Backpack ke Kashmir-Day 4-Gulmarg

Hari kelima di Kashmir kami meneruskan perjalanan ke Gulmarg jam 9.00pagi. Suasana sangat sejuk disini..dan aku hanya mampu mandi sekali je sehari. Air pun tak minum sebab takut sejuk. Kulit dah mula kering dan mengelupas. Malamya tido berlapiskan 2 selimut tebal serta baju panas. Jika tiada water heater di guest house, memang seksa dibuatnya.

Kos perjalanan dari Srinagar-Gulmarg adalah Rs2000 (rm100). Kalo nak murah,boleh je ambil auto bawa ke tempat Taxi Stand share Sumo Tata tu..boleh share dengan pelancong lain untuk ke Gulmarg.Lebih murah. Namun kerana nak berhenti ambil gambar di tengah ladang mustard ala Dilwale Dulhania Le Jayenge, kami hire kereta untuk naik ke Gulmarg.

Gulmarg terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan ski terbaik dunia. Beraltitud 265mm dan dilitupi pokok fir dan pine.Berada 57km dari Srinagar dan sepanjang jalan permandangan sangat menakjubkan.
Di sini ada sewa untuk sledge dan ski. Rasa ok je berurusan disini,walau byk org komen depa ni suka paksa dan minta komisen lebih.Yg penting kena tegas ok dgn depa ni.


permandangan semasa mendaki Gulmarg
salji masih tebal kat bawah

canti tengok tapi dah keluar kereta tak tahan sejuk
dah sampai

ski trainer..profesional tu..
this guy is very nice and pro too



Gulmarg Ski resort








permandangan dari Srinagar ke Gulmarg,pokok canola/rapseed ni saujana mata memandang




Gulmarg ski centre..dari bawah jauh jugak nak panjat naik point ni..tiket dalam Rs50 kena bayar untuk masuk



Kos sewa peralatan ski dan orang ajar kita adalah Rs1500,boleh bargain lagi ni (rm80). Memang sgt best main ski ni..dan trainer dia sgt sporting. Tak puas rasanya main ski dan salji disini cuma kami tak naik gondola pun.janji ada salji dah le kan? orang jakun katakan......kena mai lagi nampaknya ke sini!
abaikan gambar tanpa kepala ini..bukan kerana dipancung oleh kumpulan Abu sayyaf.


jakun bin jakun senior

2 comments: