Wednesday, March 12, 2014

Motel Sasang Busan

Motel ni terletak betul-betul dihadapan station tren Sasang.Kalau sapa nak k Gimhea Airport Busan,boleh tido sini sebab dekat dgn airport.Taklah jauh cam kalau kita dari Jagalchi atau Nopodong.Rate hanya 25,000 won (RM75).Murah gila dari di Seoul.Hanya beberapa minit naik tren ke Gimhea Airport.
Motel dekat dgn segala kemudahan,restoren dan kedai 24hrs.Selamat jalan malam-malam.

Sebenarnya kami nak tido di airport saja, airport Gimhea Busan..tapi masa tengah dok lepak tu pak guard korea mai bagitau yang airport akan ditutup jam 10 malam.So semua penunggu kenalah beredar yer..aku nak buat style ala di Kolkata dulu,tido di airport,jimat dan free je.Malangnya benda ni takleh apply di airport Busan sebab airport international dan domestik dia terpisah.Kalau satu building cam LCCT atau Kolkata Airport,tentu boleh sebab penerbangan domestik sentiasa ada walau pada tengah malam.
Airport Gimhea yang tak kesampaian hajat nak tido disana

Macam tak biasa kan ko tengok mat saleh tido selamba atas sleeping bag kat LCCT kan?Takpa,cuci mata hayati six pack dia ok.bahagia hidup depa noh,jimat dan free tu. Malangnya Korea tak hinginkan permandangan sebegitu di airport dia,so kedekut tak kedekut, berambus cepat pergi cari budget hotel.Kul 10 malam pulak,haih nasib LRT masih beroperasi.

LRT airport

station Sasang
bandar Sasang
Hotel yang comel


Lobi motel



bed yg selesa..ada matress heater


motel pun ada bathtub yerr..hebat org korea ni

2 comments:

  1. Replies
    1. Wkslm..nama hotel taktau...takde tulis English..main terjah je

      Delete