Friday, February 15, 2013

Jenis-jenis backpacker dan destinasi pilihan

images google

Aku bukanlah backpacker sejati.Yang sanggup habis separuh gaji setiap bulan untuk mengembara.Yang setiap purnama akan ke destinasi yang berbeza dan naik flight setahun 24 kali. Aku backpack/melancong hanya bila ada duit,sama ada dalam dan luar negara. Kebanyakan ayat-ayat backpacker tegar adalah:

-it's not the destination, but the journey

-The road of life twists and turns and no two directions are ever the same. Yet our lessons come from the journey, not the destination.

-Focus on the journey, not the destination. Joy is found not in finishing an activity but in doing it.

Allright, maknanya disini,perjalanan ke sesuatu destinasi tu sama penting disamping tempat itu sendiri.
Dan bagi aku, destinasi pun penting dan perlu mengujakan, Sama seperti membaca sebuah novel yang cukup menarik (ini umpama perjalanan) tetapi akan spoil bila ending (ini adalah destinasi) tidak mengkagumkan. Atau membaca novel yang isinya loose tetapi pengakhirannya mengejutkan dan mengujakan.
Jadi, perjalanan dan destinasi sangat penting ketika memilih tempat yang ingin ditujui.

Jenis-jenis bakcpacker adalah berbeza,dan bervariety. Bukan dari kajian tesis secara ilmiah tetapi menerusi pemerhatian jenis backapaker juga menentukan destinasi seseorang pengembara itu. Contoh seperti berikut:

1. Backpacker yang suka adventure- akan pilih Indon,Indo-china,china/korea dgn perjalanan murah melalui keta api.atau tempat yang kurang pelancong dan terpencil. dan ada aktiviti yang diselitkan seperti panjat gunung,skiing atau surfing. Contoh- Kathmandu, Everest, Kinabalu takpun Grand Canyon. Kalo dalam negara haruslah Gua Mulu, Gunung Kinabalu dan Taman Negara.
Tak kisah bau ketiak seharum kasturi asalkan aku bahagia. Adrenaline junkie? hell yes.Terjun bugee dari atas jambatan Sydney? babe, itu aku dah buat 10 tahun yang lalu.

2. Backapacker yang sambil mengembara suka membeli belah- akan pilih destinasi yang terkenal sebagai syurga membeli belah untuk dilawati.samada murah atau mahal tapi bajet mesti ada. Destinasi seperti Bandung, Singapore, Vietnam, London, Paris,atau Istanbul. Kalo Malaysia-Langkawi (pinggan mangkuk)atau Terengganu untuk sutera dan kain-kain mak datin. Aku tak layak masuk grup ni..almaklum kuli batak katakan.
Jenis ni masa pergi bawa ibu beg tapi masa balik beg dia beranak jadi 10 anak. Masa pi amik 30kg luggage, masa balik amik 150kg. Tabekkk!! bawa duit pun dah seguni dan kad kredit macam-macam color.

3. Backpacker yang pilih destinasi kerana iklim dan impian- Ini adalah kategori aku. (tapi pilih pun 10 tahun sekali sebab bajet tarak, hukhuk,sebab negara iklim berbeza ni selalu tiket flight mahal).
Aku akan pilih iklim ke destinasi yang berbeza dari tempat asal. Iklim 4 musim,suasana yang cantik semulajadi dan memberi kepuasan untuk ketenangan bila bercuti.

Jika iklim lebih kurang seperti tempat asal,ya boleh pilih tetapi untuk jangka masa yang pendek.3,4 hari dah cukup.sedangkan kalau ikut konsep backpack ia memerlukan tempoh yang lama untuk merasai budaya tempatan. Ia juga termasuk dalam kategori backpacker yang pilih destinasi kerana impian sedari zaman kanak-kanak lagi.
Contoh- impian den nak golek-golek atas padang rumput dilereng banjaran Alps ala ala Sound Of Music atau Little House on Prairie dan nyanyi lagu hindusstan ditengah ladang tulip. Cuaca sangat lah penting untuk aku. Best woh jalan kaki dalam cuaca 5 darjah celcius,tak perlu risau bau ketiak! Mandi sehari sekali pun rilek je.
Jalan jauh pun tak terasa. Cakap berasap dan jadilah sedara jakun bin jaki. Masa pertama kali jumpa salji, haruslah buat aksi baring sambil pejam mata dan kepakkan tangan dan kaki atas salji. Snow angel katanya.



Tempat pilihan selalunya Eropah, Harbin, Korea, Jepun, Siberia, Amerika, Kashmir atau New Zealand. Di Malaysia- Kundasang, Cameron Highland, Bukit Fraser pun cantik.
Ini termasuk backpacker yang terpengaruh dgn apa yang baca/dengar dan tetiba jadi wishlist dia. tengok gambo suasana di Harbin yang bak hamparan permaidani putih, kaki gedik nak pergi.(akulah tu)

gambo tuan tanah yang jakun tahap dewata raya tido atas salji first time jumpa...nk buat snow angel design katakan



4. Backpacker pecinta sejarah dan warisan- jenis ni akan pilih destinasi yang berakarkan kebudayaan. Contoh,nak lawat Piramid, Borobudur,Taj mahal, Machu Picchu, Angkor Wat,Terra Cota Army atau tembok China. Yang dalam negara mungkin akan ke Kampung Budaya Sarawak, muzium-muzium atau Malacca Historical City.
Yang ni dah hafal bape kali mayat firaun dililit kain kapan sebelum disimpan dalam Great piramid.
Bape kah jumlah terra cota army yg tersusun dalam makam Maharaja China serta ukiran Angkor Wat di Cambodia ada berapa kepala devata?.(stressss)
Machu Picchu

5. Backpacker ikut harga dan kos- yang ni bukan dia pilih destinasi tapi promosi/diskaun yang menentukan (selalunya flight ticket). Kalau bulan depan ada promo flight ke Perth,memang sah-sah nama dia ada.
Yang penting dia boleh sempurnakan misi dia yang ini negara ke-100 dia dah pi!
Yang ni sentiasa alert dengan promosi airlines dan hari-hari check flight fare macam orang main saham.
Tapi skrg AirAsia dah mahal, hukhuk sejak pindah klia2, payah nak dapat murah macam dulu. Nak murah buat macam Zahariz Khuzaimah, pergi travel dengan basikal dan tido dalam khemah. Ikut hati, aku pun nak buat macam tu tapi haruslah menuntut silat/taekwando atau kena tukar jantina. Paling kurang kena bawa bodyguard 10 org atas desakan family.

6. Honeymoon backpacker- yang ni jenis pergi berdua,tempat-tempat yang romantik dan..' bulan madu di awan biru...tiada yang menganggu.'
Destinasi pilihan-Bali,NZ atau Venice serta Eropah.
Yang ni kena fahamlah, jangan ko muntah dan stress tengok adegan-adegan yang lovey dovey depan mata. Kalau dah tak tahan nak tengok, amik video depa post dalam Youtube,harus adegan tu dihentikan segera. (tapi kalau dah gila glamer dgn sex tape camno?ala Kim K kan..)


7. Backpacker ikut kawan/keluarga- yang ni pilih destinasi sebab ikut kawan.
Payahkan nak pi seorang diri, jadi pape, mati katak. Sesat ke hapa ke,huh tidak.yang selalu pi dalam grouping dan meriah. takmo susah-susah hadapi sorang diri dan prinsip hidup- berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Best fren forever katanya.

8. Backpacker Suka hati- ya, yang ni pun tak kisah,asal ada duit dan destinasi,semua boleh.
 Jadi semua faktor diatas dia boleh pilih dan laksanakan.tabikkk!!! Janji ada kemahuan dan sanggup tinggalkan home sweet home. Kalau skrg trend backpack ke Korea, dia pun nak ikut jugak!

9. Backpacker jiwa lara/lonely traveller- akan ke destinasi yang mengimbau kenangan silam atau tempat yang nowhere,tranquility. Down memory lane atau ke destinasi yang sunyi dan mencari ketenangan diri. Tempat adalah-tempat study dolu-dolu kat london/mrsm,imbau kenangan bersama sidia yang kini tinggal kenangan atau tempat remote,tranquility places seperti pergunungan dan kawasan tasik/ desa. Contoh- tasik di NZ atau pergunungan di Kathmandu.

Yang ni bila kembali ketempat kenangan akan terasa bahang dan kepedihan.atau bila merenung langit biru atas puncak bukit tu..rasa sayu sebab teringat seseorang. Jenis ni tak kisah kembara seorang diri..lagi senang dia nak menyelami segala takdir yang telah tertulis untuknya.Tagline 'helaian daunan yang gugur dari pohon..mengingatkan daku saat dikau berlalu'.

Dalam kes ni..mungkin dia nak pergi ke tempat yang semua orang tak kenal. Yang dia boleh berjalan tanpa perlu nak tegur sesiapa atau mesra alam dengan sesiapa. Nak ekspresi muka sedih atau ketat bila-bila masa. Nak sembuhkan hati dan cari ketenangan hati bersendirian.

''Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini"


Loneliness is an integral part of travelling. I used to think it was the downside to travelling, but now I realise it is a necessary educative part of it to be embraced.” - David Mitchell 




10. Backpacker nak enjoy/party- boleh pilih tempat yang lively/suasana malam yang hidup dan rancak-contoh seperti Danok. Krabi, Phuket, Ibiza (hamboihh,kemain) , Belize, Singapore, Bali atau Jakarta saja. Nak enjoy dan menikmati keseronokan didestinasi yang dipilih. Enjoy selagi terdaya..yang ni kalo tanya dia,sah-sah dia tau hottest club in town. Dia rasa dia pun hot jugak. kau mampu??

11. Backpacker pecinta pantai/beach person - yang ni suka ke pulau-pulau, pantai dan laut yang dia syok sgt.
Suka tunggu sunset dan sunrise nak abadikan momen terindah tu. Jenis hobi snorkeling atau diving. Wajib pergi diving kat Sipadan, Perhentiaan atau Tioman. Kalo obersea mesti gi Gili, Fiji, Bahamas, Carribean, Belize takpun Maldives.
Jenis rentung kuasa seribu pun takde hal beb. Dlm beg tak perlu BB cream tapi sunblok wajib carry 24hrs. Cer try gi usha almari dia, tgk apa ada. Seluar bunga-bunga dan baju lukisan pokok kepala..diving/swim suit seharusnya ada..tak pun seluar raggae Bob Marley. Jenis rileks dan santai. Sambil berjalan pun rasa nk goyang-goyang kepala.

Okey, banyak lagi sebenarnya jenis-jenis backpacker yang boleh kita huraikan.

Bagi aku, destinasi pilihan aku, cuaca adalah faktor utama. Jika aku nak habiskan duit RM1k keatas, maka tempat haruslah bercuaca empat musim. Tapi jika bajet ciput, maka pi negara Asean je la..tapi aku tak minat sangat, Sebab tu jugak,aku sanggup kumpul duit lebih dan tunggu lama sikit.

 Tak perlu nak kira aku dah pi 20 negara tapi semuanya macam Thai,Vietnam atau Indon, sebab tiket flight murah. Bagi aku la kan, biarpun  tiket ke Manila murah, ke Taiwan murah,aku tak tergoda.
Aku lebih rela backpack 5 tahun  sekali, asalkan tempat tu berbeza cuaca dari Malaysia.

Bagaimana pun aku teringin jugak nak pi ke Sa Pa Valley, di Vietnam yang bercuaca sejuk, pernah turun salji disini. Di utara Vietnam, berdekatan border China. Aim pada tahun 2015.
Wishlist aku untuk major backpack adalah seperti berikut. Dan yang paling atas tu, itu adalah destinasi tegar yang akan diusahakan untuk direalisasikan. Insyallah.

1. Kashmir- atas sebab mukabumi yang sangat cantik,iklim 4 musim dan berada dibanjaran Himalaya yang mengkagumkan. Wilayah empat musim yang digelar Switzerland Asia. Syurga dunia.
Banjaran puncak gunung memutih diliputi salji. Tasik Dal yang indah dan peninggalan ketamadunan Munghal yang sangat menghargai para pengukir, pemuisi dan tukang-tukang hebat.

2. Turki-Istanbul- atas sebab ketamadunannya. Bak kata pelawat yang pernah ke Turki,berada disini seolah-olah kita berdiri dalam cerita 1001 malam dan zaman Ali Baba 40 penyamun. Unik dan perasaan yang sukar digambarkan. Dari Turki konon merancang naik kereta api ke Bulgaria...dalam perancangan. Kemegahan Hagia Sofia dan peninggalan Empayar Ottoman yang sangat menakjubkan. Pertemuan dua benua Asia dan Eropah, laluan sutera yang berkurun lama. (ini subjek sejarahkah? grrrrrr)
Hagia Sophia

Blue Mosque

3. United Kingdom- Perancis-Switzerland-atau kedestinasi dalam lingkungan yang sama. Kerana terpegun dengan cerita bangsawan Inggeris dan suasana desa inggeris seperti cottages, old castle atau sekadar hamparan padang rumput menghijau berpagar cat putih. Juga iklim 4 musim yang teringin nak dirasai.
Yang paling aku nak pergi adalah Cotswold area. Tempat  rumah comel macam Anne Of Green Gables.
Oh dan Mr. Darcy...

4. Syria-Jordan-Mesir- Destinasi timur tengah yang berkait rapat dengan ketamadunan Islam dan manusia kuno. Sejarah yang mengkagumkan.Lagi pulak mamat Jordan adalah antara terkacak didunia. Cuci mata okey sambil dukung mak tapir 40liter. Ya,sekurang-kurangnya ada jugak permandangan yang tak jemu selain unta-unta (heee...lawak sempit)

Insyallah moga-moga tercapai.
Bagaimanapun...yang selalu berlaku adalah:
  “When you’re safe at home you wish you were having an adventure; when you’re having an adventure you wish you were safe at home.” - Thornton Wilder


 

8 comments:

  1. Nak pegi semua tempat di atas jugak..
    teringin actually nak jadi backpacker ni, macam challenging and tak terikat dengan tour guide..sebab tak suka terkejar2 nak enjoy holiday..salu kan kalo tour guide selalu terlimit..tak bole lama2 kat satu2 tempat..
    tapi sebab masih belajar simpan lagi hasrat tu..duit pun tarak...
    apa-apa pun your story (especially kashmir) motivate me nak holiday style backpacker..hehe
    keep blogging sis..:)

    p/s : hope one day dapat smpi kashmir jugak..insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nia,

      Dimana ada kemahuan..disitu ada highway...good luck

      Delete
  2. Penulisan yang menarik ! Backpacker Jiwa Lara. Haha

    ReplyDelete
  3. jenis backpacker suka hati plus ikut harga dan kos. hahaaa bagus entry ni.. baru nampak kat mana sebenarnya backpacker kat dalam diri ni..

    ReplyDelete
  4. good info :) keep it up dear. i love backpacker

    ReplyDelete