Monday, June 2, 2014

Hotel Perdana Resort Pantai Cahaya Bulan Kelantan

Perdana Resort yang unik dan eksotik ini terletak di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu. Resort yang mempunyai 117 buah chalet ini di bina menggunakan kayu-kayu balak yang terpilih dan dihiasi dengan warna-warna yang cukup menarik. Tetamu pasti akan teruja dengan keunikan suasana dan persekitaran yang diketengahkan oleh resort ini di dalam setiap chaletnya. Para tetamu mempunyai dua pilihan, samada memilih chalet dengan pemandangan pantai yang indah ataupun lagun. Ketika menginap di Perdana Resort, para tetatmu berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Pusat Kebudayaan, Muzium Diraja Istana Batu, Bazar Buluh Kubu dan Central Market yang baru. Semuanya terletak tidak jauh dari resort ini.Selain itu, jika ingin menikmati kelazatan makanan kelantan, bolehlah berkunjung ke Restoran Senangin yang terletak di resort ini.
Rate agak mahai..dalam Rm150++.
Ada apartment baru siap dalam resort ni..siap ada pool kecik kat sebelah.
Mungkin akan di buka september nanti.

Review aku-bilik memang agak mahal ikut standard aku..dan perabot pun agak lama.Yg best mungkin pool dia dan view tepi pantai.Pantai pun takleh mandi sebab dah ditambak batu,nak men pasir tepi gigi air pun tak dapat.
keindahan Pantai Cahaya Bulan


lobi hotel dan coffee house Perdana..suasana relaks dan santai

Pool yang luas..ada utk children dan adult





Bilik mengadap pool





breakfast di Senangin Restoren






No comments:

Post a Comment