Friday, December 12, 2014

Kembara Bulgaria - Part 4 - Dari Bulgaria ke Romania

Aku melangkah ke stesen keretapi Ruse lebih awal. Keretapi dijadualkan bergerak jam 14:30 dan sampai jam 17:30 di Bucharest Nord dan seterusnya tukar gerabak ke Brasov.
Naik keretapi ke Romania adalah di platform 4.

besar platformnya

ni platform dia
besar dan gah stesen ni

turun bawah ke kaunter tiket

Lepas naik tu, aku lepak je sambil amik gambar. Tetiba ada police border datang,nak cop passport la kan.
Muka ala komunis yang nak tembak orang. Dia mintak passport aku, aku bagi. Tak puas ati dia mintak ID yang lain macam lesen ke apa. Aku cakap aku tak bawak lesen, yang ada myKad. So aku bagi dia. Dia tenung aku macam aku terrorist ok. Dia tanya aku buat apa disini, kenapa semalam je stay dll. Aku jwb aku buat overland tour so memang tight schedule kan. Aku buat selamba senyum,,bukan macam kerang busuk lagi dah tapi kerang yang nak jadi bangkai pun ya. Boleh aku senyum tu dia buat serius? adeh la.
Pastu dia amik passport aku, bawa g check kat pejabat dia kot. Lama jugak nak tunggu dia datang. Aku dok pikir dah le nak masuk pun macam tak direlakan je..nak keluar pun sama?
Kemudian dia datang serah passport yang dah di cop..lega aku. Dan keretapi pun bergerak. Dalam gerabak keretapi tu aku sorang je..apalagi selfie kemain la. Sat lari ke kanan, sat ke kiri bila tengok view cantik sikit. Jakun la katakan.
Inspector datang check tiket dan aku diam la kejap.
dalam keretapi

Sepanjang perjalanan cantik juga view cuma pokok banyak yang dah togel.
Kemudian keretapi melalui jambatan sempadan Bulgaria-Romania iaitu Danube Bridge. Jambatan ini agak terkenal dan dibina pada zaman Soviet Union.
view dari dalam train
ni la bridge nya. pic google
The Danube Bridge (formerly known as the Friendship Bridge;[1][2] Bulgarian: Мост на дружбата, Most na druzhbata or, more commonly, Дунав Mост, Dunav most; Romanian: Podul Prieteniei or Podul de la Giurgiu) is a steel truss bridge over the Danube River connecting the Bulgarian bank to the south with the Romanian bank to the north and the cities of Ruse and Giurgiu respectively. It is one of only two bridges connecting Romania and Bulgaria.

Lepas cross Danube River..you're in Romania baby!

No comments:

Post a Comment