Tuesday, December 9, 2014

Hotel Ruse Bulgaria

Hotel ni terletak tepat dijalan bertentangan stesen kereta api Ruse.
Sepanjang aku berjalan tu, adalah dua tiga hotel yang nampak agak mahal, jadi aku terus mencari.
Hotel ni terletak di jalan utama...landmark adalah Eros Sex Shop (ehh??). Nampak reasonable harganya.

Bila pi tanya harganya 30 leva dan oleh kerana aku takde duit leva,reception tu boleh ja amik Euro 15 (RM60) dan ni adalah private room tapi shared bathroom.
Budak reception ni lelaki, muka adalah kacak seperti Josh Duhamel laki si Fergie Black Eyes Peas tu. Serius tak tipu.
Dia bawa aku tengok bilik dan aku on aje..murah dah tu.Ada dipasang wallpaper sepanjang koridor..cantik dan sangat berbaloi. WiFi pun laju.
Note that hotel di Eropah ni ikut perpax masa bayar. Jadi bayaran tak sama jika ko check-in berdua.Maybe sebab penggunaan elektrik dan air tak sama kot, tu yang ikut by pax.
Entrance..tingkat 2 yer

Reception

Harga bilik..ikut pax dan bukan ikut bilik
Dan ini biliknya. Aku plan semalam je dok sini. Sempat la meneroka Ruse sepanjang hari ni dan pagi esok.
2 katil..

2 katil tido seorang..jadi Raja kononnya...


Bilik ni jugak ada balkoni yang share dengan tetamu sebelah. Buat hisap rokok dan selfie kot.
permandang dari balkoni
makanan asasi..maggi dan bubur segera
duit banyak lagi..first destination katakan.
suasana pagi di Ruse

ni landmarknya..Eros sex shop
boleh usha mamat kacak dari balkoni ni
Check-in bilik dan rehat sekejap...bersedia untuk teroka bandar Ruse.

4 comments: