Tuesday, April 9, 2013

Anggaran kos kasar backpack dan itenary ke Kashmir India

images google
Bagi yang teringin nak backpack ke Kashmir, ini ada sedikit panduan untuk anggarkan kos kesana.
Kos yang aku bentang ni adalah untuk  seorang traveler (tapi travel berdua)dan jenis backpack. Ianya bajet..tapi masih selesa untuk sesekali sewa kereta dan tinggal semalam di Houseboat yang mewah. Anggaran ni untuk sepuluh hari pengembaraan termasuk waktu perjalanan.
Jika pergi travel berdua. kos menginap dibayar kongsi, begitu juga sewa kereta, jadi memang lebih jimat disitu.

Dari segi makanan pun, kami dikira masih mewah dimana boleh makan direstoren pelancong dan sesekali makan bubur segera/maggi dari Malaysia.
Tetapi memang beratlah sikit bila usung backpacker bag tu kesana-kemari untuk berjimat. Kami banyak juga berjalan untuk jimat kos teksi, tapi memandangkan disini ada auto, naik auto pun masih jimat lagi. Ini anggaran kasar ok, yang mana lebih kurang seringgit dua tu aku genapkan je.
Dan itenary di India selama 10 hari yang mana 7 hari di Jammu dan Kashmir. 3 hari di Kolkata.

keindahan Pahalgam
Itenari Kashmir adalah di hujung bulan March, awal bulan April dan musim bunga.
Cuaca masih sejuk terutama di kawasan pergunungan iaitu Pahalgam dan Gulmarg. Masih bersalji.

Day 1- Night in Kolkata
KL - Kolkata (tido di airport Kolkatta untuk catch flight pagi esok ke Srinagar)

Day 2- 5  (3 days 2 night in Pahalgam)
Kolkata - New Delhi- Srinagar (4 jam)
Srinagar ke Pahalgam (3 jam dengan prepaid kupon taxi)
Menginap di Pahalgam Beach House - 3 hari 2 malam
Pahalgam sighseeing, shoping dll
Baisaran Peak tour - naik poney
Lidder River

Day 5-6 ( 6 days 5 nights in Srinagar)
Check-out dari Pahalgam
Pahalgam - Anantag - Srinagar (naik sumo tata)
Tour ke Shalimar Garden,  Tulip Garden
Check in hotel di Rajbagh, Srinagar (3 hari 2 malam)
Tour ke Gulmarg -whole day main ski

 Day 7 (Dal Lake Srinagar)
Check-out Rajbagh hotel, check in di House boat di Dal Lake (2 hari 1 malam)
Dal Lake boat tour, shikara ride

Day 8  ( Srinagar)
Check-out House boat, check in Hamburg Hotel di  Boulevard Road Srinagar (2 hari 1 malam)
Pari Mahal Tour
Hazratbal shire dan Jamia mosque

Day 9-10
Check-out Hamburg Hotel
Flight Srinagar - New Delhi - Kolkata
Bermalam di Kolkata (sudder street utk 3 hari 2 malam)
New market
Kolkata Tour

Dan kos adalah seperti berikut:

Kos penerbangan- RM1800
Kos penginapan,makan dan lain-lain- RM1000
Visa- RM200
Jumlah keseluruhan= RM3000

kos purata penginapan semalam- Rs800 (rm40)
Kos purata makan seorang- Rs100-200 (rm5-10)
Kos pengangkutan- auto rs50 (rm3) untuk 1-2 km
Houseboat- Rs1000-2000 (rm50-100)
Shikara ride- Rs300 sejam (rm16)

Pengangkutan:
Taxi kupon from Srinagar to Pahalgam 96km  =Rs2100  (rm116) ,one way
Sumo Tata share Srinagar- Anantnag- Pahalgam 57km = Rs300  (rm16) ,one way
Kereta sewa Srinagar-Gulmarg = Rs1500-2000  (rm80-110)

Jumlah kesemua hanya RM3000. Aku tukar duit RM1400, dapat Rupees 24,000.

Dan aku spend untuk souvenir lebih kurang Rm500. jadi aku guna untuk belanja disana hanya Rm500 jek.
So kalo tukar Rm1000 pun dah cukup buat belanja 10 hari disana. Sebab bila pool duit dengan travelmate, poolkan sebanyak IND rupees10,000 (rm550), memang dah cukup.
Ingat, kos penerbangan tu jika tempah awal boleh dapat murah lagi,mungkin sampai Rm1400 (AirAsia, Indigo Airlines) menerusi connecting flight. Aku tempah melalui website http://www.makemytrip.com/

Dan jika anda backpacker tegar yang betul-betul bajet, maka mungkin belanja anda disana hanya Rm500. Bila anda sanggup naik bas,makan makanan segera dan sekadar alas perut.
Kos penginapan disini hanya dalam Rm40 saja..cari kawasan yang bukan tourist spot..,Rajbagh area is good choice..masih dalam bandar. Dan untuk masuk ke taman, tempat bersejarah disini masih dikira murah.

Makan berdua direstoren selalunya bil dalam rupees 300-400 (rm15-22). Kalau rs500 tu (rm27) tu kira dah mewah,siap beriani (big portion, boleh tapau utk dinner) dan air segala. Memang puas hati. Malah kami masa nak balik tu,ehh pesal duit banyak lagi ni?? Cuma ko jangan la baik hati sangat takde tawar menawar langsung. Sebab biasalah bila depa tengok kita orang luar,mula la nak sembelih tapi kita bargain la sikit dari segi pengangkutan,penginapan dan cenderahati.
tu yang pergi perabis beli cenderahati. India masih murah..boleh kalo nak travel lelama pun sebab kos hotel masih rendah.

Yang mana risau soal keselamatan tu,jangan ragu-ragu. Kashmir selamat, ramai tentera yang berjaga juga beerti orang takut nak buat jenayah. Ramai yang datang bawa family kesini.
So, jika nak pergi, teruskan niat tu. Dimana pun kita berada kalau sentiasa alert dan berhati-hati,insyallah.

Update: AA dah buat flight KL-Delhi..jadi takyah turun Kolkata dah..direct terus ke Delhi.

27 comments:

  1. thanks for nice entry and info....rasa mcm na pegi sana January end tp sgt sejuk time tuh....huhu

    ReplyDelete
  2. aza nak tanya..bulan berapa best nak g kashmir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak rasa salji,elok pi feb atau march..
      Nk cantik pi musim panas-may-july sb bunga n rumput semua cantik di lereng bukit
      Kalau pendapat saya,elok pi masa march,dapat rasa salji dan boleh tengok tulip sedang nak kembang.
      Maklumlah jakun salji katakan.Pastu nak travel n jalan kaki pun best sebab cuaca dingin dan tak panas

      Delete
  3. salam. sy ingin ke kashmir xlama lg. sy perlukan detail trip ke sane. kalau xkeberatan.. bole awk contact sy melalui email? inazamalina@gmail.com thanks.

    ReplyDelete
  4. Salam bro. Nak tanya ni. Saya ada masa hanya dari akhir Nov hingga habis Disember. Masa tu musim apa ya disana? Kalau musim panas katanya berdebu dan kotor kalau ke India. Betul ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm,
      Masa tu musim luruh kat sana..dan agak sejuk. Check here:

      http://www.bharatonline.com/kashmir/travel-tips/weather.html

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Kalau planning pegi seminggu boleh suggest tak tempat yg paling tak boleh missed out... Sy ada try send email dkat azalea_11@yahoo.com tp fail.. Hahahha thanks

      Delete
    4. Pahalgam, Sonamarg, Gulmarg dan segala taman-taman tulip tu..serta houseboat. Maybe dah lama tak buka kot email tu hehe

      Delete
  5. Thanks kalo nak mintak email address boleh x? Mcm nak tanya byk benda ja ni heheh ni email saya norkhalilah_akarim@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, saya plan nk pg kashmir dlm may tahun depan 2016. ade beberapa nk tanya especially visa, airport dan itinerary. ni email saya. yeeh4@yahoo.com

    -ikmal-

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..
    saya berminat nak ke kashmir..untuk 5/6 hari perjalanan. tempat mana yang best..nanti email saya,mohdsharifibrahim@gmail.com

    terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat sy seperti yg itenary kt ats tu

      Delete
  8. Boleh Sy dapat itinerary jugak
    My emel : noor_asila@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. Saya nk pergi ke kashmir. Nk mntk nasihat sedikit. Boleh email saya hafezfinger1995@gmail.com

    ReplyDelete
  10. email saya dekat aminul_rashid93@yahoo.com atau whatapps saya kat no 01111581689... saya nk tau dari pergi sampai balik sbb saya nk g dengan kwan ... untuk backpacker...please bantu saya

    ReplyDelete
  11. salam sis,,

    pegi berdua perempuan xbahaya ke?

    ReplyDelete
  12. Sis, kalau pergi bulan 4 musim apa ya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim bunga..so far rasa selamat utk perempuan travel sana..keep alert dan be a smart traveler

      Delete
  13. Salam, nak tanya lah.
    Kos keseluruhan RM3000 tu untuk 2 orang atau seorang ?
    dan kalau pergi pada bulan July-Ogos agak2x masa tu sedang musim apa ye ? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm..rm3000 tu utk sorg sb tiket flight dh rm1800. July-ogos tu musim panas

      Delete
  14. nice post. one day insyaAllah akan jejak kaki ke Kashmir :)

    ReplyDelete