Monday, October 6, 2014

Salak Denai Chalet Yan



SALAK DENAI CHALET terletak di kaki Gunung Jerai berhampiran PUSAT PERANGINAN TITI HAYUN DAN BATU HAMPAR. Setiap chalet mempunyai satu kolam. Kolam-kolam ini hanya boleh digunakan oleh penyewa chalet berkenaan sahaja. Sewa dikenakan mengikut harga chalet tanpa mengira berapa ramai yang datang.
Di sini ada banyak biji chalet jugak..sekali dengan dorm. Kalau keluarga ramai boleh amik satu chalet yang ada kolam dan dorm untuk anak-anak tidur. Mula masuk kawasan chalet ni..memang nampak agak buruk chaletnya..dan perabot dalam bilik adalah jenis utk rumah kampung macam katil besi, kerusi rotan lama dll. Jenis macam rumah kampung dan atap zink gitu. Batu bata pun x plaster..maybe identiti dia kot. Yang istimewa adalah kolam nya. Dihiasi marmar warna warni..batu batan yang unik dan senang cakap pemilik chalet fokus pada kolam dari kemudahan bilik tidur.
 Yang best kat sini, setiap chalet ada kolam private sendiri dan terletak ditepi air terjun..tepi kolam je. Cuma ada chalet yang terletak di tengah dan tak dapatlah nak dekat air terjun tu.

 Kadar chalet semalam /setengah hari :

1. Chalet Siti Aminah - RM90/60 ( bilik berkipas,katil queen,bilik air,tempat BBQ dan kolam mandi)

2. Chalet Siti Fatimah - RM90/60 (bilik berkipas,katil queen,bilik air,tempat bbq dan kolam mandi)

3. Chalet Siti Khadijah - RM300/200 (2 bilik aircond, ruang tamu, 2 katil queen, 3 tilam single, 3 bilik air,tv,dapur,peti sejuk,tempat bbq, kolam mandi dan dapur gas)

4. Chalet Siti Aisyah - RM300/200 (2 bilik aircond, ruang tamu, 2 katil queen, 3 tilam single, 4 bilik air, tv,dapur,peti sejuk,tempat bbq, kolam mandi dan dapur gas)

5. Chalet Siti Safiyyah- RM300/200 (2 bilik aircond, 1 bilik kosong, ruang tamu, 2 katil queen,3 tilam single, 3 bilik air,tv,dapur,peti sejuk,tempat bbq, kolam mandi dan dapur gas)

6. Dorm Hasan -RM 80 (4 katil queen utk 8 org dan satu bilik air)

7. Dorm Husain - RM60 (2 katil queen, 2 katil single utk 6 org, dan satu bilik air)
peta ke sana

ni tempat reception..tepi air terjun dari Gunung Jerai


Jalan nak masuk ke sini agak ngeri sikit..kalau kereta lower tu memang risau lah..jalan untuk satu kereta je dan takde tar. Tapi ok lah bila dah masuk.
Chalet Siti Fatimah..kolam ok..tempat bbq yg luas dan dapur sekali.Cuma agak kecil ruang chalet

Yang kat bawah ni chalet Siti Aminah, kolam lebih besar dan best..cuma ruang bbq dan dapur tak besaq mcm  chalet Siti Fatimah.


tempat lepak yg best..dengar deruan air terjun..sebelah je





- 1/2 HARI
CHECK IN (11.00 AM) , CHECK OUT (6.00 PM)
CHECK IN (7.00 PM) , CHECK OUT (10.00 AM)
- 1 HARI 1 MALAM
CHECK IN (11.00 AM) , CHECK OUT (10.00 AM)
CHECK IN (7.00 PM) , CHECK OUT (6.00 PM)

Jalan Batu Hampar,06900 Yan, Kedah.
Contact: 012-5376151

1 comment:

  1. Info yg menarik... dalam perancangan cari tempat yg tenang

    ReplyDelete