Thursday, December 11, 2014

Kembara Turkey -Part 4 The Blue Mosque

teringin nak amik gambar depan Blue Mosque macam Conor Woodman ni..
monumen paling terkenal di Istanbul

Blue mosque in early December..3 dec 2014
Gloomy day


Dari Kabatas, aku naik tram ke Sultanahmet Square.
Agak jauh dari Kabatas. Kawasan Sultanahmet ni memang kawasan tumpuan pelancong sebab Hagia Sophia dan Blue Mosque terletak di sini. Dan kawasan ni jugak di sebut old town.
Sultanahmet square
jalan berbukit dan berbatu bata
laluan tram

Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) adalah masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I.  Masjid Sultan Ahmed adalah salah satu dari dua buah masjid di Turki yang mempunyai enam menara, yang satu lagi berada di Adana
Arktek masjid ini ialah Mimar Mehmet Aga.

Dalaman masjid ni sangatlah cantik..dan ada sudut untuk wanita solat. Masa nak masuk tu kena buka kasut dan masukkan kasut dalam plastik, ada guard yang jaga di pintu. Masuk dalam pintu utama, akan ada courtyard yang luas. Kemudian barulah masuk ke ruang dalaman masjid yang sebenar. Masuk adalah percuma
 Masa dok jalan-jalan tu ada la beberapa orang wanita yang mai bagi salam, tanya kita muslim ke tak dan minta duit. Katanya mereka adalah pelarian Syria yang ke sini. Ramai ok sekitar kawasan ni yang guna taktik tu. Pandai-pandailah nak bagi ke tak.

Cantiknya masjid ni..aura ketenangannya sangat kuat sehingga dirasai diluar dengan hanya merenung keindahannya. Laungan azan juga sayup kedengaran dari masjid dan ada juga Imam yang  boleh menjawab sebarang kemusykilan pengunjung berkaitan islam dan lain-lain. Macam kawan non-muslim backpackers aku, dia pergi tanya imam ni pasal anjing la, bilble la yang berkaitan dengan isu yang berlaku di Malaysia. Curious betul minah tu.

pintu masuk

masuk dari tepi
kedai souvenir tepi Blue Mosque..kedai lepak minum teh pun ada
burung merpati di dataran

Di tepi masjid ni juga ada obselik zaman Greek dulu serta German fountain, hadiah dari pihak German kepada Istanbul. Juga gerai teh, kedai cenderahati serta tumpuan burung merpati.
Obselik
The Obelisk of Theodosius

The German Fountain

ada building apakah kat tepi blue mosque ni
Luar masjid ada tempat berwuduk dan masuk dalam ada courtyard.
halaman luar masjid

tempat wuduk diluar

siling berukir

inner courtyard
Interior dalaman yang tenang dan menakjubkan:
kubah

Mungkin sebab ni di gelar masjid Biru..bila cahaya mentari masuk menerusi jendela, spektrum cahaya biru kelihatan. Memberikan warna kebiruan yang berselerak

Hebatnya ukiran mozek dan keindahan senibina dalamannya

guard penjaga masjid
Masjid biru ini terletak di sebelah kanan dan Hagia Sophia di sebelah kiri di  SultanAhmet square. Sangat mudah akses dan turun tram atau bas dah boleh spot dua largest monument ni. Ada taman beserta fountain colourful yang setiap malam akan menjadi tumpuan warga Istanbul. Ada orang jual teh, jagung, buah berangan dan tiket tour Bosphorus selama dua jam dengan harga 15-20euro.

sangat mendamaikan

Tenangnya dok sini

malam di taman Sultanahmet

berdua lebih baik
colourful fountain di taman ni


Setiap pagi dan malam aku akan singgah lepak di sini seorang..sebelum ke mana-mana aku akan naik tram datang ke sini..duduk sekejap..kemudian lepas balik dari mana-mana pun aku akan jenguk sekejap kawasan ni. Bukan aku aje,,budak backpackers kat hostel aku pun buat benda yang sama ok. Tak tau apa aura dan ketenangan yang berlegar disini..sangant mendamaikan dan menusuk jiwa. Jika waktu maghrib (masuk awal) maka akan ada burung-burung merpati berlegar di menara nya..cahaya yang samar-samar datang dari menara membuat kan kita sukar berganjak. Kawasan ni juga bersih dan bayu dari laut menambah keasyikan.
6 menara yang mengkagumkan
sisa musim luruh masih ada
warna warni pengunjung masjid

luas dan besar halamannya


Di sini jugak aku jumpa pemuda Turki.. mula tu dia nak jual tiket Bosphorus Tour kat aku..end up ajak aku jalan-jalan petang ni. Dia suh aku tunggu dia kul 4petang lepas dia abis kerja nak bawak aku pergi Eminonu, Grand Bazaar dan lain-lain..amboi..dia kata nak romantik gitu. Muka memanglah kacak tapi mak dah kertu ok. siap dia suh sorang Lelaki Malaysia (agak berumur..datang dgn family) tu amik gambar aku dan dia depan Blue Mosque boleh?
Malu I ok..kang  orang Malaysia tu ingat dia ni gigolo aku ke apa.
OLeh kerana dia adalah kacak..aku letak pic kecik je takut korang terpikat. Dua orang yang ajak mak dating petang ni tapi aku biasalah takkan mudah terpedaya. Sedaq diri dah kertu dan muka bagai rumah tak siap.
Aku lepak dan bual dengan dia lama kat sini..sebab aku nak menghayati keindahan Blue Mosque ni..tapi dia ni kejap-kejap datang ngacau aku. Piat telinga kang.

Adik kachak...

Tapi esok tu masa aku nak gi ngadap Blue Mosque ni, jumpa mamat ni lagi. Ok lah kan ada teman sembang-sembang. Noted that Istanbul ni macam dekat sangat dgn Malaysia sebab ramainya orang kampung kat sini! Penuh dgn Malaysian di kawasan Sultanahmet ni. 

6 comments:

  1. Gigolo? He He He... Tak aci laaa letak gambo kecik... Letak laaaa besauuu skit... He he He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS,
      Hehe nanti semua pakat berebut ngorat dia, mak tak rela!

      Delete
  2. saya siap enlarge gambar adik kachak tu kot!!hahaha..btw, thanks sebab dah bagi saya idea untuk next solo trip.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..gigih yer..sama kita cuci mata

      Delete
  3. Damaiii sgtt. Sungguh hati tertinggal di Istanbul T_T

    Eh apa ceritau agust tu? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..nak tau yer? saya tak contact dia langsung sepanjang di Istanbul..hanya contact lps balik Malaysia..dia nak bg tiket pree tu nak suh saya g sana lagi. Sound fishy eh?
      We are friend now :D

      Delete