Backpack Kashmir-Day 6-Jamia Mosque,Hazratbal Shrine and Pari Mahal

Pari Mahal
Hari ke-6 di Kashmir. Nak pergi Sonmarg tapi bajet dah lari. So lepak je kat Srinagar ni..melawat Pari Mahal, Jamia Mosque dan Hazratbal Shrine. Pari Mahal ni ada 7 tingkat..penat woo nak panjat.Ia merupakan tapak arkeologi yang mana dulunya adalah tempat pemerhatian astronomi/astrologi  semasa zaman kerajaan Mungal.

images-google

Jamia Mosque..banyak burung merpati disini.Mempunya 4 penjuru kubah dan ditengah-tengah adalah  kolam ambil air sembahyang.

Dari Pari Mahal boleh nampak semua permandangan tasik Dal dan Srinagar
Kami menggunakan auto untuk kesemua tempat ni..murah dan mudah.Rs700 je, siap pakcik auto tu tunggu lama semasa kami di Pari Mahal. Jalan di Srinagar adalah sibuk dan hon memang bising. Di Pari Mahal, kami je 2 org yang dtg naik auto, sebab teruk juga nak panjat bukit.Yang lain semua datang dgn kereta. Tapi pakcik auto tu sangat sporting..boleh je guna auto dia naik bukit tu.
mudah dan murah dgn Auto ni

Di Pari Mahal , ramai pasangan sedang dating..macam zaman dulu-dulu,dating kat Taman Bunga. Patut la kat area Srinagar tak pernah tengok lagi tengok couple Kashmir berdating..rupanya port mereka adalah Taman..romantik abis.Tiket masuk kesini dalam Rs10 je.
Masa ni, Hazratbal Shrine sedang dalam baikpulih..dom dia dah pecah. Kamera aku pula tertinggal dalam kapalterbang Indigo..so takde gambar yang banyak boleh kongsi. Dari sini pun ada shikara yang boleh dinaiki. Upah shikara sejam adalah Rs300 (rm15). Disini juga banyak burung merpati dan tentera yang berjaga.
Memang terasa sedih sangat-sangat sebab dalam tu semua gambar di Kashmir tersimpan..adeh la...nangis air mata darah pun tak guna.
Itulah cabaran terhebat dalam backpack ni..mau sakit jiwa dibuatnya.

Comments

  1. do add me kat fesbook : zarirah sulaiman. kalau ada plan g backpacking lagi, boleh la roger2. tengah dalam proses mencari geng. hehe. tq2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ira,

      Tenngah cari geng nak backpack ke Eropah..ada yang berminat tak?
      Plan dalam 2014 atau 2015,insyallah

      Delete
    2. hai back pack ke europe ada kosong lagi tak? email sy mzbananaz76@gmail.com

      mekasih bebanyak..

      Delete
  2. bapak sadis..cmne bleh tertinggal kimera pulak...hoho bertabah jela...trip europe tu berapa grand total?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip Europe Rm5000 kebawah campur flight tiket.Jom pi sekali nak?

      Delete
  3. Salam kak, bleh bg emel tak?saya nk tanya kak ckit pasal trip ke Kashmir.tq so much!!!
    nameless_163@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Boleh x bg email? dylafendy@yahoo.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam