Tuesday, July 2, 2013

Resepi Ikan Talapia stim/kukus mudah

Resepi talapia kukus ni sangat senang.
Takyah dok cari bahan-bahan yang banyak sampai sakit kepala nak fikir.Yang penting ikan kena fresh..ni ala style ala cina sikit sebab plain je masakannya.
belum masak lagi...

Resepi:

- 1 ekor ikan talapia-dibersihkan dan basuh dengan air limau nipis/air asam jawa sebentar dan bilas hingga hilang bau hanyir
-2 ulas bawang putih-hiris nipis
-1 ulas bawang merah-hiris nipis
-1 inci halia-kupas dan hiris nipis
-1 batang cili merah/padi dihiris
-Sedikit daun bawang/daun sup
-1/2 sudu kecil garam halus
-1 sudu besar kicap biasa manis/masin
-1 sudu kecil lada sulah
-sedikit air untuk kuah dalam 3 sudu/4 sudu besar

Caranya:
1.Lumurkan semua bahan kepada ikan tersebut dalam tray/dulang
2.Jika suka kuah,tambah suku cawan air kedalam dulang
3.Halia,bawang putih dan cili sumbat sedikit kedalam perut ikan untuk lebih wangi.
4.Kukus ikan tersebut selama lebih kurang 25-35 minit.
5.Angkat dan hidang.

ok..yang dah siap masak..sory gambar kurang jelas

digandingkan dengan ayam goreng kunyit

3 comments:

  1. hidangan sedap dan menyelerakan ni..

    ReplyDelete
  2. Thanks Sue..rajin tolong komen akt blog yang malas ni,hehe

    ReplyDelete
  3. Tq bg resepi yg simple ni..x pening kepala nak carik bahan. Tp kene olah skit sbb buat untuk anak 2 tahun..Nnt jemput lawat blog sy juga ye..

    ReplyDelete