Pantai Merdeka Beach Resort,Kota Kuala Muda Kedah

Terletak dalam daerah Kuala Muda.Kadar bilik dalam RM100 ke atas dan lebih mahal semasa peak season.
Terdapat medan selera,gerai rojak dan pelbagai lagi disini (luar resort,depan pantai).
Di resort ni ada kolam renang,kafe dan gazebo,sgt sesuai buat family day atau BBq.
Ada penginapan khas untuk Tuanku Sultan Kedah di sini.
Kolam mandi dalam resort ni memang lawa dan puas hati,bertingkat kolamnya,anak-anak pun suka.

Pantai Merdeka terletak kira-kira 30km dari bandar Sungai Petani.Akan melalui pekan Kota Kuala Muda,dan kampung-kampung Melayu.Boleh juga diakses menerusi Kuala Muda via Pulau Sayak atau bot dari Tanjung Dawai.
Bagaimanapun aku nak mengingatkan bahawa makanan di sini agak mahal..nasi goreng sepinggan dalam RM7,8 hengget dan mee udang berbelas RM.Kalah mee udang Kual Sepetang ok,walau udang dia 3 ekor je.
Sekali masa hari kedua rayapuasa dtg mkn makan mee udang kena sepinggan RM18.00.
Memang hangat hati sebab dia tak letak tanda harga.Taulah orang ramai..ko nak cekik darah.Dan kedai lain semua tak buka.Tapi nasi ayam dan nasi goreng boleh lah lagi harganya.
So hati-hati dan survey dulu harga.Kedai makan memang payah sikit area ni,dan kedai runcit pun sama.
Tu yg spoiled,dan kalo boleh sebelum mai tido sini,spared maggi dan makanan segera byk2..sebab kawasan pekan agak jauh.

can give a call to their number








No comments:

Post a Comment