Tuesday, April 9, 2013

Ole-ole dari India

Bila kita dah pergi berjalan-jalan ke tempat orang ni, maka pemberian cenderahati kepada keluarga dan rakan-rakan adalah wajib. Walau duit dah nyawa-nyawa ikan dan makan pun ikat perut..tapi bila balik Malaysia tu ada je kan ayat 'hai,beli apa kat sana?..",pastu bos pulak dah approve cuti kenalah hulur pape.(cam tak ikhlas jeee).
So ini adalah cenderahati yang aku sempat beli kat India aritu:

1. Kurta.- Kurta ni beli kat New Market Kolkata.Mahal jugak tau walau simple je untuk lelaki ni!
Harga yang cotton biasa Rs750 (lebih kurang rm42),yang kain coklat cair tu Rupees 1250 (rm70).
Ada yang kurta masih tak berjahit tu harga Rs500 (rm28).Aku beli 5 helai dah Rupees 4000 (rm221). Ni pun kira dah habis bargain tau, grrrr.
Kurta India,wat pakai pi solat jumaat


2. Kashmir Shawl.Yang ni harganya IND145 (rm8) sehelai. Aku beli 20psc. Jumlah semua Rupees 2900.(rm160).Yang buat bagi kat staf pejabat,keluarga dan kawan-kawan. Mahal jugak, ikut hati nak bagi Fridge magnet je tapi takde pulak menatang tu kat India.Yang ni beli kat Pahalgam Kashmir.
Kashmir shawl


3. Sari-benda ni wajib beli bila pi India. Aku beli murah-murah je kain. Takde nak beli sulam bagai.
Ada yang sari berharga Rs850 (rm47),Rs270 (rm15) dan paling murah Rs200 (rm11). Oklah buat bagi kawan-kawan. Tapi kain sari keras sikit sebab kanji dia,pastu lipat dalam kertas. Yang ni aku spend dalam 1500 rupees (rm83).

sari India..cantik tak??cam kain songket pun ada


4. Keychain. Yang ni aku beli kat kashmir Rupees10 je satu tau!dalam rm.50sen je. Rugi tak beli banyak. Beli kat depan Tulip garden. Keychain ni buat dari kayu bentuk houseboat tu. Ada yang bentuk daun maple tu. So total rupees 50je (rm3).


Semua dapat satu je souvenir sorang. Yang dah dapat shwal, no keychain ok.
Jadi total aku spent untuk beli souvenir ni dalam RM500 kebawah. Ok la, dapat banyak juga ole-ole dari India yang lawa-lawa. Kalau pi Ostolia tu nak beli keychain pun tak mampu senah.
Kat Korea pun Fridge magnet dah mahal.
Walau pi Kashmir pun,tempat ni terkenal dengan saffron dan dry fruit tapi semua aku tak beli. Aku beli benda yang sampai mati nampak, hehe buruk perangai.

No comments:

Post a Comment