Monday, December 22, 2014

Hungary - Part 8 The Chain Bridge


The most famous monument in Budapest
The Széchenyi Chain Bridge merupakan jambatan gantung yang menghubungkan Buda dan Pest merentasi Sungai Danube. Direka oleh jurutera Inggeris, William Tierney Clark, ia adalah jambatan kekal pertama di Hungary yang merentangi Sungai Danube. Ia dibuka pada tahun 1849.
Ia dinamakan sempena István Széchenyi, penyumbang utama pembinaan ini. Count Szechenyi berazam membina jambatan ini apabila beliau terlepas majlis pengebumian ayahnya kerana feri menyeberangi ke seberang tidak dapat beroperasi kerana cuaca buruk. Jambatan ini sepanjang 375 meter.
Dikiri dan kanan masuk jambatan (tiap side) di jaga oleh dua ekor Singa (Hungarian coat of arm) yang diperbuat dari batu hasil  Pengukir János Marschalkó.
Menurut lagenda,  pengukir patung singa ini terjun ke dalam sungai sewaktu majlis perasmian jambatan kerana spekulasi yang mengatakan bahawa singa ini tiada lidah. Sebenarnya patung singa itu mempunyai lidah, cuma ia tidak kelihatan. Pengukir tu selamatkan diri sendiri serta hidup hingga beberapa dekad.
(tak jadi bunuh diri hehe)

Bagaimanapun akhirnya jambatan ini  lebih dikenali sebagai Chain Bridge. Sewaktu pembinaannya juga, ia diiktiraf sebagai salah satu keajaiban kejuruteraan dunia. Dekorasinya menggunakan cast iron, menjadi simbol kebanggaan dan jambatan perintis yang menghubungkan timur dan barat sepertimana Jambatan Brooklyn di New York.
Pernah menjadi shooting lokasi klimak filem Bollywood, Hum Dil De Chuke Sanam, appear dalam music video Katy Perry's Firework  dan filem I Spy keluaran Hollywood serta tempat demonstrasi menuntut kemerdekaan era kejatuhan tirai besi pada 1989.

Di pintu masuk jambatan, ada patung dua ekor singa yang duduk mengawasi kiri dan kanan. Boleh diseberangai dengan berjalan kaki di kiri dan kanan jambatan..bagaimanapun mak rasa gayat sebab ia bergegar ditengah-tengah Sungai tu. Sedar diri tak reti berenang.
Oleh kerana musim sejuk pada jam 3petang, cuaca adalah gloomy dan suram.
Kereta pun dah buka lampu dan hujan rintik menambah mendung.
gloomy pada musim sejuk

masa ni dalam kul 3 petang

Singa penjaga jambatan

bergegar tengah sungai

lokasi filem Hum Dil Chuke Sanam..Aiswarya lari kejar Ajay Devgan kat sini


sibuk dgn kenderaan

bertahan walau ratusan tahun


Dari tebing Danube


2 comments: