Sunday, December 28, 2014

Austria - Part 5 Vienna..hari terakhir dibumi Eropah

Pagi ni aku check-out awal. Sebab nak pergi airport dan aku ada baca tentang train City Airport Transfer (CAT)kat Vienna yang terus ke Schwechat Airport Vienna nanti. So aku berjalan kaki dalam gerimis..pergi ke stesen metro dari Haupbahnhof ke stesen Renweg. Tiket sehala adalah 2.2 euro (Rm9.6). So dua transfer kira berapa? mahal jugak kan. Memang Vienna bandar paling mahal setakat ni untuk transport tak kira tram ke metro semua tiket sama. Boleh je beli yang reduce tiket tapi sebab mak tak sure, beli je yang biasa single journey tu dan kena sahkan tiket macam biasa sebelum naik train/tram.

Kemudian aku tunggu CAT untuk ke Schwechat. CAT berwarna hijau muda..then bila aku tengok kat board tu, ada CAT akan lalu. Aku bangun untuk naik la konon sambil dukung mak tapir sesiap. Then..tara..CAT datang dan lalu dengan lajunya tak berhenti pun. Ok..mak adalah bingung sekejap sambil baca peta. Haihhh baca pulak Vienna guide untuk ke airport. Muka adalah mamai sambil jerit ''kenapaaaaaa? konhe tak berhenti?''

Masa tu awal lagi dalam pukul 9 pagi, flight pukul 12.55pm. Sebenarnya flight aku book ialah pada pukul 4.30 petang. Tapi Turkish Airlines email aku masa aku di Budapest kata flight di awalkan pada 12.55 tengahari. Sesuka hati dia je...nasib aku on schedule..kalo orang yang ada pape problem masa backpack tak sempat sampai awal  dan flight di awalkan camne? Pastu aku reply kata ok, aku setuju tukar time flight tu, dah terus dia senyap. Jadi untuk sesiapa yang travel..pekara beginilah yang kita kena bersedia. Buatnya ko langsung tak akses internet camna? langsung tak tahu perubahan waktu flight? Memang stuck kat situ. Dah tu aku pulak bukan bawak kredit kad nak book flight lain. Memang travel berani mati dengan bawak cash semata dan tak banyak mana pun.

Ok, sambung.   Aku duduk balik kt stesen Renweg tu,,buat muka kerut kerut dan tenung peta metro hampir tembus.
Tengok kiri kanan..betulkah station ni. Sambil berfikir tu tetiba ada sorang perempuan agak berumur datang kat aku. Pakai skirt labuh bunga-bunga dan comel je tengok. Dia cakap German kat aku dan aku faham la isyarat dia yang bermaksud lepas ni akan ada lagi train ke airport. Aku angguk dan ckp thanks. Then train OBB warna merah datang. Aku tak naik lah kan sebab aku ingat train CAT tu yang akan datang. Kemudian perempuan tu bagi isyarat suruh aku naik train tu, dia pun naik gak train tu. Aku naik dan dalam hati rasa iskk betulkah ni..buatnya tak naya.
 Tapi mak takmau derhaka lagi pada local senah oiiii..dah banyak kali local tolong mak dan memang betul apa yang mereka suruh.. mak ikut walau hanya dengan bahasa isyarat seperti di Bratislava.
Memang train OBB tu tulis Schwechat tapi mak expect CAT yang akan direct ke airport. Mr. Instict kata 'rileks dear...kalo sesat naik lagi metro lain. Awal lagi ni.' Caihhh.. ingat mak duit seguni nak tukar turun naik  train sesuka hati.

Train pun bergerak dan dalam train aku tengok ramai yang bawak beg besar dengan muka exotic pun ada..ya betullah kan train ni nak ke airport. Lega..hujan masih membasahi bumi Vienna dan akhirnya sampai ke Schwechat Airport Vienna.

Schwechat Airport Vienna

Then masa nak dekat sampai Schwechat tetiba ada inspector datang you! Nasib baik aku beli tiket dan sahkan. Orang depan aku adalah couple dan tak dapat tunjuk tiket train. Dari US ke mana tah..beriya-iya dia tunjuk printed apatah kat Inspector OBB tu..tapi tak laku. Aku tengok Inspector 2 orang tu print macam resit bagi dia. Kena denda hokay. Taktau berapa euro..haruslah mahal.
Jangan naik train illegal kat sini..dalam train memang sentiasa ada Inspector OBB datang check. Kalau kat Budapest dan Bratislava aku naik tram kadang tu takde tiket sebab naik kejap je dan turun lepas 5 minit tapi sini jangan memain. Mode insap di Vienna.



Airort lengang lagi..masih awal

kerusi lepak tak byk sini
Masa kita sampai kita akan ke hall yang utama. Jadi aku tanya kat info kaunter, bangunan untuk Turkish airlines dan bajet airlines yang lain adalah di building sebelah. macam KLIA dan Klia2 cuma ia taklah jauh macam tu. Sebelah je cuma masuk ke pintu lain.
Oleh kerana masih awal lagi, aku decide nak breakfast dulu kat Burger King.
BK dalam airport
mini pancake

fish burger..sos cili kena beli 40cent euro kalo tak salah..kalo kat McD Malaysia kemain ko buang-buang je sos cili

Total makan adalah 11 euro (RM48).
Lepas makan check in baggage dan ada problem jugak. Nama aku takde dalam list penumpang. Then aku minta staf tu check lagi sekali, make call ke HQ dan nasib ada. Ni gara-gara tukar waktu flight lah ni. Hangin jugak aku dengan Turkish Airlines ni.
 Kemudian tunggu untuk boarding. Mula kena cop passport kat kaunter imigresen, then masa boarding kena check segala body scanning tu. Aku pulak lupa..Nutella aku letak dalam hand luggage..konon nak makan dengan roti kat airport..alih-alih gi makan Burger King pulak.
Masa body and hand luggage scanning tu:
Officer : We have to take this.. (tunjuk Nutella)
Aku : But I brought it from home (buat muka kesian)
Officer : Well, we have to take it.
Aku : Allright..nothing I can do I guess.. ( Mak rasa nk jerit guling-guling sebab Nutella mak banyak lagi oiii..setengah botol besar tu lagii hukhuk)

Masuk boarding hall..muka adalah stress sebab teringat Nutella tu aku boleh makan kat Turkey nanti dan perjalanan masih berbaki 5 hari lagi. Padan muka kan..sape suh letak dalam hand luggage..dairy product ke,liquid ke,food pape ke memang tak boleh masuk flight cek oiiii.
Then pukul 12.55 semua dah boarding dan berlepas ke Istanbul.
Dengan pelepasan dan pemergianku dari Vienna bermakna selesai sudah kembara ke Central Eastern Europe ni. Dan hanya berbaki lagi 4 hari untuk menghabiskan solo backpack ini di Istanbul.

Meluncur ke Istanbul

Dalam flight lega kerana dah selesai kembara Central Eastern Europe ni..dan highlight utama kini menjelma.
Istanbul aku datang!!!

No comments:

Post a Comment