Monday, March 10, 2014

Hotel Eulji-ro 24-gil Seoul

Hotel ni terletak ditepi Kokdu Hotel, kawasan Euljiro 3(sam-ga).
Tepi jalan dan dekat dgn exit subway Euljiro 3 sam-ga. Sesat barat di kala subuh dan dinihari,akhirnya  terjumpa hotel ni, alhamdulillah..senang dan mudah nak bergerak melalui Seoul Metro Subway.
Aku taktau nama motel ni..dia tulis dalam hangul dan sebagai manusia buta huruf di Korea maka  aku namakan motel ni Motel Eulji-ro 24-gil bulehh?

subway Seoul Metro yang advance dan best
Haruslah ada muka mamat ni kat billboard subway kan?
Ok,motel ni dekat Kokdu hotel (ingat landmarknya kokdu hotel) dan CU Mart (kedai 24hrs).
Jalannya rasa aku Eulji-ro-24-gil. Kedai lampu dan stationary banyak area ni.

kawasan persekitaran hotel

Eulji-ro-24-gil


Hotel terletak ditingkat 3..paling atas dan ada terrace gitu jugak tanaman cam kita biasa tgk dalam drama korea. Cantik dan bersih. Ada pokok sayur dan adalah herb depa.
Pintu masuk hotel..

terrace pintu masuk. boleh akses menerusi 2 arah tangga




Motel terrace.Malam dalam kul 10, kami lepak sini,amik angin sejuk Seoul..memang best menikmati view tapi mak oii malam suhu sejuk menjunam -1 kebawah.tak tahan nak lepak lama-lama walau perangai jakun winter tu ada lagi.


Mattress heating pad..gunakan elektrik dan boleh adjust ikut tahap panas mana ko nk.nak panas cam hell rasanya tak boleh lah kan.
Tidur disini tak perlu risau sejuk sebab tilam dia ada mattress heating pad..dia akan hangatkan tilam yang kita tidur tu..best,taklah sejuk mengigil.
Harga semalam adalah Won 40,000 (RM120 lebih kurang).
Pemilik motel satu bahasa inggeris pun tak reti dan takde masalah. Baik dan tak berkira walau check-in awal, no extra caj.siap nak check-in pun takde mintak dokumen bagai.
Bilik ada tab mandi, so tak risau bila nak memerut guna paip air sebab boleh tarik paip tab tu.
Kami stay sini 2 malam..memang selesa dan senang gerak sebab dekat dgn subway metro Seoul. Area sini ada byk kedai lampu-lampu dan dekat dgn CU Mart 24hrs .

2 comments:

  1. Sorang satu bilik ke ea?sbb bila tgk bilik ni dia cam tok katil seorang jer?kwn sorg lagi tdo mne lak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu bilik 2 orang..katil nampak kecik tapi muat 2 orang tido.

      Delete