Saturday, October 25, 2014

Pasar Malam Cameron Highlands

Pasar malam Cameron Highlands terkenal dengan keunikannya yang menjual produk tanah tinggi seperti strawberry, keledek purple, cendawan goreng, sayuran segar, nenek bunga segala, madu, dan kaktus segala.
Tentunya makanan yang ada di sini tiada di tempat lain seperti produk strawberry yang di pelbagai kan seperti strawberry bersalut coklat, jem , gula-gula, dried strawberry, teh, puree cekodok strawberry (yang ni aku tipu) dan segala yang bekaitan strawberry termasuk baju, bantal busuk, payung, kotak tisu,beg dan tilam strawberry. We're in Strawberry Land baby! (letih nak taip perkataan strawberry byk kali)
Oh..Majlis daerah Cameron patut buat satu Strawberry Land dekat sini...

Pasar malam ni beroperasi pada hujung minggu, public holiday dan cuti sekolah. Bermula seawal jam 3 petang hingga ke malam. Yang agak stress di sini adalah trafik jam. Madness.
Sapa yang kata Cameron dah tak sejuk??
Meh nak lempang 40 kali. Hapa ko nak sejuk macam antartika? Yang penting lebih sejuk dari KL yang serba membahang. Cuaca pada bulan Oktober masih sejuk..suhu dalam 17c-19C waktu malam. Siang adalah 21C
Mungkin lah tak sejuk macam dulu tapi bangun pagi  masih terasa seperti basuh muka dengan air ais! (apatah lagi nak kencing.. ughhhh)

 Pasar malam ni dekat dengan balai polis dan hotel. Dah berubah lokasi lebih kedalam..bukan dekat parking tu..tapi masuk dalam sikit. Cuma MDCH tolong tgk lawasan pasar malam tu..ya Allah berlopak dan berlubang sana sini. Jagalah sikit..ni kan kawasan tumpuan pelancong tempatan dan luar. Rasa macam kat India bila tgk laluan yang teruk tu.
Cuaca yang dingin..sejuk..jalan jauh pun tak berpeluh..bayangkan masa tu makan pulak jagung bakar dan teh strawberry panas..meletops.
Nak best pergi masa pukul 8-10 malam..sejuk dan sangat best..rasa macam jenjalan kat Seoul gitu.
Sekarang semua peniaga disatukan..tak macam dulu yang peniaga makanan siap dan sayur diasingkan.
Yang jual makanan siap- rasa macam tak byk masa aku pi. Gerai nasi x byk.
Yang terlajak laris haruslah strawberry cicah coklat, cendawan//udang tempura, apam balik coklat, madu lebah dan sarangnya, cekodok keledek ungu (sgt sedap), kentang pusing perisa cheese, jagung mutiara, jambu jeruk dan fridge magnet buah-buahan.

Jom tengok apa yang ada di sini.

strawberry coklat-coklat besar rm5..yg kecik rm3. Strawberry 3pkt rm 10

Limau cameron.nak yang manis pilih yang kulit berkarat. Aku beli 2 biji sb nak rasa..rm3

ni kelapa laut..ubat batuk..selalu tengok dalam tin je isinya

teh yg pelbagai perisa

cendawan,brokoli goreng

udang tepung,sotong tepung dan ketam rm10

keledek dan ubi purple tu


fridge magnet dan key chain..satu rm1





tak lupa kaktus pujaan hati

No comments:

Post a Comment