Sunday, March 31, 2013

Biryani Hut Rest. Rajbagh

Restoren ni sgt tak sedap dan pedas gila.Saja nak inform supaya tak pi makan disana.
Harga standard biryani Rm10 (Rs200) sepinggan.Share 2 org pun boleh sb big portion.Ia terletak di tingkat atas shoplot.Dekat Modern hospital.
menu dan harga
decor cam lawa tp hampeh

NoorJahan Guest House,Rajbagh Srinagar

Guest house ni terletak di Rajbagh area,dekat Zero Bridge Srinagar. Hotel ni murah,rate dalam Rs800 (Rm40 cmtu). Sesuai utk backpacker bajet.




Theres also many guest house around the area at the budget price.
another guest house around

Old skol internet cafe'.I sukaaa..the guy is very nice and not try to ripped you

Internet cafe

Arizoo Restaurant Regal Lane Bakhtawar Srinagar

Restaurant ni terletak berdekatan sumo taxi station tu.Jalan sikit dan ia agak tersorok.
Makanannya sangat sedapp dan harga murah,puas hati sebab big portion.
try makan biryani (Rs200-rm10).Tengok adress kat signage dia kalo nak pi.


Dekorasi sgt cantik dan cozy



Nasi putih,ayam 4 ketul,kari sayur baru Rs320 (rm15-17).@ org makan,puas ati sb nasi byk.
roti nan butter dan kebab ayam-Rs 180 (rm6 shj)..roti byk,order 2 keping tp byk dia bg
Biryani..big portion.Sapa nk jimat order je satu kongsi 2org mkn.Cam aku pirana,order sorg satu.Tak abis bw balik hotel utk dinner.Jd dah jimat disitu.kira rm5 seksli mkn.






sedap gila food dia


Pemilik hotel ni gak ada guest house,murah.Nanti aku post pasal guest house tu,NoorJahan guest house near Rajbagh,zero bridge.Cuma hati-hati kalau ada orang dekati utk bawa kita tour Kashmir sb harga agak mahal.Biasanya staf sini gk yg offer bila tgk kita pelancong luar.

Mumbai Gujarati Restaurant Pahalgam J&K India


harganya
big portion
Restoren ni terletak di hujung jalan Pahalgam..dah tak ramai org sebab dah hujung.
Kami makan:
1 nasi putih,
1 zeera rice(cam butter herb rice),
1 vege dishes (appear to be curry)
2 tea (cam teh tarik)
1 plain paratha

Makanan agak sedap dan kosnya adalah Rs320.(rm15-17).Tetiba makan vege sebab kt sini agak susah nak cari non vege restaurant.Kat kampung halaman takde maknanya nak makan vege-vege ni sume..melainkan ayam sebelah jua.oh..rindunya nak jadi karnivore semula..memang takleh blah menjadi seperti lembu yang herbivore sepanjang masa.

Saturday, March 30, 2013

Backpack Kashmir- Day 1 KL- Srinagar-Pahalgam

Depan Pahalgam Tourism office


Aku dan travelmate 2 orang telah merancang untuk ke Kashmir dari tahun lepas. Dan setelah membuat study secukupnya, perjalanan pun bermula dari Stesen Kereta Api Sungai Petani. Naik ketapi jam 10 malam menuju KL Sentral. Tiket kelas pertama, RM42.00. Sleepers train dan selesa. Keretapi penuh malam tu.



Tiba di Kl Sentral jam 5.30 pagi. Di Kl Sentral,selesaikan segala urusan tukar duit, beli last minit roti dan sebagainya. Naik Skybus (Rm9) ke LCCT jam 11pagi.Ramai orang mau ke Bandung hari tu.

Dari LCCT Klia-Kolkata-Delhi-Srinagar menerusi connecting flight. Kami bertolak dari Lcct pada 26/3, stay overnight at Kolkata airport to catch a flight to Srinagar on 27/3/13.
Kami akan berada di India selama 10 hari. Jadi connecting flight adalah Air Asia KL-Kolkatta, then Indigo airlines from Kolkata- Delhi-Srinagar (transit in Delhi for 2 hrs). Kat Delhi airport dari balai berlepas nak ke aircraft kena naik shuttle bas, macam sardin kot. So berjaga-jaga.

Masa penerbangan adalah:
-KL to Kolkata = 4 hrs
-Kolkata to Delhi = 2-230 jam tak temasuk transit
-Delhi to Srinagar = 1 jam setengah

Kos yang telah kami rancang adalah:
-Flight tiket- RM1800 (tempah awal boleh dapat RM1300,Air Asia-Indigo)
-Kos harian- RM1400-tukar duit di KL Sentral dapat Rupees-IND24,000 (bajet termasuk beli souvenir dah Rs8000 (rm400, dah cukup dah)
-Visa- RM200
Kos beli makan segera dan keperluan lain-RM100 (maggi dll)



benda wajib bagi setiap backpacker biarpun ia makan ruang


novel elak bosan tunggu flight
Ini hanya anggaran kasar .Jadi semua kos lebih kurang RM3500. Bagi menyenangkan trip, setiap orang akan pool duit seorang Rs15,000 (lebih kurang rm850) bagi membiayai semua keperluan teksi,makan,hotel dan apa-apa keperluan perjalanan. Duit beli souvenir dari poket sendiri. Jadi duit tu senanglah nak belanja, tak perlu dibahagi setiap kali nak bayar teksi,bas dll (semua backpacker tahu tip ini.). Bila tak cukup tambah lagi sama rata.

Yang penting kena tau kat airport India, nak masuk airport kena tunjuk boarding pass, security check sangat ketat dan sebelum ni byk dah berlaku letupan sebab tu lah leceh sikit dan strict.
So prepare ample time 3 jam sebelum time berlepas okeh.

Keadaan di Kashmir selamat dan hidup seperti biasa. Tiada tanda-tanda yang mengancam, dan kami boleh ke internet cafe' jam 10 malam dengan selamat. Jadi pada yang ragu-ragu tu, percayalah keadaan tidak seteruk yang digambarkan. Malah ramai pelancong datang,penuh flight semasa trip kami tu. Keadaan serlamat disini..jd sape yang nak datang tu, teruskan.Malah disini mereka sangat menjaga pelancong..takut industri utama ekonomi ni akan teruk dan menjejaskan mereka.

 Ketika kapalterbang melalui banjaran Himalaya, terpegun gila melihat deretan Himalaya yang majestic, stand tall dan diselaputi salji memutih.
kagumnya...

Banjaran Himalaya

Rupa bumi Srinagar 

 Setibanya di Srinagar Airport jam 1.30ptg, disambut angin sejuk menghembus..ya Kashmir sedang melalui musim bunga sekarang dan baru melalui peralihan dari musim sejuk.
Jadi kami terus masuk ke dalam ambil baggage.Tentera India begitu ramai mengawasi persekitaran..tetapi jangan risau,mereka tak ganggu kita. Lepas amik baggage, terus isi borang pendaftaran pelancong. So, kami 2 orang isi satu borang je,dia minta maklumat asas dan tempat kita nak stay di sini nanti. So letak je guest house mana nk pi. Kalo tak pi pun, agak-agak je boh nama yang kita amik dari tripadvisor ke, janji berdekatan kawasan tu.

Lepas isi borang tu,terus ke kaunter coupon taxi, yakni teksi kerajaan. Kita bayar disitu dan amik kupon tu tunjuk kt pemandu teksi kt luar (ada booth).
Kami plan terus ke Pahalgam. Sebelum tu adalah ulat yang nak kita amik package trip mereka dll tapi ingat, hati mau keras dan ikut plan asal. So, tambang taxi kupon tu sebanyak RS2100 (rm120.00).
Pahalgam terletak dalam 100km, 2jam lebih perjalanan.memang jauh dan ada keadaan jalan yang berlubang dan tak rata. Teksi ni menggunakan toyota Innova dan selesa.
Kalau nak murah,ambil teksi kupon ke Srinagar taxi Sumo Tata station. Dari situ try bargain shared dgn pelancong lain ke Pahalgam, dapat murah, tak sampai Rs500 sorang macam kitaorg buat on the balik dari Pahalgam ke Srinagar.(macam prebet sapu).

peta tempat menarik Kashmir

tempat sumo tata shared taxi-very cheap fares compared to kupon taxis
 Sepanjang jalan ke Pahalgam:






masih menggunakan kuda sebagai pengangkutan

ladang mustard yang begitu indah




Sepanjang jalan ke Pahalgam, walaupun jauh dan penat, mata tetap jaga terpegun melihat keindahan rupabumi Kashmir. Memang benarlah bagai dikata, Kashmir adalah syurga dunia kerana keindahannya. Dikelilingi oleh banjaran Himalaya, sayup tersergam banjaran bersalji dan ia menutupi kekurangannya. Sama ada kemiskinan, kurang maju dan kekotoran kampung, ia tetap mampu meminggirkan semua itu dengan kecantikannya.

 Walau siapapun yang selalu berkata penduduk disini suka menipu pelancong, minta duit tip, suka paksa pelancong beli dan pelbagai pekara negatif lain...ia tetap tidak membuatkan kita membenci Kashmir. Aku ada baca blog yang komen penduduk Kashmir secara negatif, katanya asik paksa-paksa pelancong. ya mungkin benar tetapi dimana pun kita bercuti, tetap ada pekara begitu even in Malaysia itself. Jadi bila kita tahu nak avoid pekara begitu atau bargain,do it,you are the master of your own. Pendirian haruslah teguh dan jangan tau komplen je, itu ini tak puas ati...cuti pun jadi tak best kan. Dan kena ingat..mereka ni tough people, yang mana survival adalah pekara pertama. Jadi desakan kepada pelancong untuk survival tinggi. Takde dah perasaan malu atau segan.

Biarpun begitu, Kashmir tetap Kashmir..ia tetap mempersonakan.
Kami tiba di Pahalgam lebih kurang jam 4.00ptg..terus mencari Beach House Resort. Tanpa buat tempahan pun..redah je lepas survey dalam Trip Advisor. Ini hotel yang paling murahlah kalau rate dalam website tu.(rs500-rm29).
Sampai je, pemilik tu kata rate terkini adalah Rs1500 (rm80) dan rate dalam trip advisor tu adalah rate tahun 2006. So, aku amik je lah sebab mungkin rate di guest house lain lebih mahal. Amik 2 malam di sini. Diorg siap served tea dan kek..boleh makan dalam bilik atau kat halaman luar sambil tengok lidder river. will blog more bout Beach resort soon.

baru tau nikmat hirup teh panas dalam kesejukan
Pemilik ni Mr Rehman, very nice person dan anaknya Imran yang run guest house ni. Tempat ni sangatlah cantik dan terletak betul-betul ditepi Lidder River, yang mana salji dari pergunungan cair mengalir ke sungai ni.
Keadaan di Pahalgam agak usang, berbau tahi kuda,jalan kekampungan tetapi..sangatlah cantik, dikepung oleh gunung ganang yang bersalji..semua kekurangan bagaikan tiada makna lagi. Suhunya lebih sejuk dari Srinagar. Kuda, pony dimana-mana sahaja. Rumput mulai tumbuh ditanah, pokok willow tinggal batangnya saja mununggu daunnya bertunas, pokok pine tetap menghijau teguh ditebing sungai dan salji semakin mencair dari pergunungan. Kuda meragut rumput berlatarkan gugusan banjaran Himalaya/ Pir Panjal yang megah. Sesuailah ia digelar  perkampungan gembala.


pokok willow kot ni yg dah tinggal ranting

the resort signage

dibelakang guest house..Lidder River.

beach resort guest house compound

Aku eehat kejap dan gather maklumat tentang Pahalgam dari owner ni ,dia very transparent. Maklumat dari local people ni lah yang akan bantu kita berjimat dan bargain semasa disini.
Petang dan malam tu, makan bubur segera dan maggi (rutin backpacker kan.restoren vege ada berdekatan.semua penduduk muslim so don't worry bout food)...) dan menikmati keindahan Lidder River dan gunung ganang yang bersalji. Malam sangat sejuk, suhu menjunam 10C, terketar ketar ok tido. 2 lapis selimut tak jalan..nak ke toilet pun takut sejuk.

snow capped mountain

jambatan kayu merentasi lidder river

Lidder river..sejuk yakmat
perghhh..jakun nak mampus bangun tido dijamu permandangan macam ni

Kashmiri women dgn cucunya
jambatan dari kayu
Lidder River Pahalgam on end march.
Malam tu, tido dalam senyuman kerana..impian nak ke Kashmir tercapai sudah...sejuk pun takpe tapi aku sangat bersyukur Malaysia takde empat musim.aci tak???