Berbuka puasa @ Menara Alor Setar Revolving Restaurant

Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke 19 tertinggi di dunia, dan yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur.
Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini dapat melihat permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Malas kan, siap copy dari Wikipedia.
Ok, tahun ni berbuka buat kali pertama kat Restoren Berputar Alor Setar. Nak call untuk tempahan, hubungi 04-7202075. Sila buat tempahan awal sebab orang adalah ramai. Macam aku, hari pertama posa aku dah tempah. Untuk bayaran, bayar kat bawah dan terus naik lif keatas.
Harga buffet Ramadan di sini RM57 Dewasa dan RM28 kanak-kanak. Yang best sebab harga bersih, takde cukai dan takde 90 sen kat belakang. Masa tengah makan dia berputar kat area meja terletak. Tengok tadi meja kita kat kaunter ABC tetiba dah putar sampai ke kaunter daging panggang. (ayat orang jakun)
Agak ngeri jgk naik lif dia,sebab nampak semua permandangan dan hatta dinding bercerucuk tu konkrit tu. Overall semua makanan sedap dan berbaloi. Suasana yang berlainan dan ada surau untuk solat. Lepas dah makan boleh jalan-jalan kat bazar bawah yang meriah tu.
Ada playground untuk anak main semua sekali.


kaunter kat bawah
view dari lif
nampak bukit apatah tu,cam kat area perlis je

restoren bermeja bulat 8 orang

Menu buffetnya pula:
nasi putih dan nasi tomato

sotong sambal sumbat telur puyuh

tulang rawan masak mamak
talapia
sayur lemak
ayam opor ke apatah

kerabu dan sambal
desert

abc..

ikan bakar (ada keli dan ikan kembung),ada daging bakar,kambing memang sedap..dan sos lada hitam

nuget,french fries dan hot dog



baza kat bawah dan taman permainan


In Grieved MH17



Menu berbuka Ramadhan 18

Beli lauuk sikit dan masak tambah pape yang patut.
Mood malas dah merasuk. Ok,tahun ni rajin lebih ye sebab rajin pergi Terawikh. Bacaan masa sunat terawikh dari Ustaz  Kolej Insaniah sangat merdu dan menusuk kalbu...(nama dirahsiakan,nanti hangpa mengorat..bila orang dah tak kisah jadi bini no 2,3 dan 4.. janji dapat ustaz, ko ado?)
Dah mula nak terkeluaq tajuk dan berleter nii, jom tengok menu apa sambil telan ayaq liur saja.


rendang daging, beli

ikan goreng-goreng sendiri.ikan kena ada,org kampung katakan
kangkung belacan-beli jer ni

tom yam campur-masak sendiri

sambal bilis dan kacang

kuih muih kena ada sikit

menu senang lenang
Sekian.

Die Mannschaft



Germany triumphed over Argentina 1-0 in the final of the FIFA World Cup 2014 to be crowned World Champions for the fourth time in history. This win came after a huge gap of twenty four years for Die Mannschaft. They were deserving winners, having been the most consistent team throughout the tornament.

Mahathir Mohamad 89 tahun

dipetik dari:
http://parpukari.blogspot.com/

Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin boleh dikatakan sebagai antara figur dunia yang paling banyak diperkatakan. Meskipun dia tidak memimpin bala tentera dan berperang seperti Stalin, Kar Marx, Hitler, Churcill mahupun Patton atau Arthur, malah banyak pula pihak yang mempertikaikan agama dan amalannya, namun lelaki yang dilahirkan dari kalangan keluarga bekas Menteri Besar Kedah yang terkenal dengan pembinaan Terusan Wan Mat Saman selain hubung kait dengan keluarga Mahsuri, tetap terkenal di seluruh dunia walaupun dia telah lama meninggalkan perkhidmatan dan pentadbiran awam.

  Walaupun pemujanya meletakkan namanya begitu sayup tinggi mencecah awan, namun sepanjang pentadbirannya, Mahathir sama seperti manusia yang lain tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Namun kesilapan tersebut ditebusnya dengan banyak kaedah bagi menambahbaik keadaan dalam negara ini.
Daripada orang Melayu bertangga gaji puratanya RM180 sebulan, hanya dalam tempoh 1981-1984, tangga gaji RM450 sudah mula dikecapi. Dan pada penghujung pentadbirannya, kebanyakan orang Melayu sudah terlupa tentang menjala ikan, bersembang dengan rokok daun dan tembakau cap kerengga, berjalan kaki keluar ke pekan, malah kebanyakan orang Melayu yang dahulunya totok jumud, semakin terbuka dan berasakan pemimpin-pemimpin negara tidak lebih bijak daripada mereka sendiri.

Hasil dan dasar pentadbirannya jugalah yang membuatkan anak-anak muda Melayu mempunyai lebih banyak masa lapang untuk merungut dan melihat keburukan orang lain tanpa menilai pencapaian diri hasil daripada pelbagai peluang yang diwujudkan. Hasil dan dasar pentadbirannya jugalah membuatkan kebanyakan anak muda Melayu yang tidak pernah hidup dalam kesusahan seperti ibu bapa dan datuk nenek mereka sebelum 1984, menganggap mereka sekarang tertekan dan dizalimi.
Katalah apa pun, yang pasti dunia mengiktirafnya. Walau seburuk manapun kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang pentadbirannya, Malaysia tidak akan berada pada takah sekarang kalau dia mendengar bantahan, rungutan atau momokan daripada Lim Kit Siang dan konco-konconya. Malah Malaysia tidak akan berdiri di atas kaki sendiri jikalau dia terus lemah dengan penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew di seberang tambak sana dan tidak mewujudkan kemandirian seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas, KLIA dan sebagainya selain giat membawa masuk pelabur dari luar untuk meningkatkan tangga gaji dan status sosial rakyat Malaysia.

  Dan sekarang, rata-rata rakyat Malaysia tidak lagi bercakap tentang gaji RM300 atau berpusu-pusu ke seberang tambak untuk membeli limau oren atau laici dalam tin lagi.
Permusuhannya dengan Zionis ketara menerusi serangan demi serangan yang dilakukan oleh Zionis dan konco-konco mereka kepada Mahathir. Dan Mahathir tidak menggunakan kelancangannya semata-mata tetapi sebaliknya memberikan 'bantuan sewajarnya' sehinggakan Allahyarham Yasser Arafat, Allahyarham Alija Izetbegovic, Haris Silajdzic dan beberapa orang tokoh pemimpin dari negara Islam yang bergolak, datang ke negara ini untuk berterima kasih kepada Malaysia.
Palestin, Bosnia, Kosovo, Chechnya, Selatan Thailand, Selatan Filipina bahkan Afghanistan dan Farrah Aidid Ethiopia mempunyai thumb-print Mahathir. Kebanyakan anggota-anggota PENGAMAN PBB dari Malaysia seringkali menceritakan perkara berkenaan, terutama sekali selepas kargo yang dibawa menggunakan sebuah kapal yang didaftarkan di Greece, dijarah oleh tentera Israel beberapa tahun dahulu kerana disyaki membawa bantuan senjata dan peluru untuk Gaza dan Tebing Barat.
Tetapi si tua yang menyambut harijadinya yang ke-89 hari ini (secara rasmi), tidak pernah mendabik dada tentang hal tersebut biarpun dia terus diberikan pelbagai cop dan status.

Ramai juga yang masih ingat kisah dia berjalan kaki dari Seri Perdana lama ke Parlimen yang kemudian cuba ditiru oleh Ahli-Ahli Parlimen yang bersikap mengampu dan membodek. Ramai juga yang masih ingat bagaimana dia menutup mulut Lim Kit Siang dengan membawa Lim Kit Siang menyaksikan pelancaran Satelit pertama Malaysia. Ramai yang masih ingat, dia berjalan kaki seorang diri atau ditemani oleh pengawal yang tidak kelihatan di jalan raya sekitar Kuala Lumpur. Dan ramai juga yang masih ingat tentang 'kegemarannya' meninjau projek-projek besar seperti PLUS, LRT Putra dan STAR, kenaikan harga dan barangan di pasaran secara peribadi tanpa banyak publisiti.
Kita tidak menyamakan Mahathir dengan Umar Abdul Aziz. Taraf kedua-duanya jauh berbeza. Tetapi sebaik-baik pemerintahan Umar Abdul Aziz, kebaikannya yang berganda-ganda itu akhirnya dibalas dengan pembunuhan khalifah Bani Umaiyyah itu.
Walau apa pun yang pernah dilakukan oleh Mahathir sama ada disukai atau tidak disukai oleh rakyat negara ini, sememangnya dia adalah seorang NEGARAWAN.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-89, TUN!!!

Menu berbuka semalam

Tengah rajin nak update blog. Tapi takde cerita yang best pun nak dikongsi.
So cerita bab makan masa berbuka paling senang, janji blog tak bersawang. Orang baca ke idok, belakang kira. Gambar adalah kelabu asap sebab guna henpon cikai. Jangan tanya insta, agen CIA seperti aku takde makna nak perlukan benda alah tu.
murtabak menu wajib

kurma ayam
asam pedas melaka ikan ketul,taktau ikan apa..not bad
jus oren

Hello Burget set

Murah je, RM8.90. Hello Burger franchaise, bukan Fizo Omar tu punya ok.
Satu set adalah burger daging/crispy chicken/portabello, sekotak milo dan secawan aiskrim yang banyak pada aku. Berbaloilah,
Yang best sebab burger dia ada cheese meleleh tu. Kalau beli ala carte pun dah bape sebiji yang cheese punya. Tapi ni kids meal.
set dgn aiskrim


cheese fries





pilih bun dan vege dan ingredient