Wednesday, December 10, 2014

Green House Hostel Taksim Istanbul

Hostel ni terletak di kawasan strategik iaitu dekat dengan Dataran Taksim.
Di sini juga Airport shuttle bas dekat, segala keperluan seperti Metro,Bas dan kedai makan/souvenir/money changer adalah senang.
Hostel ni bawah bukit sikit dan agak kedalam.
Rate hostel ni adalah 13 Euro atau 36TL semalam. Bayar Euro lagi jimat sebenarnya.
Female dorm ada dalam 4/6 orang, ada satu bilik air dalam bilik dan share toilet kat luar. Nak masuk ada kod entrance dan bertingkek-tingkek. Penat kalau dukung mak tapir 30kg. Disediakan juga breakfast dengan harga 3 Euro. WiFi pun laju.
Bagi female dorm memang sangat feminin dgn corak flora dan balkoni yang berhias bunga. Cantik sangat walau aku bukan minah bunga.
Cuma azab adalah tangga berlilit yang sempit dan curam. Jenuh nak bawak mak tapir yg besar gedabak tuh.
area ni hostelnya..berbukit curam

Hostelnya..petang/malam boleh lepak kat luar ni..sambil isap shisha
Reception

reception
 Hotel ni ada dalam 4 tingkat termasuk basement untuk dapur dan lounge gitu.


'' There is no elevator to success, you have to take stairs ''..perghh ayat....ini tangga berlilit yang perlu di libas oleh si gemuk seperti aku sambil dukung mak tapir 20kg..lawa kan tangga dia..sukses la kalo berjaya naik bertingkek dengan doa agar tak selisih dengan sesapa. Tapi kalo selisih  berhimpit dengan mamat kacak German  aku redhooo seredhoonyaaa..

Dorm female 4 orang muat...selesa..lega dah sampai bilik
gambo Mustafa Kemal ada je dimana-mana..aku dok salin baju baju pun rasa mcam dia dok tengok

katil ada langsir adalah terbaik! privacy diutamakan

pintu bilik guna kod masuk

toilet
lounge dan tempat makan

Dan taraaa,,bila jenguk luar ini viewnya..lawakan feeling Istanbul Aku Datang rasa...


I like..sweet sangat dok kt balkoni ni..feeling Istanbul aku datang
malam
taksim square..tempat himpunan bantah kerajaan
banyak fancy cafe kat sini
jalan keluar dari hostel..bestnya pepagi menapak di kawasan ni
ginilah rupa bangunan di Istanbul..tinggi dan sempit..jenuh nak dukung mak tapir bawak masuk..libas kiri kanan..semua serba comel dari tangganya hingga ke pintunya. Aku rasa macam aku paling gemok..seperti Godzilla masuk Tokyo libas ekor nak landing..adehhh
  1. peta

  2. Alamat: İnönü Mh., Papa Roncalli Sk. No:15, Turki






4 comments:

  1. Berapa jauh dari hostel ke Airport shuttle tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS,
      Dekat je..jalan kaki dalam 10 minit

      Delete
  2. Memang bunga2an betul hostel ni. Aku book kat area Taksim gak tapi dekat ngan Square tu ada dalam 2 min jalan kaki katanye. Harap2 memang betul ah 2 min.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie,
      Kalo 2 minit tu memang dekat bangat..tapi jgn dua minit kena jalan ala jogging dah lerrr

      Delete