Monday, April 8, 2013

Bhagirathi Guest House Sudder Street Kolkata

Guest house ni terletak di Sudder street yang terkenal sebagai tempat backpacker berpusat di Kolkata.
Ratenya dalam Rupees 800-1000 (dlm rm40-rm60). sejauh lebih kurang sejam dari airport. Biliknya ada dua katil single, attach bathroom dan selesa. bau je buat aku pening
Disini makanan halal mudah didapati..sebab ramai muslim. Juga ia dekat dgn New Market Kolkata serta banyak kedai yang beroperasi disini. Ada kedai bag,buku,pakaian, DVD,semua keperluan backpacker boleh didapati disini.


nak isi register guest susah tau kt india ni..kena amik gambar,passprt dan visa discan dan semua maklumat perlu lengkap.Tapi mereka yang isi..bukan kita. Bayangkan nak guna internet pun kena tunjuk passport kt kolkata ni?


malam agak meriah

keadaan di sekitar

penjual kurta

service tak perlu bangunan kedai


 Sesapa yang nak beli ole-ole boleh je beli sekitar New market. Harga sari bermula dari Rs200 (rm 12) keatas. Kurta untuk lelaki lebih mahal iaitu sekitar Rs750 (rm 50-60 camtu).
keychain kolkata atau fridge magnet tiada disini. Puas cari.

masak apa tu???

nasi dan ayam tandoori

banyak restoren halal disini

warna warni India



No comments:

Post a Comment