Pengkalan Kubur- tempat shoping bebas cukai


Pengkalan Kubor ialah sebuah Bandar Sempadan dan Daerah di dalam Jajahan Tumpat . Terletak di Utara Negeri Kelantan Bersempadan dengan Negara Thailand .
Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Namun kawasan bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar , meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang kira-kira 30 KM (Melalui Jalan KASBAN) sahaja.
Kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan yang berpagar. Pintu utama hanya dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Jadi jika anda ingin shopping, eloklah datang pada waktu pagi. Pada pukul 5.30 petang semua pembeli akan diarahkan keluar oleh pihak Kastam kerana pintu utama akan ditutup pada waktu tersebut.
Apa yang dijual? Pelbagai barangan buatan Thailand yang sama seperti dijual di Rantau Panjang termasuklah jersi bola, pakaian celoreng, toto, pinggan mangkuk, periuk belanga, barangan dapur dan sebagainya.
Dah datang sini,tak perlu ke Rantau Panjang lagi.

pemeriksaan kastam

kedai pinggan mangkuk,tak byk sgt..periuk belangan banyak

kain baju



 Harga baju disini utk blouse dlm RM25.
Toto Narita RM39 utk yg besar dan tebal tu.Toto jenama Today tu murah sikit RM33.
Cadar 3D dalam RM65 dan include cadar ropol,comforter,sarung bantal 4pcs dan bolster case.
 Selimut dalam RM15 utk yg besar dan tebal tu.
Pinggan mangkuk pun boleh tahan murah cuma pada aku di Langkawi lagi murah.Sama seperti coklat.
Beg utk budak-budak pun ok la,murah dlm Rm20 camtu.
Murah dan ok la jgk nk shoping.
                                cadar dan toto






 Kedai mainan  dan segala motor/keta kanak-kanak...yang bisa buat poket mak ayah bocor.

Stalll takoyaki dan waffle pun ada



Comments

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam