Saturday, October 26, 2013

Lazyboy Travelodge Batu Feringgi Penang

Dibelakang Lebanese Restaurant
Jalan sepanjang Batu Feringgi..terletak dibelakang Happy Mart



Travelodge ni terletak di Batu Feringgi.Kebanyakan pelanggan adalah mat saleh dan foreigner.
Ada lounge,reading corner,mini studio dan dapur.
Ada lebih kurang 16 bilik di sini berkadar RM50-100..banyak positif review dalam tripadvisor.Dimiliki oleh pengusaha Melayu dan berkonsep santai.

satu lorong dengan Senja Motel..sini banyak motel dimiliki oleh orang India.tiada parking yer..so pandai lah nak parking kt the Ship ke apa.

tersenarai dalam TripAdvisor dan Hostelebooker

pintu masuk..aka lobby lounge
sudut buku dan majalah


Ada hammock dan meja-kerusi
dapur..boleh masak kat sini..

keadaan bilik..



depan bilik ada hammock..boleh melepak bila-bila suka
Frankly speaking,travelodge ni lebih sesuai untuk backpackers.Walau ada bilik family (family room rate RM80) yg katil double decker tapi tiada TV dan bilik sempit.Jika dihotel lain dengan rate ni ada TV dan bilik luas..tapi terpulang pada citarasa masing-masing.Bagi aku tak kisah sangat tapi bila nak makan tu (bawa outside food/ take away) agak sesak sikit.Bagaimanapun kemudahan untuk bersantai seperti studio,ruang bacaan dan wifi yang laju memang best.Mungkin owner ni nak pengunjung lebih kan masa beramah mesra dengan backpackers mat saleh,jangan dok terperap dalam bilik saja.
Dan lodge ni dekat dengan pantai..so jalan kaki melalui The Ship tu.. (parking keta situ pun boleh) dan terus jalan ke pantai di seberang jalan.Landmark LAzyboy adalah dibelakang Happy Mart dan restoren Lebanon.Masuk melalui lorong tu.
pantai Batu Feringghi
Jalan melalui The Ship ni untuk ke pantai

Dekat sini juga memang berhadapan Pasar Malam Batu Feringghi yang terkenal tu.Untuk makan tak susah,malam ada Medan Selera dan siang ada gerai dekat Parkroyal Hotel tu.

1 comment:

  1. Salam
    Pergi kerja kat dubai kena guna visa tak.
    Juga camne cara die nak kerje kat sna.?
    Thankz

    ReplyDelete