas.effect kena lebih. Kalo cakap orang dok sekilometer pun dengar.
Orang Kedah?tangan kak ipar pun ada yang salam je,tak cium pun. Kalo dengan lelaki tak berapa dekat dia langsung tak salam,haram katanya. Malu kucing gitu. Pastu jumpa buat cam malu-malu,bisik-bisik kat dapur.

3. Gaduh time raya-yang ni aku dah penah kena. Kita ni orang utara, bila tengok orang Melaka gaduh, mak aiii dengan keluar lahabaunya, lahanatnya,sial dan macam-macam lagi perkataan kasar serupa nak berparang time tu gak. Kita pun kesian dan nak cool down,leraikan mereka. Tapi mangkuk ni gaduh rupanya effect je lebih, nangis bagai pastu dah berbaik. Hangin aku. Jadi,perkataan mereka mungkin kasar pada kita,terasa ulu hati tapi itulah adat mereka. Takde maknanya  papepun perkataan tu,tak jadi kudis. Maki-makian dan sumpah seranah adalah cara gurau senda.
Kalau orang utara gaduh..tengok cam rilek je,gaduh sikit dan perkataan yang taklah begitu bisa. Tapi,mampus ko pastu dia dah tak bercakap dan bertegur sampai 10 tahun. Makan dalam beb,dendam dalam diam. Tu pasal Pak Long dan Pak Ngah gaduh pasal tanah sampai anak-anak pun langsung tak kenal sedara. Kadang orang utara ni aku perasan, dengan adik beradik jauh pun buat cam takde hubungan pape.Seolah takde darah yang sama.Padahal tinggal satu kampung(pendapat peribadi).

4. Kalo bulan posa kat selatan, pukul 3pagi budak-budak dah stat pukul gendang untuk kejutkan orang bangun sahur. Aku yang tengah lena diulit air liur basi  mimpi pun terkejut sakit jantung. Kalo raya ada geng bertakbir raya rumah ke rumah.
Kat belah utara? suka hati ko lah nak bangun ke tak, dah jam abis bateri tepuk la bantal 4kali harap-harap berkesan. (berkesan dowh petua ni-aku dah buat byk kali.tepuk bantal ikut pukul bape nak bangun,kalo kul 6,tepuk 6kali sambil niat dalam hati dan cakap. Ya Allah,semoga aku terjaga pagi esok kul 6 pagi).Jadi meriahkan belah-belah selatan ni bila puasa dan raya?


5. Kalau kenduri kahwin? Orang melaka,Johor paling meriah.Dengan bunga api bagai,baju 6,7 pasang,usung tandu cam anak raja,tol nak bersanding segala..hebat,meriah dan masih pegang pada adat.
Kalo orang kedah?cukup sekadar ada bilik yang ditukar langsir dan cadar pengantin(satin tu).Pastu pengantin ambil gambar atas katil,dalam bilik posing. Yep,cerita betul dan tak tipu. Orang kedah lebih bersederhana dan low-profile biarpun dalam hati meronta nak wat kenduri cam artis yang sanding bagai.
Mungkin ada dikalangan pengantin sebelah Kedah yang dah buat jugak style sanding-sanding nih.
Bab berendoi(cukur rambut anak) dan lain-lain pun orang Selatan lebih advance. Yang kenduri bertunang pun,dah serupa cam kenduri kahwin ramainya. Kalo kat kedah,bertunang cam kenduri adik-beradik jek.
Selagi tak kahwin,jangan ko heboh cam dah dapat lesen besar yer!Orang tua lak bagi warning,nanti kenduri buat sederhana dah le,itu semua dunia semata!

*pendapat peribadi atas pemerhatian,tak melibatkan individu sama ada yang hidup atau yang telah mati.

Monday, August 27, 2012

Gen2-tukar belting,camber dan gasket

Entry bagi yang tengah mencari detail untuk tukar timingbelt Gen2,tukar break pad,camber dan servis biasa.



Harga ni adalah harga terkini pada Ogos 2012.(sekitar kawasan utara semenanjung)
Valve cover gasket - RM55
Brake switch - RM38
Brake pads (FR) - RM85
Timing belt set (belt,timing bearing,fan belt (6pk 1677) dan upah - RM450.
Dijangka hayat untuk tahan hingga 80,000km.
Camber-sebiji RM35,4biji RM140.(jika kereta berbunyi seperti brek haus tapi anda baru tukar brake pad,maka kena tukar camber.Ini jika tak tukar akan menyebabkan tayar makan dalam dan sanggupkah kita kena tukar tayar selalu?)
camber tu skru yang melintangdlm pic-images google




~TIMING BELT 
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap60,000km (jenis proton standard, original protonparts) .. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedaisparepart ada jual timing belt jenisMitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear).. 

Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya. Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km. 

Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah...) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..)
~info dari blog tipspenjagaankereta.blogspot.com/2010/05/servis-kereta.html

Ini adalah bagi kereta Gen2 yang leaking minyak enjin dan gasket bocor.Jadi minyak hitam dah masuk ke bahagian belting.Harga boleh dapat lagi murah jika beli sparepart dikedai dan bawa kebengkel untuk pasang.Jadi bengkel cuma caj upah sahaja.

Disaran tukar minyak gearbox auto setiap 20,000km (aku guna 4liter jenama Nasa=1 liter RM18 sebotol jadi RM72) dan tukar minyak enjin semi-sintetik (Shell helix dalam RM90) bagi setiap 5,000km
Bagi tayar paling murah adalah Sime Tyres yang berharga RM160 sebiji.Tukar 4 biji RM640.00.Bising sikit dan berdengung..nak senyap beli la tayar mahal cam michelin.(dulu Gen2 guna RON97,senyap jek..)
Jadi beli kereta bukan untuk fikir pasal bayar bulanan sahaja tapi kena kira kos penyenggaraan,kos petrol dan kos insurans+roadtax dan kos kecemasan.Maka dengan itu jika tiada pokok duit 40batang yang boleh beranak pinak di belakang rumah,janganlah dok berangan nak pakai CRV ok.
Overall,kereta Gen2 ni tak banyak masalah biarpun beli secondhand.Aku buat pembaikan bila sparepart dah rosak/perlu ganti sahaja.Tak habis pun lagi 3K untuk repair.. jangan takut nak beli Proton car.Lasak,murah dan senang cari alatganti.Gen2 ni dah pergi merata-rata tapi masih steady biarpun dah 8tahun.
Hidup Proton...- berangan nak pakai Preve' pulak lah..lawa tu dan mantap.(sudahhh,hutang bertampuk-tampuk ada hati nak tukar keta)
idaman hati--

Sunday, August 26, 2012

Sami Yusuf

Sami Yusuf (Arabic: سامي يوسف‎) is a British singer-songwriter, composer, producer and multi-instrumentalist musician of Azeri origin.[1]

In 2003 Yusuf released his first album "Al-Mu`allim" at the age of 23, selling over two million copies. Following the release of his second album "My Ummah" in 2005, Yusuf was heralded as "Islam's Biggest Rock Star" by Time magazine for his success in attracting a relatively young fan base from diverse regions across the world, many of whom were of Muslim backgrounds. Yusuf has sold over 9 million albums.[2] In October 2010, following a five-year hiatus, Yusuf’s third official album "Wherever You Are" was launched, manifesting his self-coined genre “Spiritique”. Yusuf is involved in humanitarian initiatives, supporting, among others, Islamic Relief and Save the Children.







Asam Pedas Hajah Mona Melaka

Baru ni balik raya,mengidam lah nak makan Asam pedas Hajah Mona yang lazat tu..last makan kat sini kira-kira 5tahun yang lalu kot.Nilah kedai tempat melepak zaman bujang dulu sampai jam1,2 pagi.Bahagia hidup memalam dapat makan asam pedas yang meleleh ni.
Selalu balik kampung time raya,tak dapat le nak makan kat kedai ni..dah raya mana dia nak buka kedai?kali ni balik awal,dapatlah merasa.
Jadi dengan eksited gila pi lah makan berbuka puasa.
First impression,tengok kuah agak gelap sikit.Dulu aku rasa kuah warna merah,berseri dan dulu ada otak-otak dan sate sekali jual  disini.Tapi malam tu takde pulak.Dah tak semeriah dulu rasanya kedai ni.
Bila makan...okeh rasa asam pedas..masam pedas dan sedap.... dan tapiii mungkin dah tak selazat dulu..sedih,sedih...keciwa dan hampa..huk,huk.Nampaknya pasni dah tak ngidam lagi dah nak datang sini.
Pilihan lain yang ada-kedai Asam Pedas Claypot atau Asam Pedas Pokok Besar  yang berada di kawasan Kota Laksamana ni jugak.
kedainya..area Kota Laksmana

Asam Pedas Ikan Pari,dulu condiment timun dan telur masin,sekarang tukar taugeh dan ikan masin lak
Asam pedas ikan kembung-rasa tak se'umphh' dulu
Takpelah,mungkin tukang masak asam pedas ni yang dulu dah takde.Diganti oleh pengganti yang tak begitu cukup ilmu.Dulu aku rela hirup mangkuk asam pedas tu selamba.Dan ada mamat yang makan roti canai cicah kuah asam pedas ni,depan mata aku.Mamat sejati melaka yang takkan mungkin nak cicah roti canai dengan kari atau dhall.

Percutian ke Genting Highlands-cara jimat duit

Percutian ke Genting Highlands yang merupakan kota keriangan seantero Malaysia adalah satu kewajiban.Fakta mengenai Genting:
1.Antara resort terbesar dunia dengan bilik yang ditawarkan mencapai 10,000.
2.Berada 6,000 kaki dari aras laut
3.Cable car Genting Skyway merupakan yang terpantas didunia
4.Menerima jumlah pelawat 19 juta pada 2008..menerima saingan sengit dari Marina Bay/Resort Sentosa Singapore

Sebagai blogger yang prihatin,dengan ini aku nak tulis sedikit petua untuk yang ke Genting Highlands-bagi yang pertama kali nak jejak kaki kesana.sedikit info untuk jimatkan belanja disana


1.Bagi yang drive dan teringin naik skyway,drive melalui Karak Highway (hentikan membayang hantu filem syamsul yusuf tu!) dan jumlah tol adalah RM5.00.Masa yang diambil dari KL ke Gohtong Jaya ni hanya dalam 40-45 minit (jika journey smooth) dan mengikut tahap kesibukan Karak Highway.Drive ikut ke Genting dan Gohtong Jaya,Pahang.Stesen kereta kabel ke Genting Highland adalah di Gohtong Jaya-mengambil nama Lim Goh Tong yang merealisasikan kota keriangan ini.Masa tu rasa kagum gila pada Lim ni yang berjaya mewujudkan genting ni.Heh,camne dia dapat idea dan  boleh tukar tempat jin bermesyuarat ni jadi port manusia bersuka ria?
Jalan berliku dan berbukit


Ikut papantanda penunjuk arah shj

2.Okeh,bila dah sampai parking kereta (free) dan jalan sikit ke station skyway tu..Kaunter tiket skyway terletak di pintu utama sebelah kiri lobi.Then untuk naik keta kabel kena naik escalator dan ia berada di tingkat 3.bangunan tu.Tiket skyway RM12 pergi balik (dua hala) dan RM6 sekali pergi naik puncak.
Tapi kalo dah naik ,taknak turun-turun amik je one way RM6.00.Nak lagi jimat beli tiket naik je,bila nak turun golek dari puncak genting ke bawah gunung nun (sengal ko).

GENTING SKYWAY TICKET PRICING
Ticket TypePrice (per person)
Normal One-WayRM 6.00
Normal Two-Way (Return)RM 12.00
Express One-WayRM 30.00
Hotel Guest Leisure RideRM 10.00
*Hotel guest(s) must produce his/her hotel passbook upon purchase of ticket(s) at the Upper Skyway Counter and the ticket is only valid on the day of purchase. Maximum 2 tickets/persons per hotel passbook.

Operation Hours
Monday - Sunday 
7.30am - 12.00 midnight
Operation Hours
Saturday, Sunday & Malaysia Public Holidays
10.00am - 7.00pm

Genting Skyway's Closure Notice 2012

Scheduled to close for maintenance on: 
9 May 2012

Dan bila dah sampai ke puncak Genting,kena jalan agak jauh melalui mall dan deretan kedai dari tempat kita turun keta kabel tu.Jalan je ikut orang lain,naik turun escalator barulah sampai ke taman tema dan kaunter tiket dia.
ni stesennya-masuk dan beli tiket skyway

Tempat beratur unutk naik cable car-bayangkan kalo cuti sekolah-jem gila.sebab tu byk lane

naik cable car-satu keta untuk 8org shj
keta kabel ni tak berenti,cuma slowkan je.Jadi naik cepat-cepat dan jaga anak-anak.Dia continue berpusing,jgn dok berhigh heel bagai

berlepas dari Gohtong Jaya stesen

permandangan dari atas

kaunter tiket theme park
kalo cuti crowded nih
suasana dalam taman tema
dalam theme park-indoor

sila ukur tinggi anda...

 3.Bagi yang ada anak kecik umur 4tahun kebawah,aku nasihatkan jangan ambil tiket outdoor sebab nanti rugi.Nanti banyak game yang tak dapat nak main sebab dia ukur ketinggian budak,selalunya bawah kalau 107cm tinggi kebawah tak layak nak main coaster dan yang adventure tu.Oleh kerana outdoor game ni banyak yang mengerikan sikit,jadi tunggu anak umur 5tahun keatas baru best nak bersuka ria diluar nun,takkan nak tinggal anak kejap untuk naik roller coaster tu?.Cuaca kena tengok gak,kalo hujan apa bestnya nak main outdoor?
So, ambil la indoor ticket yang 90% budak boleh naik.Kalo dah besar gajah suka hati la kan nak amik tiket manapun.Masa aku pi snow world under maintenance,rugi tak dapat masuk.
Bila dah beli tiket,dia akan pakaikan band kat tangan kita.Jadi nak masuk/main game sama berapa kali pun tak kisah.Ikut aku nak je tengok 4D tu sampai 10kali(dasar pemalas nak jalan)
Harga tiket sekarang ni:

Indoor -RM 30 dewasa
            RM28 kanak-kanak
Outdoor - RM 50 dewasa
                RM35 kanak-kanak
Untuk detail,lawati resortworldgenting website.
indoor




indoor

resort world

4D yang sangat best!

 Outdoor theme park:
taman tema luar



makan nasi ayam kat marry brown pun sedap


berkabus
5.Bab makan-yang ni kena faham dan jangan nak sumpah berbakul-bakul pada food operator.Ingat senang ke sayur dan ayam nak diangkut naik ke puncak Genting?Jadi jika makanan mahal redha je senah oiii.Pandailah nak jimatkan duit untuk makan tu.Paling senang makan menu yang harga tetap.Contoh Marry Brown -nasi ayam set RM14.99 kalo tak salah.Dua set RM33.90 (termasuk tax).Jadi tu paling murah kot.Baik makan nasi dan kenyang terus.Jangan ikutkan anak yang nak ayam la,burger la pastu 3jam dia lapar lagi.Makan nasi tahan kenyang dalam 5,6 jam jadi dah selamat.Ada gak orang makan nasi mamak kat sini,ambil ayam,sayur dan nasi harganya RM25.Oleh itu jangan la nak sua tengkuk kata orang dengan makan nasi campur.Makanlah benda fix price,yang terbentang tulis depan mata.Bukan yang ikut suka mamak kira yang dia tetiba nak taruk harga seketul ayam RM15 atau RM20.
Lagi satu jangan lak terliur sana sini tengok udang,sotong besar tu.Sabar,tunggu time turun genting belasah la kat kedai mamak lain.Biar air liur meleleh tahap paip pecah,tahannnnn.Kat Genting kita makan biasa-biasa saja.Sebab makanan biasa pun harga dah luar biasa.(nasi goreng bodo dah RM12.air dah RM5 jadi dah RM18,fuhh) cuba bayangkan makanan luar biasa ko belasah kat sana?mau RM80,90 untuk sepinggan nasi.
Jadi kena ingat kat Genting kita bukan nak pi makan-makan tapi nak pi bersuka ria main taman tema dia.

6.Kalau boleh,pergilah time low season.Kalau tak,tak puas main dan kena beratur panjang.Masa tu mood pun dah terbang,bayor mahal pastu muka muncung meradang kena beratur lama.Last-last malas nak main,sape untung?Resort world jugak.

7.Tido di hotel Resort World atau di Genting Hotel??tido di Gombak lagi jimat.
Cara aku jimat duit-drive dari utara pagi.Tido di hotel my.home.hotel di Gombak.Rate RM75-100++.Tapi aku amik yang RM85 je.So,dah jimat dari tido kat Genting tu rata-rata RM100 keatas.Lagipun nak tido kejap jek,pagi dah check-out untuk drive/main di Genting. So keluar hotel jam 8 pagi,drive dalam 45 minit ke Gohtong Jaya (skyway station) dan pegi main sepuas hati.Pukul 6 petang,turun dari puncak Genting dan drive ke destinasi lain pulak.Jimatkan sebab makan sekali saja kat Genting yakni time lunch.Sarapan dan dinner makan dikedai biasa dan harga tak serupa/semahal di Genting.Yang ni adalah untuk yg bajet ciput ,kalo ko kayo dan duit berkepuk takyah baca entry ni okey.
Cuti berjimba-jimba kena ada,walau duit tak banyak.Anak kena bawa berjalan tengok tempat popular,walau kewangan tak mengizinkan.Jadi pandailah ko nak planning dan minimizekan bajet tu.Duit lebih boleh beli benda lain pulak.

Untuk percutian kali ni dari Gombak untuk hotel,makan,tol dan tiket taman tema,tiket skyway tak sampai pun Rm300.Aku kira dari Gombak sebab aku buat 2 dalam satu,balik kampung plus cuti bersuka ria.(untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak)