Tuesday, January 7, 2014

Korea Backpack-intro

 Bezakan gambar atas dan gambar bawah?? Beza Lee Min Ho dan Gabe macam makanan hospital (soft food) dan steak tulang rusuk (harhar..,)


Aku bukanlah peminat K-pop. Malah sedikit geli melihat jejaka yang kulit mulus dan berdandan menyerupai perempuan. Maklumlah..sebagai peminat lelaki macho macam Gabriel Aubry/Simon Neil maka perasaan itu belum songsang lagi. Dan aku tak berangan pun nak Korea nak menikmati permandangan sebegitu rupa.
Tapi kan..dok pikir ke mana lagi flight Air Asia yang mampu aku naik jika nak negara empat musim?
Dan sebagai seorang yang tinggal di negara Khatulistiwa sejak azali, memang kalau nak membazir duit lebih,aku akan pilih negara yang bersalji. Cuaca adalah faktor utama dalam percutian aku ke negara asing.(melainkan dapat free sponsor).
Okay, orang akan tanya kenapa tak pi China atau Japan (macam ada org teringin nk tanya, perasannya).
China perlu visa (aku malas gila nak buat) dan aku kurang minat kesana. Japan? minat dan teringin nak pegi tapi setelah memikirkan Japan merupakan salah satu negara yang kos hidupnya sangat tinggi,maka impian itu dikuburi. (anyway kalo ko minat nak mampus, ko akan sanggup berkorban jugak, tapi sebab aku tak minat sgt).
Akhirnya...(panjang gila mukadimah ko eh), setelah dok fikir tiket kapal terbang mana yang mampu aku beli untuk ke negara empat musim,maka dengan separuh rela hati aku ke Korea Selatan.Sebab kaki dah gatai nak berjalan dan nak rasa tido dalam suhu negatif.
Tapi takleh semurah mana pun,campur segala kena RM1000 jugak. Cess..tu pun pi Busan je pun.
Jadi,masa pergi sana adalah bulan February 2014. Masih dalam musim winter. But expect no snow in Busan and the weather unlikely in Himalaya region.

Perlukah ke Seoul dan naik KTX?
Sempurnakah perjalanan Korea tanpa menjejak Nami Island?
Menangiskan jika tak pergi Jeju Island?
I have no idea, am not into K-tourism if you ask me.
Sebelum ni jika nak backpack, aku akan buat research ala nak dapat phD. Malangnya untuk ke Korea, aku berserah dan pasrah. True traveller has no plan,katanya. Ikut hati aku lebih rela ke Kathmandu tapi mahai la pulak tiket.
Jika sesat dan buta huruf Hangul tu, maka pandai-pandailah ko nak hidup.
Sementelaah kos hidup Korea lebih mahai dan tak begitu beriang ria nak shopping segala.(hukhuk).
Moral of the point is,bawalah segala periuk belanga,maggi segera sepuluh kotak, rendang.kari dalam tin 40 kartun dan bubur segera bagi mengelakkan kebuluran.
 Tak payah berangan nak beli baju sejuk bulu-bulu ala Yoona dan kengkonon rasa comel cam Wonder girls.

And why the hell we need K-pop group posed cute when actually we got Nsync, Backstreet Boys, Boyzone etc etc in our good old days  90s era? When era more energetic,variety and thousand times better performer than korean group? I could never understand and its true that every aspect of history will repeated over and over again, be in entertaiment or politic. Now,when will the rock kapak era going to sweeping again?


No comments:

Post a Comment