Saturday, July 20, 2013

Daging goreng kunyit/ Ayam goreng kunyit


ayam goreng kunyit


Resepi ni  senang dan mudah.Kalau bulan posa memang sedap makan semasa sahur,boleh guna daging atau ayam,sama je cara masak,cuma ayam tu goreng dulu,bukan rebus.
Versi aku ni simple je dan guna daging biasa..bukan batang atau yang mahal,so kena rebus dulu sekejap.


Bahan-bahan:

500gm daging/ayam-dihiris ikut suka
1 biji bawang besar-setengah di tumbuk dan setengah dihiris nipis
2 ulas bawang putih-tumbuk
1 inci halia-kupas dan ditumbuk dengan bawang
2 biji ubi kentang-kupas dan hiris cube atau kacang panjang,atau pape sayur seperti bunga kobis,carrot,jagung muda
3 sudu minyak masak
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa

-Daun bawang,daun sup,cili merah dihiris

Kaedah:
1.Gaul daging/ayam bersama garam kunyit dan rebus bersama kentang dalam kuali sekejap (dalam 10 minit,api perlahan).Kalau ayam,lumur garam kuniyr dan goreng hingga sedikit garing
2.Setelah air daging kering,tuang minyak masak.Masukkan bahan tumbuk dan goreng sebentar (daging dan kentang masih didalam).
3.Kacau daging dan masukan perasa,bawang hirismdaun sup/bawang serta cili merah.
tambah sedikit air (dalam 3 sudu) untuk kelembapan dan angkat.
4.Hidang dan siappp

No comments:

Post a Comment