Tuesday, December 9, 2014

Bulgaria-Part 1 Istanbul ke Ruse


Aku tiba di Bulgaria dalam pukul 9 malam camtu kat sempadan Turki. Rakyat Malaysia tak perlukan visa untuk masuk Bulgaria, hanya passport je.
Lepas dari exit imigresen Turki..terus masuk ke kaunter imigresen Bulgaria.
Turun bas dan beratur macam orang lain. Staf tu adalah perempuan dan buat muka pelik tengok aku.
Teruk sangat ke muka aku ni? macam refugee?
Dia dok tenung aku lama dan keluar gi tanya apatah kat bos dia. Pastu dia datang dan tanya apa tujuan aku disini dan sebagainya. Lama okeh..dalam 15 minit dia dok tak puas ati aku nak masuk Bulgaria.

Orang kat belakang aku dah stress... lama aku ngadap imigresen tu kot.
Dia tak puas hati kerana aku datang Turki arini dan terus keluar arini jugak masuk Bulgaria.
Puas aku explain dan cakap aku nak travel bla bla semua dia dok la ragu-ragu nak stamp passport aku tuh. aduhai. Depa ni dah kerjanya untuk curious dengan sesiapapn..so ngadap je kan. I bukan nak pi berjihad ok..bukan nak pi rekrut teenage Bulgaria pergi Syria. Tambah pulak masa ni kecoh yang pasal budak remaja Austria yang pergi ke Syria tu lepas convert Islam ke apa. Thanks to all Jihadist babe..for tainted the images of Islam.
Dah lama sangat dan barisan pun makin panjang..last-last dia cop jugak. Lega kak oiiii. Aku cakap terima kasih pun dia macam tak senyum apa. I tak kisah janji dapat masuk negara hang ok. Tak kisah muka tapai basi ke tapai busuk ke yang penting mission aku berjaya.

Penumpang bas dari Turki semua tunggu kat luar, bila kastam Bulgaria buat pemeriksaan dalam bas dan luggage. Kemudian barulah bas bergerak dan yihaa..mak dah masuk Bulgaria nak. Negara bekas komunis.
Negara ni masuk European Union pada 2007 dan merupakan bekas tanah jajahan Empayar Ottoman.

Sepanjang perjalanan ke Ruse ni akan melalui jalan sempit dan berbukit, bengkang bengkok tapi cayalah..driver mamat Turki memang pro lah..drive cermat dan berhati-hati. Takde co-pilot ke apa. Dia sorang drive sampai 12 jam. Bas berhenti sesekali di hentian bandar kecil untuk dropkan penumpang.
Selepas tido bangun tido bangun pengsan, berangan,menguap dan berdengkur..akhirnya bandar Ruse berada depan mata. Bas berhenti di stesen Ruse, dekat stesen kereta api. Turun je bas aku di sapa untuk naik teksi. Aku tolak dan berjalan melintasi jalan ikut naluri untuk mencari hostel/hotel.
Cuaca sangat sejuk sekitar 2c dan suasana sangat lengang kerana hari minggu. Daun-daun kuning kelihatan berguguran dan memberikan permandangan syahdu musim luruh yang dalam peralihan ke musim salji.

Ruse bus station

Byk destinasi ke Turki dan Romania boleh start dari sini

Stesen kereta api Ruse yang dari luar seperti muzium

Bandar Ruse..dan daun berguguran
lengang pada hari minggu
Cyrilic writing

Misi seterusnya adalah mencari hotel sekitar bandar ni.

2 comments:

  1. Kalu SS dah cuak agaknye kat imigresen tu... Adesss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS,
      Saya pun cuak jugak..tawakkal ja mampu.

      Delete