Hungary - Part 5 Mencari hotel bajet dalam kegelapan

Selepas keluar dari Budapest Keleti stesen tu, aku mulakan misi mencari hotel. Jumpa banyak hotel sebenarnya tapi mahal-mahal semua.
Ada jumpa satu hostel ni tapi penuhlah pulak, price dia memang cun dalam 14euro..haih..sedih aku nak guling-guling depan owner tu bila dia cakap macam tu.
hostel ni la yang membuatkan mak nak lari ke batu belah batu bertangkup
Tapi disebabkan aku ni adalah jakun dengan keindahan bandar Budapest, aku pergi jalan kaki dari Keleti stesen tu sampai Fovam Ter, dekat Liberty bridge tu sambil dukung mak tapir. Tak sedar kaki dah menapak 5 kilometer ko! tu tak kira lagi aku pusing-pusing dan sesat barat siap berhenti amik gambar segala dan melencong. Memang psiko sungguh jalan solo sebab suka hati nak pergi mana dan takde sapa nak marah kalo sesat. Jalan sikit berhenti amik gambar, jalan sikit nak fokus camera, bila nak jumpa hotelnya?
Cuaca adalah sejuk dalam 3c-4c gitu. Tak sesejuk Brasov.  Gloomy dan rasa gembira tak terkata dapat tengok bandar Budapest yang sangat cantik ni. Paris of the East memang tepat sekali walau mak tak pernah sampai Paris lagi.

peta bandar Budapest

sapa tak jakun lalu jalan macam ni ? except European la kan

dekat hostel dah ni

bangunan antik


lepak sini kejap
Bila dah sampai dekat Sungai Danube tu, kat Liberty Bridge atau kawasan Fovam Ter tu lagilah aku lupa diri. Dok selfie dan amik gambar tak abis-abis. Cantik sangat kawasan ni. Pelancong agak ramai dari Russia dan China.
Punya lama selfie situ, pergi Great Market Hall tengok apa yang patut. Hari dah semakin gelap tu, dalam pukul 5 aku dok pusing-pusing cari hotel murah tak jumpa akhirnya aku masuk ke satu lorong depan Great Market Hall tu. Kawasan macam KLCC ke apa, banyak high end shop, butik butik seperti Hugo Boss, MNG, dan lain-lain kat sini. Ada orang jual souvenir segala, depa baru nak buka kedai.
Nama jalan ni adalah Vaci Utca.
masuk ke jalan ni adalah jalan ke Vaci Utca

jalan depan bertentang Great Market Hall


Váci utca (Váci street) is one of the main pedestrian thoroughfares and perhaps the most famous street of central Budapest, Hungary. It features a large number of restaurants and shops catering primarily to the tourist market. The Lonely Planet says "It's tourist central, but the line of cafés and shops are worth seeing — at least once."[1]
Váci utca is one of the main shopping streets in Budapest. Among the retaliers located here are: Zara, H&M, Mango, ESPRIT, Douglas AG, Swarovski, Hugo Boss, Lacoste, Nike. The street opens to Vörösmarty Square.


Anak mat saleh ni adalah jakun tengok monopod mak..hehe

Kemudian aku berhenti di kedai yang paling hujung sekali..sebab aku tengok fridge magnet agak murah iaitu 1 euro atau 300 huf. Nama kedai ni Budapest Souvenir. Murah dari semua kedai yang aku tengok. Perempuan yang jual souvenir tu nampak aku berjalan pergi ke tempat dia dan terus tanya, 'Malaysia?'..wah wah glamer I you. Dia cakap dia tau muka orang Malaysia camna..tengok gaya dah tau.
Aku cakap yer..dan kitaorang borak jap. Aku beli magnet 3psc kat kedai dia. Then aku tanya la..dia tau ke hostel atau hotel murah kat sini?
Dia cakap..dia ada adik ipar lelaki, tunggu kejap sini, nanti mamat tu datang. Aku pun oklah, tunggu sambil selfie dan amik gambar segala. Depan tu ada asrama ke rumah utk budak-budak buat program apatah, sekali anak-anak mat saleh tu datang, depa jakun tengok monopod aku. Semua dok keliling aku, ceh bangga mak kejap. Aku ajak depa amik gambar sekali, wah suka budak-budak comel tu. Bukan depa ja jakun, orang yang lalu lalang pun jakun okeh tengok monopod aku.

Lama la jugak aku tunggu mamat yang nak tolong cari hostel tu datang. Then dia datang. Rupanya kedai ni milik dia. Ali namanya. Orang Tunisia yang kawin dgn Hungarian...muslim. Dia cakap  ' you're muslim so I must help you.''
Mulalah misi dia call semua kengkawan dia kat Budapest. Call, penuh. Tanya tak dapat. Aku dah risau dowh. Aku cakap kat dia , don't worry..aku boleh gi cari lagi hostel tu. Dia insist untuk tolong dan panggil aku masuk dalam kedai sebab sejuk sangat kat luar.
Dalam kedai Ali ni..baik sangat mamat ni
Last sekali dia call..dapat jugak bilik untuk aku. Dalam 25euro. Ali tu try la bargain kot dapat lagi murah tapi aku rasa memang dah ok dah harga tu sebab hotel lain yang aku usha semua dalam 50-60euro (Rm220-264)..memang den tak mampu. Lepas dapat confirm dengan kawan dia tu, dia bagi aku guide cemana nak pi sana. Dia suh aku naik tram dan bagi peta. Aku cakap aku boleh berjalan je kesana. Terus dia cakap 'great!!' dan bagi aku peta dan lukis pelan untuk aku. Dia taktau ke yang harini je aku dah berjalan kaki dukung mak tapir 10 kilometer kot. Mak kan tough uolls.
Dan lepas ucap terima kasih semua aku pun melangkah penuh yakin menuju ke Koszorus Utca..kawasan hotel tu. Dan tak pernah aku bayangkan bahawa jalan-jalan di Budapest amat membingungkan aku dan susah teramat nak cari hotel tu. Dalam kesejukan dan kegelapan pukul 6petang aku bergerak dari Fovam Ter tu aku berpusing-pusing selama 3 jam mencari Garden House Hotel tu. Oleh kerana keazaman yang tinggi takmau amik teksi aku gagahkan diri mendukung mak tapir meredah kedinginan dan kegelapan Budapest.
Suhu adalah 1 darjah celcius dan lampu-lampu jalan kemerahan menyuluh langkah aku.Aku terpusing ditempat yang sama entah berapa kali..peta pun dah hancur. Tapi aku tak stresskan diri aku..aku jalan setakat aku mampu, bila penat aku berhenti. aku yakin dengan Mr. Insticnt aku dan akhirnya aku akan jumpa hotel tu jugak.

And I keep telling myself "This is priceless baby..the experiences, its worth enduring..everything you've been through..it's a part of travelling and life itself'' semasa aku berjalan itu...(konon nak pujuk hati..).
view yang cantik ni mengubat hati i..hukhuk (gediks)


jakun tak abis walau dah berjam-jam sesat

tak jemu memandangmu.. Budapest

2 comments:

  1. Hahaha!! saya pun selalu pujuk hati bila sesat sensorang. Lepas tu dengan konfiden cakap, "Alaa tempat yg dicari tu ade kat depan tu, dah dekat dah kejap lagi sampai."

    ReplyDelete
  2. Sama kita mada..thanks sudi jengah

    ReplyDelete