Saturday, July 20, 2013

Menu buka puasa asam pedas

Lauk asam pedas melaka adalah favourite sepanjang bulan puasa,tak kisah ikan apa memang ia boleh membuka selera.
Aku buat je ikan kembung asam pedas semalam..lauk tu pun dh cukup buat nasi seperiuk abis,hehe

menu berbuka yang senang

asam pedas ikan kembung,color tak bleh blah..gambar kelabu asap

ayam masak kicap

sayur kacang panjang dan bunga kobis goreng

cucur badak


Daging goreng kunyit/ Ayam goreng kunyit


ayam goreng kunyit


Resepi ni  senang dan mudah.Kalau bulan posa memang sedap makan semasa sahur,boleh guna daging atau ayam,sama je cara masak,cuma ayam tu goreng dulu,bukan rebus.
Versi aku ni simple je dan guna daging biasa..bukan batang atau yang mahal,so kena rebus dulu sekejap.


Bahan-bahan:

500gm daging/ayam-dihiris ikut suka
1 biji bawang besar-setengah di tumbuk dan setengah dihiris nipis
2 ulas bawang putih-tumbuk
1 inci halia-kupas dan ditumbuk dengan bawang
2 biji ubi kentang-kupas dan hiris cube atau kacang panjang,atau pape sayur seperti bunga kobis,carrot,jagung muda
3 sudu minyak masak
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa

-Daun bawang,daun sup,cili merah dihiris

Kaedah:
1.Gaul daging/ayam bersama garam kunyit dan rebus bersama kentang dalam kuali sekejap (dalam 10 minit,api perlahan).Kalau ayam,lumur garam kuniyr dan goreng hingga sedikit garing
2.Setelah air daging kering,tuang minyak masak.Masukkan bahan tumbuk dan goreng sebentar (daging dan kentang masih didalam).
3.Kacau daging dan masukan perasa,bawang hirismdaun sup/bawang serta cili merah.
tambah sedikit air (dalam 3 sudu) untuk kelembapan dan angkat.
4.Hidang dan siappp

Menu berbuka puasa orang malas dan beli kat bazar ramadhan

Menu berbuka puasa yang senang dan mudah...kebanyakannya masak je kat rumah.
Sepanjang sepuluh hari berpuasa,hanya dua kali aku beli kat bazar ramadhan.


masak lemak ayam,sayur,cencaru sumbat dan telur

Menu senang jer..sejam pun dah boleh siap..asam pedas,sayur goreng dan telur dadar.



Menu hari malas..kari ayam dan cili kicap semata-mata,hehe..

Menu senang je..kuih tu beli.Sambal ayam,ikan goreng,cendawan goreng.Pastu bubur nasi makan dgn hotdog dan ayam goreng (request anak).
Then,kalau pi bazar,aku akan belanja dalam RM20.Dapat la byk jugak makanan.

oblong dan murtabak..murtabak ni satu kewajiban kena beli kalo pi bazar

nasi tomato

kuih sikit

mee dan koey teow

nasi ayam untuk anak-anak

murtabak dan roti john

kuih kena beli gak sikit

nasi ayam,nasi tomato

Then,makan stimbot sesekali..



Untuk sahur senang je..selalu makan cereal atau minum air kosong.yey,aku memang malas gila nak sahur..nasib anak pun sahur nak cereal koko krunch je.Atau nasi goreng.


Thursday, July 18, 2013

Flamingo Hotel By The Beach Penang

Dulu hotel ni dikenali sebagai The Crown Prince Penang.Terletak di Jalan Tanjung Bunga dan berdekatan Paradise Beach dan Dalat International School.
Room rate begin at Rm100++  above.
Situated by the Tanjung Bunga Beach and main road.Easy access to bus and taxi too.
Entrance and lobby



Flamingo theque  at lobbby



nice pool


room with sea view






Room-double single bed