Sunday, April 14, 2013

Novel karya Nurul Syahida



Pernahkah anda membaca novel karangan Nurul Syahida?
Penngarang novel Soalnya Hati,Plain Jane,Valentina Nervossa dan Akukan Novelis?
Walau usia  dah nak masuk zaman gelap,namun aku masih suka baca novel. Bukan novel cinta tanpa pengisian, tetapi novel yang ringan,menghiburkan dan ada terselit falsafah sedikit. Letih okay nak baca novel yang menyesakkan otak, suspen dan novel berat.
Tulisan Nurul Syahida lain dari yang lain dan unik dari novel Melayu lain, Ia ada sedikit gaya Helen Fielding dalam Bridget Jones Diary novel.-(dalam Plain jane)
Selepas membaca novel Plain Jane kira-kira 3 tahun yang lalu, akhirnya aku dah tak boleh baca novel Melayu lain selain dari pengarangnya bernama Nurul Syahida. Mungkin kerana gayanya dalam tulisan lebih sarkastik dari novel biasa yang membosankan,jalan ceritanya tidak tipikal dan ada falsafah disebaliknya (dia graduan UIA) membuatkan tiada novel lain yang setara dengannya. Novel karangannya tergolong dalam 'kumpulan' lain.Ia lebih banyak pemerhatian hidup dan manusia,membuatkan kita terfikir pekara rutin itu sebenarnya satu keunikan personaliti seseorang. Ini yang amat jarang ada dalam novel melayu.
Ya, ia adalah novel cinta yang mungkin digilai remaja namun ia ada pengisian. Selepas bertahun-tahun tak beli novel melayu (dulu masa remaja beli jugak,pastu beli novel inggeris nak belajar b.i,hehe alasan), akhirnya selepas baca novel dia Plain Jane yang kebetulan dipinjam dari seseorang-aku kembali beli novel melayu. Katalah apa sekalipun,ya aku memang tak baca itu novel Ombak rindu. Dan jangan samakan dengan novel karangan Habiburahman El Shirazy atau Andrea Hirata.Itu kumpulan lain.
Sebelum ni baca jugak novel Fauziah Ashaari, Sri Diah, Nia Azalea, Damya Hanna tapi pinjam punya,sayang duit nak beli dowh.Akuilah..kita memang kedekut nak beli kan?untuk makan boleh berratus-ratus Rm tapi,untuk beli tu rasa sayang duit tu (kalo dpt baucer buku alangkah nikmatnya namun aku bukan berada di IPTA lagi)
Dan aku juga tak beli novel melayu karangan penulis lain selepas membaca novelnya. Jika novel karangannya dialihbahasa ke bahasa inggeris,memang boleh meletup dan menandingi 'chic lit' novel inggeris dll.
Novel Nurul Syahida memang sangat sesuai untuk bawa ke backpack sementara bosan menunggu flight dan ia ada anekdot yang sempurna semasa percutian.
Semasa aku remaja,memang tiada lagi penulis mempunyai gaya penulisan seperti ini, dan ketika itu semua orang meniru gaya Ahadiat Akasyah. Jadi,jika aku terlambat mememui gaya seperti ini,ia bukan ber tujuan nak jadi remaja semula..got it?

Review  Aku kan Novelis:
Yea,kisah hidup watak utama Safiah hanya muncul pada pertengahan cerita.
Novel ni masuk menyelami kehidupan dan perasaan setiap watak- Iza,Helmi,Hisham,Safiah,Roul (suka nama tu..cam tak tipikal ) namun..ia masih misteri dan tidak seperti novel biasa yang terlalu menceritakan perasaan watak hingga rasa sakit kekecewaanya bla bla yada yada.. itu memenuhi 10 muka surat (patut le tebal dowh!,muak)
Kisah seorang novelis dan dunia sekitarnya .Dan kehadiran seorang pemuda middle-earth berambut merah.
 Di mana perasaan boleh bertukar dan kenangan lalu masih mencengkam.
Seorang novelis yang yang superhero boleh menyelesaikan kemelut gusar rakan-rakannya tetapi dalam dunianya tiada siapa boleh mengintai.
Memang suspen dan tak sabar-sabar nak habiskan untuk tau kesudahannya.
Ia bukan novel tipikal cinta lentok, dan tidak bermain perasaan yang lebih-lebih.
Aku dah baca berkali-kali, memang tak membosankan. Memang tak rugi membelinya. Highly recommend.
I don't want to spoil you guys..so pergi beli dan baca cepat-cepat.

1 comment: