Sunday, April 7, 2013

Tidur di Airport..kenapa tidak??



Ramai diantara kita tertanya-tanya bolehkah kita tido di airport menunggu penerbangan seterusnya?
Jawapannya pada aku boleh..asalkan jangan keluar dari airport tersebut. Contohnya kita tiba di airport tu dah malam,jam 8-9 pm..dan esok kita akan ada penerbangan lain ke tempat lain. Ini adalah kerana connecting flight,bukan penerbangan terus. Connecting flight lebih jimat, so faham-fahamlah bajet backpack..memang nak jimat,rugi masuk hotel/guesthouse sedangkan hari dah lewat pastu sok keluar awal nak catch flight.
Ada baiknya tido saja di airport..free dan selamat gitu,hehe. Aku dah buat begitu dan memang tiada masalah.
Boleh baca sini http://www.sleepinginairports.net/  untuk panduan tido di airport.

Bagaimanapun sebelum berniat nak tido di airport tu,check dulu adakah airport tu tutup ke beroperasi 24jam.
Macam Busan Gimhae airport,niat kami pergi jam 9mlm adalah nak lepak di situ sampai pagi,nak catch flight esok nya tu. Tgh melepak dan dalam nak landing tetiba ada petugas mamat guard Korea mai inform kat kami, airport akan ditutup jam 10malam,iskkk memang kalut jgk la kena cari hotel memalam buta pulak.
Sebabnya,Gimhae ni separated domestic flight and international flight so dia boleh tutup airport sebab dah takde arrival passangers. Sedangkan kalau bersekali dgn domestic flight, payah sikit nak tutup sebab domestic flight sentiasa operasi 24hrs. So kami pergi ngintai airport domestic, bersebelahan je tapi lengang jugak.
Punah harapan ku nak tido di airport dan jimatkan duit hotel! (cheapskate gila).

So terpaksalah cari hotel bajet jugak..takkan nak tido kat luar airport dalam suhu beku tu? cukuplah kat Seoul menggigil sepanjang malam.
Jadi impian aku nak buat airport korea seperti airport Kolkata yang kami buat macam rumah sendiri tu berkecai. So,reti ye,len kali jgn men terjah je macam bapak ko punya airport hokey.

airport Gimhae yang sadis melayani org gelandangan sepertiku

                                           images from sleepinginairports blog
Pada yang bercadang nak tidor di airport tu,cadangannya adalah:

1. Bawa buku, novel, majalah,atau games hp/ tab untuk hilangkan bosan

2. Standby makanan kering jika kedai di dalam airport tutup waktu malam

3.Jaga barang-barang berharga. Backpack boleh tinggal kejap tapi beg yang ada passport, wallet, hp dll bawa sentiasa hatta ke toilet pun

4. Tido adalah kurang selesa-tidur duduk tentunya! jadi bersedia dan bawa support pillow atau jaket/blanket. Kalo nak tidur baring tu, amik tempat disudut sikit, jgn terbongkang/terkangkang  tengah alam.ganggu mata dan menyemak ok.

5. Bawa international adapter untuk charge hp dan electronic devices yang lain. Hp kalo boleh jangan buat main games/dengar lagu. Ia penting jadi simpan untuk important call dan lain-lain

6. Ambil tempat tido di sudut yang selamat dan selesa. Tempat tersorok yang bahaya elakkan. Kalo boleh biar tempat yang guard selalu round. So,perhatikan corak kawalan airport tu dulu sebelum park tempat tido.

7. Pada yang tidor mati tu, jaga beg dan barang.ikat kat kaki ke, buat bantal beg tu semua ok asalkan bila orang nak curi kena fikir dua kali sebab dia perlu gerakkan anggota kita semasa nak angkut beg.

8. Keep low-profile dan jangan ganggu orang lain dengan muzik kuat,bising dll. Jgn juga mudah percayakan sesiapa yang nak tolong jaga beg kita semasa kita pi washroom

9. Boleh mandi.solat dan bersihkan diri di washroom. Kebanyakan toilet airport selesa dan bersih.

10. Jangan tarik perhatian guards..cuba berlagak seolah kita menunggu flight lagi beberapa jam.
Ini sebab kadangkala takut guards suh kita keluar airport cari hotel,naya!

11. Jangan sesekali keluar dari airport gate. Sekali keluar memang payah nak masuk! terutama di India yang terkenal dengan kawalan keselamatan yang ketat. Memang boleh je tido di airport Kolkata, tiada siapa yang kacau. Walau tentera dan polis ramai , mereka tak ganggu kita tido disitu asalkan jangan tarik perhatian mereka.

12. Jangan meriah sangat kak oii! jangan dok hampar comforter, bantal cam kat umh, blanket merah silau dan pastu tido cam kat tilam umh yang king size tu! agak-agaklah tido di airport, simple dan sekadar lelapkan mata. beria-ia bagai nanti,ada yang kena halau sebab kang orang kata orang homeless nak tumpang tido.

13. Cover-cover sikit masa tido tu. Amik jaket/ blanker/ shawl ke tutup sikit badan. Sebab kita kdg-kdg tak sedar baju terangkat ke, nampak perut ke masa kita tido, so backup dgn jaket ats badan tu.
Kalo badan ala model, okeh takpa jika nak expose tapi kena raba kaluuu..sendiri mau tanggung.
Tapi kalo ada mamat kacak yang begitu, kita cuci mata je la kan tengok six pack dia?

14. Buat survey dan cari maklumat sebelum kita merancang nak tido di airport tersebut. Jadi kita dah boleh bersedia dan ada at least ada back-up plan berdasarkan maklumat yang reliable tu.


2 comments:

  1. Salam...tqtq..best blog ni byk input.nak tanya ada masalah tak nak tdo di airport delhi?kul-del arrive time pkul 11pm utk catch flight 10am ke srinagar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak prob..selagi x kuar dari airport..stay je dlm tu

      Delete