Tuesday, December 23, 2014

Hungary - Part 11 Pagi terakhir di Budapest

Pagi ni aku bersiap dan pack barang semua.
Sempat lagi masak nasi goreng untuk bekal ke Bratislava.
guna sambal ni masak




nasi goreng lazat siappp!!!!!
Kemas apa yang patut dan serah kunci kat reception, Mr Farhan takde pagi tu..pagi Sabtu kan. Duit Hungarian florint aku banyak lagi..sebab bayar hotel guna Euro. Nanti kena tukar balik ke euro.
Then aku tanya kat reception (mamat yang sama buka pintu masa aku sesat tu, penyelamat aku) tu cemana nak pergi Budapest Nepliget (stesen bas di Budapest).
Dia pun bagi guide untuk kesana naik tram dan bas. Aku tengok ok lah..macam senang je kan.
Aku pun keluar dari hotel, mulakan misi ke Slovakia pulak. Pagi adalah sejuk dan hening..sunyi sebab weekend.
Lepas keluar ke jalan utama, aku tunggu tram dan dok fikir lagi. Aku menapak sikit dan decided nak naik Metro lah. Perangai menderhaka tu mai pulak.
So aku turun ke stesen Metro di Rakoczi Ter. Beli tiket metro harga macam tram jugak, 350 huf (RM4.7).
Kena beli 2 tiket utk tukar line.

laluan metro

Then tukar line di metro Kavin Ter untuk naik line biru ke Nepliget.
Kemudia lepas macam terpusing dan baca peta Metro sampai berpinar bijik mata, barulah sampai di stesen Nepliget...tu balasan orang menderhaka.
Nepliget ni nama syarikat bas dan destinasi ke negara Eropah lain yang menggunakan bas dipusatkan disini.
Antara destinasi yang boleh sampai dari sini adalah Paris, Amsterdam, Stuttgart, Burgas, Zagreb, Dubronik dan memang senanglah kalau nak backpack ke semua negara Eropah dari Budapest ni.

ni Budapest Nepliget nya.
Di depan Budapest Nepliget ni ada macam taman selepas je keluar dari stesen metro bawah tanah.
Ada juga Planetarium dekat kawasan ni, diseberang jalan..cantik dengan statue, taman-taman dan pokok yang daunnya berguguran tu.
bangunan klasik di mana-mana


rasa macam nak golek-golek sini

planetarium..tak sempat nak pergi melawat

Warga Budapest exercise walau dalam rintik hujan..ramai menunggang basikal

keindahan musim luruh

 rumah lama


Musim luruh yang masih bersisa

helaian daunan yang gugur dari pohon..
Rasa sayang sungguh nak tingglkan Budapest ni. Hati tenang dok sini.
Lepas dah puas amik gambar segala, barulah reti nak masuk ke Budapest Nepliget tu.
Tak ramai orang dan stesen ni moden dan simple, Ada basement di bawah yang ada toilet dll.
ni Budapest Nepliget

ni dalam stesennya..tak besar mana

Beli tiket kat sini..passport sila bagi sekali

beli stokin sini

tak berapa ramai orang

Bas Eurolines yang selesa

bagage tak kena bayar tapi di Slovakia kena 1 euro
Disebabkan lama lagi nak tunggu bas ke Bratislava, aku lepak tido dan kejap merayap kat stesen tu. Beli stokin sepasang. Harga tiket dari Budapest ke Bratislava adalah 3400 huf (RM 45 ). bergerak pada jam 3.00petang dijangka sampai jam 5.50ptg.
Masa ni jugak dapat tengok pelbagai ragam manusia sekeliling. Nasib ada internet kat sini..taklah boring sangat.
Bratislava..mu tunggu aku datang....

No comments:

Post a Comment