Sunday, December 21, 2014

Hungary- Part 2 Hari pertama di Budapest

Aku sampai di stesen Budapest Keleti jam 10.30 pagi. Ramai orang dan sesak. Banyak train dan laluan disini yang menghubungkan serata Eropah dan Hungary sendiri.
Aku pergi cari toilet dan leceh la pulak sebab aku belum tukar duit matawang Hungari iaitu Florint.

Sedikit info mengenai Budapest:
Budapest merupakan ibu negara Hungary. Bandar seluas 525.16 km² ini berpenduduk 1,695,000 orang pada tahun 2005. Bandar ini dibahagi kepada 23 daerah.[1]
Bandar ini didirikan pada akhir abad ke-19 berdasarkan dua bandar bersebelahan; Buda (sisi barat) dan Pest (sisi timur) yang dipisah oleh sungai Danube.
Pest adalah lebih kepada dataran..sebelah Asia kata lagenda. Mudah ditakluk.
Buda adalah Eropah katanya.. yang berbukit dan pertahanannya lebih kuat..pernah di jajah Empayar Roman, Turki Utmaniah, Jerman dan Russia semasa zaman USSR.
Budapest is one of Europe's most delightful and enjoyable cities. Due to its scenic setting and its architecture it is nicknamed "Paris of the East'.

Budapest keleti..besar dan meriah

ramai manusia



ni stesen pengangkutan utama 

Budapest Keleti dari luar..excited you sebab cantik sangat!
Keluar dari Budapest Keleti stesen, mak adalah jakun tahap dewa.
Sebab cantiknya bandar Budapest ni!!! Excited uolls.. setiap bangunan dia sangatlah klasik dan unik.
Betullah Brits kwn aku ckp tu..Budapest tersangatlah cantiknya.
Setiap bangunannya berukir penuh unik dan seni, halus buatannnya..bangunan lama yang buat ko feeling berasa dalam ratusan tahun lalu dicelahan Eropah.
Walau komunis pernah menakluk negara ini namun keindahannya tidak terhakis. Tidak hilang kelembutan dan keunikannya. walau revolusi pernah menggelegak hebat.

Apalagi posing macam nak gila dengan Monopod. Semua tempat aku pi, mereka adalah jakun tengok monopod aku. Semua pakat curious dan inngat aku bawa kayu besi apakah???? Nak pukul dan rotan sapa??
Glamer mak sekejap. Ada yang siap berhenti tengok dan mai tanya..kat Turkey pun sama.
Monopod I yang dah patah kat Brasov tu dah di repair dengan seloptape. Nasib ok lagi. Kalau tak mana nak cari kat sini, nan ado!
ni depan stesen ketapi tu..jakun you

cantik kan??

kagum okeh

I'm in Budapest baby!!

jakun tak simpan bila dah jejak Budapest ni

keleti dari belakang
Lama juga aku dok amik gambar macam orang jakun depan stesen tu. Lupa diri, lupa mak tapir dan memang terpegun sungguh dengan keindahan bandar Budapest ni. Seterusnya aku tukar 55 usd dapat 14116 huf serta sedikit baki Romania leu dapatla dlm 16000huf. Rasa mcm sikit je.
Misi seterusnya cari hostel/hotel bajet dan aku adalah excited sampai jalan sikit berhenti selfie, jalan sikit klik kamera dan bilalah nak jumpa hostel macam tu? Dah la lagi berapa jam je nak gelap dah.
sayur dan raw item


4 comments:

  1. Maknanya bl smpi je di Budapest. ..ms tu awk dgn berapa beg???

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 beg..satu backpack besar mak tapir tu..dan satu backpack kecik.

      Delete
  2. Salam. Saya bercadang akan ke Budapest seramai 4 orang pada 15 ogos.
    Mohon contact num. untuk saya hubungi nak bertanya beberapa perkara. tq

    ReplyDelete