Monday, October 27, 2014

Lasagne senang

Ni adalah resepi orang malas.
Bahan tak banyak dan renyah.

Bahan:
Lasagne - 1 kotak
Daging segar - 400gm- kisarkan
Pasta sos kimball- 1 tin
Susu segar - 1 kotak
Mozarella cheese - 2 pkt
Butter - 1/2 bar (125 gm)
Tepung gandum (dalam 2 senduk)
Lada putih/garam/bayleaf
Basil leaf,takde pun takpe
Tomato -2 biji di cincang
bawang merah - 2 biji di cincang
bawang putih -3 biji di cincang

Cara Membuatnya:

1. Rebus lasagne sampai agak lembut.

2. Masak daging cincang seperti sos spaghetti . Tumis bawang putih dan merah cincang, basil leaf, tomato cincang dan biar kering sedikit. Masukkan sos spaghetti dan tunggu hingga agak pekat dan perasakan dgn garam dan lada.
Ni sos daging..guna daging fresh lagi segar dan manis
3. Masakkan sos putih a.k.a bechamel sos..panaskan butter..masuk bayleaf. Kalau rajin buat onion pique iaitu bawang separuh yang dibelah tengah dan di letakkan daun bay dan dicucuk dgn bunga cengkih. Masukkan ke dalam sos nanti. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan butter tadi. Kemudian masukkan susu segar dan kacau hingga sedikit pekat. Tapiskan.
ni rupa bechamel sos lepas ditapis

4. Sekarang sos daging, sos putih dan lasagne dah siap, so kita boleh mula melapis dalam caserol.
5.Sapu butter di dalam caserol. Lapisi dengan sos daging dahulu..diikuti dgn lasagne sheet. Kemudian lapisi dgn sos daging lagi, diikuti dgn sos putih. Ratakan. Tabur sedikit cheese. Ulang proses dgn lapiskan lasagne sheet semula.




lasagne yang dah penuh dan ditabur dgn cheese yg banyak
6. Setelah semua proses di ulang hingga agak penuh,atas lasagne sheet,tuang sos putih hingga agak tebal. Tabur cheese dengan banyak hingga penuh caserol. Bakar dalam oven pada suhu 160-170c sehingga 45-50 minit dan di atasnya perang.

nampak sedap tak?cepat jwb sedapppp kalo tak kena luku kepala


terliur dak?

yumm yummy

No comments:

Post a Comment