Sunday, August 4, 2013

Projek kuih Suci Dalam Debu aka popia nestum senang

Resepi ni senang dan mudah dan sodapppp.Kuih yang paling senang didunia,dan bahan pun tak banyak.
Kuih orang malas katanya.
Ambil dari internet dan sepeket popia (100helai) dapat 4 balang (untuk jenis keping dan dalam 3 balang untuk jenis gulung).ok la kan?
So bila dah buat resepi ni tak perlu sangat dah nak beli kerepek dan segala kacang bawa balik kampung.
Kelaziman aku,tiap kali raya haruslah bawa balik kuih raya,kerepek-kerepek dan kain atau tudung selain duit raya untuk diberi.Bukan satu rumah je ok..untuk banyak rumah.Untuk kakak-kakak.Baru meriah gitu.
So bila dah buat kuih ni..buat banyak sekali untuk diberi kat setiap rumah.Jimat tau.


Resepi:

-1 peket kulit popia
-sedikit tepung gandum campur air untuk lekatkan kulit popia tadi.
-Minyak banyak untuk menggoreng
*gulung kulit popia dari hujung bucu dan gamkan hujungnya.gunting
*atau nak lipat pun boleh.Aku prefer gulung sebab nampaj kemas sikit dan tak mudah patah dari yang jenis goreng sekeping-sekeping tu. dan mudah nak ngapp jugak

gulung begini lagi senang dan gam dengan air campur tepung gandum
pastu gunting suka ati


Bahan lumur/saduran:
-1 cawan nestum
-1/2 cawan gula
-1/2 cawan susu tepung/horlicks
*blendkan semua bahan ni.
bahan salutan..pastikan susu tepung secukupnya,baru rasa lemak dia

Kaedah:
1.Panaskan minyak dan goreng kulit popia yang telah digunting tadi.Kejap je ok sebab dia cepat hangit.

2.Toskan dan biar seketika.Bagi sampai sejuk sikit sebab nanti takut dia serap minyak

3.Lumurkan atau golekkan ia dalam campuran saduran nestum tadi.
4.Simpan kedalam bekas kedap udara.
tada....dah siap...krup krap gituuu



No comments:

Post a Comment