Wednesday, November 27, 2013

Miss my kitchen confidential life Part 1


Pernah baca buku Anthony Bourdain,Kitchen Confidential tak?
Buku ni dah lama dah publish..dan sekarang aku baca online download je. Free gitu.
Bila baca buku ni, seriously aku rindukan hidup masa bekerja di dapur 5 star hotel, di dapur Italian Restaurant dan segala. Hidup sebagai tukang masak,chef, commis, you name it.
Kerja 3 shif, dan masa tu tak perlu nak senam bagai..sebab tiap ari dah bergerak sana sini, memang maintain body biarpun makan banyak. Dan yang paling best,tak perlu skema bagai. Main maki hamun je kalau tak puas ati,bukan pada pelanggan tapi pada waiter, steward dan kawan-kawan seperjuangan. Boleh nyanyi dan ketawa masa kerja,imej tak perlu nak jaga sgt. Bayangkan Hells Kitchen, haa kalau dah tension sangat sebab busy, boleh je nak buat gempaq baling periuk dan chaffing dish semua ke lantai dan bagi orang terkejut. (yg kosong ok, kalo tak nak mampus?). Bergaduh dengan budak waiter/waitress pekara biasa. Siap sapa salah order siap...aku pernah baling garam tepat kat muka budak waiter roomservice. sebab dia salah order. Brutal eh?  Pastu siap bergaduh dalam dapur,hakhak..pompuan gaduh dgn lelaki, sound interesting.Pastu biasalah budak waiter ni,kalau order lambat siap bising nak mampus kat budak kitchen...taktau ke orang busy cam gila, tu yang buat cari pasal semua.Tu yang buat chef aku angkat apron tunjuk anu kat budak service, hehe porno sungguh.
Dapur plak, ada bahagian-bahagian..besar dan luas. Butcher, pastry, Garde manger, Japanese, Coffee House atau Banquet kitchen. Paling kalut kalo VVIP mai.
Masa kerja kat dapur hotel, biarpun busy, tapi tak stress bila balik rumah, kerja abis masa shift abis. So balik ati senang, fikir untuk esok pulak. Berbeza kerja pejabat,, memang nampak rilek tapi stress oiii...banyak kena fikir siap kena skema dan jadi perempuan melayu terakhir. Kang kasar,customer atau staf complaint.
Kelebihan lain, boleh makan free lagi..you name it, lobster ke,carviar ke, oyster mentah tu ke, truffle, semua aku dah balun! dan mahai oiii semua tu. Bonus kerja didapur tu.
Ok, bab cuci mata..wah..masa tu boleh tengok orang kaya raya, berlagak kaya dan kaya nak mampus. Raja dan anak-anaknya? jumpa kat tepi toilet je. Jejaka jutawan umpama Christian Grey?  yang kacak berasal dari Eropah? ada....ternganga mulut atau tak, haa buat cam tak nampak je.
Dan chef-chef hensem pun ramai jugak! tapi..yg gatai pun ramai!
kalau ada chef hensem cam Bradley Cooper,ramailah staf yang sanggup tido diatas lantai dapur

Tapi yang paling best adalah..kerja ni enjoy, boleh jadi diri sendiri dan ces't la vie.
Jiwa orang yang kacau bilau memang sesuai kerja ni. Sebab boleh meluahkannya menerusi kerja dan tak pendam dalam.

No comments:

Post a Comment