Sunday, April 7, 2013

Layover in Kolkata

No,this is not Anthony Bourdain style layover.
More than 24hrs..kami bermalam 2 malam di Kolkata. Tempat popular bagi bajet backpack di Kolkata adalah di Sudder Street. Agak jauh dari airport,memakan masa lebih kurang sejam dari lapangan terbang. Ditambah dengan kesesakan trafik Kolkata,memang agak memenatkan.
Kolkata memang amat panas dan berbahang. Berdebu dan unik. Ia bandar terbesar di West Bengal, ramai penduduk muslim dari Bihar disini.
Tujuan singgah di sini adalah untuk membeli sehelai dua sari. Tempat popular untuk shopping disini adalah di New Market. Tempat yang luas dan banyak pilihan.
Ramai backpacker yang tertumpu di sini, area Sudder Street. Boleh dok sebelah meja dengan mamat kacak dari German, ataupun awek cute dari Jepun di internet cafe.
Buat hal sendri sudahlah ok, walau kadangkala tu aku menerima pandangan tajam dari backpacker minah saleh berumur 50-an di kafe.Ughh..what the hell?

Dapat juga dengar laungan azan juga berkumandang di Kolkata.
Entahlah mungkin betul kot, orang Malaysia ni jenis mesra dan ramah, sebab tu ramai pelawat suka datang. Dibezakan dengan India, Singapore, pada aku kita jenis suka senyum. Mereka tu kadangkala muka ya Allah.. mahal gila nak senyum. Bila dah mengembara ke tempat orang barulah reti nak hargai kelebihan negara sendiri. Betul?
Kolkata Airport

untuk lebih murah.beli kupon taxi ni.Tapi kira balnce depan petugas kaunter tu sebab mereka selalu pulangkan baki yang tak cukup


Sudder street,tempat tumpuan backpacker seluruh dunia di sini
suasana kolkata

Walau apapun pandangan kita tentang India, ia tetap unik dan menarik minat pengembara dari seluruh dunia.
Kotor, berdebu dan busuk, ia tetap jadi tumpuan. You ain't true traveller if you ain't in India yet..so they say. Bagi yang singgah di Kolkata, boleh shoping kejap sari, kurta dan banyak barang lain di New Market Kolkata. Ia adalah seakan Petaling street campur masjid India.

                                          New Market.



agak-agak apa mamat tu buat..?


Kelihatan penarik roda mengambil penumpang masih menjalankan khidmat mereka. Wanita bersari berjalan kesana kemari..ada yang memasak ditepi jalan. Kanak-kanak yang tidak bersekolah sedang berkerja dikedai-kedai makan.
Selamat datang ke India.


Bila berjalan di bandar Kolkata,panas gila..berbahang rasa. Terdapat jurang sangat ketara kaya dan miskin. Dan sepanjang jalan,bila waktu tengahari,pekerja pejabat memenuhi gerai tepi jalan menikmati makanan. Terpusing jugak kami mencari jalan pulang dan New Market. Dengan lalulintas yang serabut,hah..pandai-pandailah nak lintas jalan. Sekejap-sekejap aku berhenti beli air, tak tahan panas ok, tambah mat saleh tu,lagi tak tahan. Kebanyakan penduduk sini,kurang mahir juga berbahasa Inggeris. Dan bila waktu sarapan,kami makan roti dan dhall, portion sangant besar, so tapau dan beri pada makcik yang duduk tepi jalan tu. Mereka menghargainya. Kanak-kanak bekerja di kedai makan adalah biasa, tak sekolah rasanya. Ada juga yang akan offer untuk service inai.

Orang India agak rude bagi aku...tambahan lagi yang kerja di airport..sakit hati aku dengan perempuan yang jaga kaunter Indigo Airlines.Very rude staff. Senyum susah sangat..berbeza sangat dengan kita.So sekarang aku paham bila pelancong kata orang Malaysia peramah,mesra dan warm, sebab kat sini memang kasar layanan diorang.main baling je borang dan muka masam sentiasa.siap jerit lagi ok..Menyampah pulak aku..tu baru negara miskin, kalo negara kaya memang lagi berlagak. Dan yang berlagak tu konon kasta tinggi la sangat, dapat keje kat airport, heh..heh..macam-macam ragam yang kadangkala buat ko sakit hati di sini.
Tapi itulah keunikannya yang di sebut-sebut oleh ramai pengembara.

3 comments:

  1. Slm dear!

    Blh x bg emel u kt i? I wanna ask more about kashmir....ini emel saya..

    manjanaimi@gmail.com

    Tq - Naimi

    ReplyDelete
  2. Salam

    Nk ty dekat kolkatta mmg ada tram ka.. Kami nk p 26 march ni

    norwahidayaakub@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm..ada masa saya pergi tu.
      Check sini:
      https://en.wikipedia.org/wiki/Trams_in_Kolkata

      Delete