Apa perlu di bawa semasa backpack??


Ini ada sedikit panduan apa yang perlu kita bawa semasa backpack.
In adalah senarai aku..mungkin setiap backpacker berbeza senarai yang dibawa mengikut kepentingannya.
Kuantiti bergantung kepada tempoh selama mana kita bermusafir. Jika 10 hari katakan, bawa baju 6, 7 helai.


Backpack Essential:

1- Dokumen penting:
- Passport dan visa serta pastikan passport tidak expire / lebih 6 bulan expire sebelum travel,  duit (currency yang dah ditukar..kalo mahal kt sini dan bercadang nk tukar di sana seperti duit Turki..at least tukar sikit utk kecemasan seperti nak bayar tiket tram/metro dari airport sebab kat airport mahal ratenya).
- Salinan passport dan visa, flight ticket, kredit kad, dokumen booking hotel/ train/ bas dll
- Travel Itenary, money currency converter note- aku guna yahoo currency converter, list of hostel world, pen and small notepad, peta dan guide macam wikitravel tempat yang kita travel tu,
- novel, magazine..aku suka bawak Reader Digest..byk isinya.


2- Food and Beverages/ kitchen kit
- Maggi in cup, packed food..kalo pergi lebih dari seminggu aku akan bawak beras dan periuk nasi utk berjimat tambahan kalo bukan tempat mudah nak dapat halal food.
- Biscut/ kek buah/ wafer coklat
- milo 3 in 1, nescafe, oat drink dll
- Sambal kering/serunding , porridge in cup
- sardine/kari ayam brahims, rendang daging adabi, roti gardenia butterscotch, roti ikan bilis/sardine, sudu, garfu, pisau serbaguna/ swiss army knife/ lampu suluh. Pinggan takyah bawak..elok lg bawak tupperware..makan je dlm tu..dan handy untuk masak dan tapau sebelum keluar jenjalan.


3- Electric goods:
- Camera and charger, tab and charger serta powerbank.
- Handphone-charger, earphone, international adapter, iron jika kau minah smart, download kompas kiblat dlm hp sesiap.
- periuk nasi jika perlu atau dapur hot plate tu



4- Clothes and garment:
Bawa baju ikut musim dan kesuaian. Jika travel time winter/ spring elok bawa winter coat..jika summer cardigan atau jaket nipis dah cukup. Warna baju pun elok pilih yang buat kau nampak slim dan rasa cantik memakainya. Nanti upload ig/fb tentu nak gambar yang letops kan?
- Neck support pillow, towel, sweater, blouse and t-shirt. Aku suka bwk baju sleeveless dan pakai jaket kat atasnya..jimat ruang. Baju sleeveless kecik-kecik je. Bwk 2 lai jaket/cardigan.
- Jeans and pants utk seminggu bwk 2 helai je, shawl, baju hujan(tgk musim jgk), selipar, kasut dan stoking. Elok kasut full mcm sneakers atau boots sepasang dan sandal sepasang.
- Kain telekung, sejadah
- underwear, cukup 4-5 helai dan boleh basuh nanti
- boleh tambah sunglass, mafla/snowcap bagi musim sejuk untuk lebih bergaya. Bila lagi nak bergaya dengan winter jacker dan mafla?

5-Toileteries:
-Berus gigi, ubat gigi, shower gel, face cream, syampu, pisau cukur/shaving cream utk lelaki
- Deodorant/sikat/hair moisturizer dan wet tisu
- barang make-up seperti face powder, lipstick/gloss/lotion, eyeliner dll
- mungkin ada yang belum period..boleh spare pads.

6-Medical stuff/ supplement:
- Ubat sakit perut-1 papan
- Minyak cap kapak-1 botol kecik atau bam kot sakit kepala- ada jugak spare.
- panadol/ paracetamol/ ibuprofen-1 bar. Ibuprofen ni boleh guna sebagai ubat utk migrain, senggugut, demam, flu dll. Tak bawak paracetamol tapi bawak ni pun ok.
- vitamin atau supplement yang biasa kau amik..kot nanti tertinggal badan lemah ke apa kan.

Makanan memang aku bawa agak banyak, standby kot kita dok kt remote area..takle kebulur cari restoren. Memang ia makan byk ruang..tapi ini juga adalah tip berjimat yang berkesan. Lagi satu beg masa pergi penuh food dan bila balik dah kosong boleh isi ole-ole kan?
 Ini adalah senarai yang penting pada aku. Yang lain-lain boleh ditambah.

Untuk panduan backpack beg pula:
- jika travel selama 14 hari/ dua minggu ke atas..beg berkapasiti 70-80 liter disarankan. Gambar mak tapir yang awek kat atas galas tu berkapasiti 85 liter dan bawak travel 2 minggu ke Europe memang sesuai.
- jika travel 3-5 hari atau seminggu, bawak beg backpack 35-50 liter sahaja.

Barang yang kau rasa boleh beli disana dan lebih murah tak perlu bawak dah. Contoh bila pergi Thailand memang aku tak bawak syampu atau losyen sebab kat sana benda tu murah gila. Rugi bawak.
Semasa nak bawa barang, tengok dulu negara mana kita pi. Kalo kastam dia ok, boleh bawa food, silakan. India aku rasa kastam security straight, tapi food semua boleh masuk. Kastam Australia mungkin lebih straight, so pandai-pandai. Barang lain yang sikit-sikit tu boleh beli disana je. Tak berat beg nanti. Aku paling pentingkan losyen, sebab kulit selalu kering kat tempat orang. Jadi aku beli je moisturiser kat sana.

Dan sabun basuh baju penting jgk..sebab nanti kalo baju rasa tak cukup terus basuh dan sidai. Kalo takde guna shower gel rendam baju kejap dan sidai. Yg penting bau wangi dah.
Mungkin ada lagi..ikut keperluan masing-masing. Senarai ni bukan hanya untuk backpacker je..tapi yang nak pi kursus pun boleh, cuma skip bab food dan mana yang tak perlu. Paling penting..jangan cuai semasa travel..kalo hilang dokumen penting..menangis tak berirama nanti. Jaga passport macam jaga nyawa sendiri okeh.

2 comments:

  1. sis..nak tnya..kl bawak backpack mcm sis...lepas ka nk masuk kabin flight? ka kena checkin luggage?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena check-in luggage..berat backpack tu dalam 15-17kg..masuk kabin hanya bawah 7kg dibenarkan.

      Delete